window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Top 5 kereta yang paling jimat minyak pernah kami uji – VW Passat jimat macam Axia?!

Zamil Syaheer · May 14, 2021 02:00 PM

Top 5 kereta yang paling jimat minyak pernah kami uji – VW Passat jimat macam Axia?! 01

Di WapCar.my, kami meletakkan setiap kereta melalui ujian penggunaan minyak pada kadar liter/100 km. Setakat ini, kami telah menguji lebih daripada 40 jenis kereta di pasaran, dan setelah meneliti data yang kami kumpulkan, inilah 5 kereta yang paling jimat minyak pernah kami uji.

Top 5 kereta yang paling jimat minyak pernah kami uji – VW Passat jimat macam Axia?! 02

Sebelum itu, anda perlu tahu bahawa kaedah pengujian kami bergantung pada pam stesen minyak. Ini bermakna ia bergantung pada tekanan dan vakum untuk setiap klik. Oleh itu beberapa perubahan suhu persekitaran atau penentukuran yang menyebabkan ketidaktepatan mungkin berlaku.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Top 5 kereta yang paling jimat minyak pernah kami uji – VW Passat jimat macam Axia?! 01

Walaupun begitu, kami telah cuba sebaik mungkin untuk meminimumkan pemboleh ubah dengan mengunjungi stesen minyak dan menggunakan pam yang sama ketika mengisi minyak. Selain itu, kami juga telah mengisi angin tayar mengikut spesifikasi pengeluar, tidak menutup penghawa dingin, dan memandu seperti seorang pemandu biasa, gaya Malaysia.

Jelas bukan? Mari kita mulakan.

5. Perodua Axia 1.0 AV, 6.5 liter/100 km setelah diuji

Top 5 kereta yang paling jimat minyak pernah kami uji – VW Passat jimat macam Axia?! 02

Seperti yang dijangkakan dari enjin sesaran kecil, penggunaan bahan bakar agak rendah. Setelah memandu sejauh 113.3 km dan mengisi minyak sebanyak 7.323 liter, kami memperoleh bacaan 6.5 liter/100 km.

Top 5 kereta yang paling jimat minyak pernah kami uji – VW Passat jimat macam Axia?! 03

Tripmeter menunjukkan rata-rata 6.2 liter/100 km - cukup dekat dengan angka oleh Perodua itu sendiri.

Juga baca: Rebiu: Perodua Axia 1.0 Advance - Patut ke beli Axia spec bangsawan?

4. Volkswagen Passat 2.0 TSI, 6.5 liter/100 km setelah diuji

Top 5 kereta yang paling jimat minyak pernah kami uji – VW Passat jimat macam Axia?! 04

Ini mungkin kejutan terbesar di sini. Sebuah sedan segmen D yang jimat minyak seperti Perodua Axia? Biar betul!

Setelah memandu sejauh 78 km merangkumi 70% lebuh raya dan 30% pemanduan di bandar, jumlah minyak yang diperlukan untuk mengisi semula adalah 5.1 liter, memberikan bacaan 6.5 liter/100 km setelah dikira.

Top 5 kereta yang paling jimat minyak pernah kami uji – VW Passat jimat macam Axia?! 05

Menariknya, tripmeter memberi bacaan 7.5 liter/100 km.

Juga baca: Kebaikan & Keburukan: VW Passat R-Line – pakej yang mantap, ini atau Accord?

3. Honda City 1.5 L V, 6.3 liter/100 km setelah diuji

Top 5 kereta yang paling jimat minyak pernah kami uji – VW Passat jimat macam Axia?! 06

Dua ujian penggunaan minyak telah dilakukan, dimana ujian pertama mengembalikan 7.2 liter/100 km dari perjalanan sejauh 102.3, mengisi semula minyak sebanyak 7.38 liter. Ujian kedua pula memberi bacaan 5.3 liter/100 km dari perjalanan sejauh 97.1 km dan mengisi minyak sebanyak 5.19 liter.

Top 5 kereta yang paling jimat minyak pernah kami uji – VW Passat jimat macam Axia?! 07

Tanpa mengabaikan kedua-dua hasil tersebut, purata penggunaan minyak adalah 6.3 liter/100 km setelah dikira.

Juga baca: Rebiu ringkas: Honda City 1.5L 2020 – kereta keluarga kompak yang cukup baik?

2. Mazda 2 1.5 Hatchback, 6.2 liter/100 km setelah diuji

Top 5 kereta yang paling jimat minyak pernah kami uji – VW Passat jimat macam Axia?! 08

Setelah memandu sejauh 93.9 km merangkumi 40% bandar dan 60% lebuh raya, kami menggunakan 5.82 liter minyak yang memberikan bacaan 6.2 liter/100 km.

Top 5 kereta yang paling jimat minyak pernah kami uji – VW Passat jimat macam Axia?! 09

Tripmeter pula menunjukkan purata 7.2 liter/100 km.

Juga baca: Ringkasan: Mazda 2 1.5 2020 facelift, hatchback paling mahal dalam segmennya!

1. Nissan Almera 1.0L Turbo, 5.8 liter/100 km setelah diuji

Top 5 kereta yang paling jimat minyak pernah kami uji – VW Passat jimat macam Axia?! 10

Sama seperti Honda City, kami telah melakukan ujian penggunaan minyak sebanyak dua kali di Nissan Almera.

Top 5 kereta yang paling jimat minyak pernah kami uji – VW Passat jimat macam Axia?! 11

Setelah beberapa ujian, kami memperoleh angka 5.8 liter/100 km.

Juga baca: Rebiu: Nissan Almera Turbo 2020 serba baru tawar kabin senyap, keselesaan dengan enjin Turbo!

Top 5 kereta yang paling jimat minyak pernah kami uji – VW Passat jimat macam Axia?! 12

Inilah dia, senarai kereta yang telah kami uji dengan penggunaan bahan bakar terendah setakat ini. Sebaik-baiknya, kami ingin melakukan ujian penggunaan bahan bakar berulang kali seperti Honda City dan Nissan Almera untuk hasil yang lebih konsisten dan boleh dipercayai. Tetapi sayangnya, masa dan sumber daya terhad.

Adakah anda memiliki kereta yang rata-rata menggunakan minyak lebih rendah daripada kereta di senarai kami ini? Tinggalkan komen di bawah.

Senarai kereta yang jimat minyak yang WapCar.my sudah cuba setakat ini:

  1. 2020 Nissan Almera 1.0 VLT - 5.8-litre/100 km
  2. 2020 Mazda 2 1.5L - 6.2-litre/100 km
  3. 2020 Honda City 1.5L V - 6.3-litre/100 km
  4. 2020 Volkswagen Passat 2.0 TSI Elegance - 6.5-litre/100 km
  5. 2019 Perodua Axia 1.0 AV - 6.5-litre/100 km
  6. 2020 Toyota Vios 1.5G - 6.5-litre/100 km
  7. 2019 Honda Jazz 1.5L V - 6.7-litre/100 km
  8. 2019 Honda CR-V 1.5 TC-P 2WD - 7.0-litre/100 km
  9. 2019 Toyota Yaris 1.5G - 7.0-litre/100 km
  10. 2019 Mazda 3 Sedan 2.0 High - 7.6-litre/100 km

Top 5 kereta yang paling jimat minyak pernah kami uji – VW Passat jimat macam Axia?! 01

 

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Volkswagen Passat 2.0 TSI R-Line

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda