window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tips mudah tapi berkesan untuk elak labah-labah bersarang di cermin sisi kereta!

Haris · Aug 10, 2021 02:00 PM

Tips mudah tapi berkesan untuk elak labah-labah bersarang di cermin sisi kereta! 01

Foto dari Wikimedia

Perintah Kawalan Pergerakan yang berpanjangan menyaksikan ramai pemilik terpaksa meletakkan kenderaan dalam jangka masa panjang. Oleh yang demikian, segelintir pemilik mungkin menyedari bahawa labah-labah suka membuat sarang di cermin sisi kereta. Walaupun dihapuskan, labah-labah tetap akan kembali dan masalah yang sama masih timbul.

Jika anda mengalami masalah yang sama, ini beberapa tips yang boleh dicuba untuk menangani masalah tersebut. 

Mengapa cermin sisi menjadi pilihan?

Tips mudah tapi berkesan untuk elak labah-labah bersarang di cermin sisi kereta! 02

Labah-labah cenderung tinggal di kawasan terpencil dan tidak terganggu seperti di bawah tangga atau di dalam almari lama yang berdebu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Namun, mengapa cermin sisi yang menjadi pilihan? Jawapannya, terdapat rongga di sebalik cermin di perumahan cermin sisi. Tambahan pula, banyak ruang di celah-celah komponen elektrik memberi tarikan kepada labah-labah untuk tinggal di dalamnya. Ini adalah tempat yang selamat untuk bersembunyi dari pemangsa labah-labah seperti burung dan cicak.

Tips mudah tapi berkesan untuk elak labah-labah bersarang di cermin sisi kereta! 01

Imej foto

Terdapat beberapa cara yang disarankan untuk menghalau labah-labah dari tinggal di tempat berkenaan kerana inilah punca sebenar masalah sarang labah-labah timbul.

1. Pancutkan air di sekeliling cermin

Tips mudah tapi berkesan untuk elak labah-labah bersarang di cermin sisi kereta! 02

Foto Kiwicare

Kaedah pertama adalah yang paling mudah, hanya pancutkan sahaja air di sekeliling cermin sisi ke dalam perumah untuk menghalaunya. Namun, kaedah ini kurang terjamin keberkesanannya kerana labah-labah mungkin kembali ke tempat tersebut apabila ia kering.

2. Pancutkan racun serangga di sekeliling cermin

Kaedah seterusnya adalah dengan cara menyembur racun serangga di dalam perumah cermin sisi seperti kaedah pertama tadi. Perlu diingat bahawa racun serangga mungkin sedikit kuat sehingga mampu merosakkan cat kereta, justeru berhati-hati dengan kaedah ini.

3. Buka seluruh cermin sisi dan bersihkan

Tips mudah tapi berkesan untuk elak labah-labah bersarang di cermin sisi kereta! 03

Foto GM Parts Centre

Sekiranya anda tidak mahu mengambil risiko kerosakan cat, anda boleh membuka bahagian cermin sisi dan membersihkannya dari dalam. Kebanyakan cermin sisi boleh dibuka dan dipasang semuka tetapi ini mampu menimbulkan risiko cermin pecah. Sebaiknya, mereka yang lebih arif seperti mekanik mampu membantu anda dalam kaedah ini.

4. Gunakan asid semula jadi

Tips mudah tapi berkesan untuk elak labah-labah bersarang di cermin sisi kereta! 04

Foto Soft99

Adalah diketahui bahawa labah-labah tidak menggemari sitrus atau pudina, jadi mencuba gosok kulit lemon di sekitar cermin sisi atau membuat semburan dengan menggunakan air lemon. Selain itu, cuka juga boleh dipertimbangkan.

Tips mudah tapi berkesan untuk elak labah-labah bersarang di cermin sisi kereta! 05

Masih ada satu lagi solusi sekiranya kesemua kaedah di atas gagal. Jangan kerana marahkan labah-labah, kereta dibakar.

5. Elak daripada meletakkan kereta berdekatan dinding

Sekurang-kurangnya elakkan daripada meletakkan kenderaan berdekatan dengan dinding. Langkah ini dapat membantu mengelakkan daripada labah-labah 'melompat' ke kereta anda lalu membuat sarang.

Malah, tabiat melipat cermin sisi ketika meletakkan kenderaan adalah satu tabiat yang baik dan patut diamalkan.

Tips mudah tapi berkesan untuk elak labah-labah bersarang di cermin sisi kereta! 06

Labah-labah cenderung untuk mencetuskan kegelisahan dan ketakutan pada diri kita namun perlu diingatkan bahawa hanya sebilangan kecil spesies labah-labah yang mengandungi racun yang mengancam manusia. Selain itu, labah-labah adalah pemangsa yang bermanfaat bagi memastikan jumlah serangga lain tetap terkawal.

Tips mudah tapi berkesan untuk elak labah-labah bersarang di cermin sisi kereta! 07

Foto ladyfleur

Jika difikirkan semula, tidak salah membenarkan labah-labah kecil untuk bersarang di cermin sisi kereta namun kita tidak tahu apa masalah lain yang bakal timbul sekiranya ia dibenarkan berleluasa. Analogi mudah, adakah anda akan membiarkan sebarang serangga untuk hidup dan bersarang di kereta anda?

Tips Lain:

Tersadai angkara PKP. Ini tips pastikan motosikal anda terus 'sihat'!

“Bila kena tukar minyak enjin eh?” – 4 tips mudah untuk anda!

Naik kereta dengan orang lain sewaktu Covid-19? Ikuti tips tingkap kereta ini!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda