window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Top 5 kereta keluarga pilihan ibu bapa yang ada ‘Baby Boss’

Mersita · Jun 16, 2020 12:00 PM

Top 5 kereta keluarga pilihan ibu bapa yang ada ‘Baby Boss’ 01

Dulu zaman bujang, dating naik Satria Neo pun boleh. Sekarang bila dah ada si kecil (atau yang tengah on-the-way), bolehlah mula fikir-fikirkan kereta mana yang sesuai untuk bawa anak kecil dengan selesa dan selamat.

Top 5 kereta keluarga pilihan ibu bapa yang ada ‘Baby Boss’ 02

Para ayah-ayah, parking tepi dulu lah ya..

Walaupun dah tak boleh nak 'racing' macam dulu, tak apa. Bila nak memilih kereta untuk keluarga, benda-benda penting yang harus dipertimbangkan termasuklah ruang yang luas, keselesaan, kemudahan dan aspek keselamatan.

Untuk jangkamasa panjang, kereta yang luas dan besar akan banyak membantu anda dalam apa-apa jua situasi. Nak keluar masuk stroller senang, nak keluar ramai-ramai tak ada masalah, nak balik kampung apatah lagi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Top 5 kereta keluarga pilihan ibu bapa yang ada ‘Baby Boss’ 01

Toyota GranAce – ruang yang besar dan lebih lagi

Oleh itu, kami telah senaraikan lima kereta paling sesuai untuk keluarga dan mereka yang ada si kecil:

Nissan Serena, harga dari RM 131,888

Top 5 kereta keluarga pilihan ibu bapa yang ada ‘Baby Boss’ 02

Memang tak dapat disangkal lagi, MPV adalah pilihan paling praktikal untuk keluarga. Mengangkat si kecil keluar dan masuk kereta amat mudah kerana pintu gelengsar berkuasanya mempunyai bukaan yang besar - mengurangkan insiden kepala terhantuk pada panel pintu.

Nissan Serena dengan konfigurasi tempat duduk 2+2+3 mempunyai ruang berjalan di antara tempat duduk barisan tengah. Walaupun dengan tempat duduk keselamatan bayi dipasang pada kerusi seperti yang telah diwajibkan sekarang, penumpang masih boleh pergi ke tempat duduk barisan ketiga dengan senang.

Top 5 kereta keluarga pilihan ibu bapa yang ada ‘Baby Boss’ 03

Ciri unik yang ada pada Serena ialah pintu belakang bergandanya yang boleh dibuka separuh bahagian atas sahaja untuk memudahkan anda mengakses bahagian but tanpa perlu membuka keseluruhan pintu belakang. Ini memudahkan anda untuk cepat-cepat masukkan barang dalam but kereta apabila tangan penuh atau tengah mendukung anak.

Satu lagi ciri Nissan Serena yang sering dipandang rendah ialah Intelligent Around View Monitor (I-AVM) dengan Intelligent Moving Object Detection (I-MOD). Bukan sahaja ia memberi anda sudut pandang 360 darjah, ia juga akan memberi amaran jika ada objek bergerak disekeliling kereta. Ini amat berguna jika anda tertinggal anak berlegar-legar di luar kereta.

Kia Grand Carnival, harga dari RM 160,088

Top 5 kereta keluarga pilihan ibu bapa yang ada ‘Baby Boss’ 04

Kia Grand Carnival setakat ini adalah MPV paling besar dan luas dengan harga bawah RM 200 ribu (serta kuasa enjin lebih 200 PS untuk nilai yang sama). Ibu bapa pasti suka dengan ruang dalamannya yang luas, memudahkan pergerakan dan menguruskan anak.

Walaupun dengan tempat duduk barisan ketiga dinaikkan, anda masih ada ruang but yang cukup luas untuk bagasi. Ia juga ada pelekap ISOFIX pada tempat duduk barisan ketiga untuk kemudahan tambahan.

Top 5 kereta keluarga pilihan ibu bapa yang ada ‘Baby Boss’ 05

Seperti Serena, Grand Carnival juga ada dua pintu gelengsar berkuasa berserta pelindung matahari manual bagi penumpang barisan tengah – melindungi keluarga dan anak anda dari hangat mentari dan orang berniat tak baik.

Tambahan pula, ciri unik yang ada pada Kia Grand Carnival ini ialah cermin pandang belakang yang didedikasikan khas untuk melihat aktiviti dan pergerakan penumpang atau anak anda di tempat duduk belakang pada setiap masa.

Top 5 kereta keluarga pilihan ibu bapa yang ada ‘Baby Boss’ 06

Ha, buat apa tu?

Honda BR-V, harga dari RM RM 80,989

Top 5 kereta keluarga pilihan ibu bapa yang ada ‘Baby Boss’ 07

Anda mungkin musykil, kenapa BR-V dan bukan HR-V yang masuk dalam senarai ini. Jangan risau, ada sebabnya. Walaupun HR-V mempunyai badan SUV yang diketahui ramai punyai ruang yang luas, kami rasakan BR-V adalah pilihan lebih tepat bagi keperluan keluarga.

Sebab pertamanya ialah BR-V mempunyai bukaan pintu yang lebih luas berbanding HR-V – memudahkan pergerakan keluar masuk ahli keluarga anda.

Top 5 kereta keluarga pilihan ibu bapa yang ada ‘Baby Boss’ 08

Tempat duduk barisan tengah yang boleh ditarik kedepan kebelakang juga amat memudahkan ibu bapa untuk mencapai anak mereka. Disamping itu, barisan tempat duduk ketiga yang sangat selesa bagi penumpang dewasa memberi lebih ruang walaupun dengan tempat duduk bayi telah dipasang.

Top 5 kereta keluarga pilihan ibu bapa yang ada ‘Baby Boss’ 09

Honda CR-V, harga dari RM 138,308

Jika anda lawati laman web rasmi Honda Malaysia, anda akan lihat Honda CR-V dinamakan ‘The Best Family Car’ dan panggilan ini sangat kena dengan keretanya.

CR-V adalah salah satu SUV 5 tempat duduk yang paling praktikal di pasaran – dengan ruang dalaman yang luas, but yang besar dan solusi simpanan pintar. Disebabkan ruang kereta yang sangat luas, ibu bapa boleh mengangkat anak mereka yang sudah dipasangkan dengan tempat duduk bayi keluar dan masuk kereta dengan lancar dan mudah tanpa berlanggar dengan apa-apa.

Top 5 kereta keluarga pilihan ibu bapa yang ada ‘Baby Boss’ 10

Nak masukkan sebuah stroller bersaiz besar dalam but kereta? CR-V boleh tapau dua stroller sekali.

Pilihlah CR-V 1.5 TC-P dan anda boleh nikmati kehebatan Honda Sensing ADAS yang boleh mengurangkan keletihan dan risiko kemalangan semasa perjalanan jauh. Kami pasti ciri ini sangat penting untuk para ibu dan bapa diluar sana.

Top 5 kereta keluarga pilihan ibu bapa yang ada ‘Baby Boss’ 11

Toyota Camry, harga dari RM 196,888

Top 5 kereta keluarga pilihan ibu bapa yang ada ‘Baby Boss’ 12

Bagi mereka yang lebih selesa dengan sedan tradisional untuk jalankan tugasan keluarga harian, anda boleh pertimbangkan Toyota Camry.

Ia ada ruang kabin yang cukup banyak, oleh itu memasang tempat duduk bayi dan memasukkan satu stroller di but belakang takkan menjadi masalah. Tempat duduk bahunya juga sesuai bagi penumpang belakang untuk menyesuaikan tempat duduk penumpang hadapan.

Top 5 kereta keluarga pilihan ibu bapa yang ada ‘Baby Boss’ 13

Secara amnya, Toyota Camry ialah sedan Segmen D yang paling selesa di pasaran. Semasa perjalanan jauh di lebuhraya, kualiti pemanduan Camry pasti akan mengekalkan anak anda tidur lena.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Nissan Serena S-Hybrid Highway Star

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda