window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tony Fernandes ‘show off’ Tesla model Y baharu, komen penuh minta duit ‘refund’ AirAsia!

Haris · Sep 2, 2021 11:00 AM

Tony Fernandes ‘show off’ Tesla model Y baharu, komen penuh minta duit ‘refund’ AirAsia! 01

Adalah difahami bahawa kesemua perniagaan sedang mengalami tribulasi ketika wabak pandemik Covid-19 berlangsung. Namun, apabila bos Air Asia, Tony Fernandes tampil menunjukkan sebuah Tesla model Y baharu milik beliau, rata-rata warganet mempunyai beberapa komen ‘pedas’ terhadap pembelian tersebut.

Tony Fernandes ‘show off’ Tesla model Y baharu, komen penuh minta duit ‘refund’ AirAsia! 02

Tesla model Y, foto Guide Auto

Menerusi laman Instagram milik beliau @tonyfernandes, beliau telah memuat naik swafoto bersama-sama sebuah Tesla model Y dengan kapsyen yang merujuk kepada pembelian terbaru itu bersempena Hari Kemerdekaan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Warganet turut tidak melepaskan peluang melempiaskan sedikit komen yang ‘panas-panas’ di hantaran tersebut.

Lihat sahaja komen yang ditinggalkan berikut:

Tony Fernandes ‘show off’ Tesla model Y baharu, komen penuh minta duit ‘refund’ AirAsia! 01

Tesla model Y adalah model SUV dari Tesla yang mampu memuatkan sehingga 7 penumpang (kerusi baris ketiga adalah pilihan tambahan). Harga asas bagi model ini adalah sekitar HK$ 329,800 (RM 178,550). Harga ini tidak termasuk cukai,SST, duti dan keuntungan pengedar yang bakal menyaksikan harga belian akhir mencecah RM 406,000.

Baca: AirAsia Ride ada tawaran unik - penumpang boleh pilih pemandu wanita, pramugari, ‘pilot’

Tony Fernandes ‘show off’ Tesla model Y baharu, komen penuh minta duit ‘refund’ AirAsia! 02

Gambar rujukan antara Model Y dan Model 3 oleh MyEVOC

Kebanyakan model Tesla yang dijual di Malaysia dibawa dari Hong Kong, pusat jualan Tesla secara rasmi yang terdekat dengan Malaysia. Ini juga berdasarkan nilai tukaran matawang yang lebih mesra dengan Ringgit.

Tony Fernandes ‘show off’ Tesla model Y baharu, komen penuh minta duit ‘refund’ AirAsia! 03

Hanya 2 model yang ditawarkan untuk Tesla model Y iaitu model Long Range yang mampu mencecah jarak tempuh sehingga 524 km, (pecutan 0-100 km/j dalam 4.8 saat) atau model Performance yang mempu memecut 0-100 km/j dalam 3.5 saat (jarak tempuh 487 km).

Bagi Tony Fernandes, mungkin harga RM 406k hanyalah satu harga yang kecil bagi beliau namun bagi pelanggan dan staf Air Asia, itu mungkin suatu nilai yang sangat besar bagi mereka.

Baca: Mengembangkan sayapnya, AirAsia lancar servis e-Hailing dengan armada Toyota Vellfire & Alphard

Kemaskini: Selepas merasai kehangatan komen-komen wargamaya, Tony Fernandes telah menukar kapsyen instagram beliau kepada "menyewa Tesla model Y" untuk menjernihkan keadaan.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda