window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Top 5 sistem audio kereta paling boom dan padu yang pernah kami uji

Mersita · Dec 27, 2020 02:00 PM

Top 5 sistem audio kereta paling boom dan padu yang pernah kami uji 01

Kami pasti yang selain daripada pemanduan memuaskan dan keselesaan tip-top, para pemilik kereta di luar sana juga pasti mahu nikmati sistem audio yang nikmatnya lebih lagi dari kereta lain. Sesi karok dalam kereta anda pasti akan rasa sangat berbeza di dalam kereta-kereta yang kami kumpulkan untuk anda dalam senarai ini – merangkumi pelbagai julat harga.

Sistem audio yang bagus dengan ‘booming bass’ dan ‘surround’ yang padu pasti mampu naikkan adrenalin anda untuk hadapi hari-hari mencabar dan untuk ‘set mood’ yang sesuai bagi apa jua situasi.

1. Bawah RM 50 ribu – Proton Saga

Top 5 sistem audio kereta paling boom dan padu yang pernah kami uji 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tiada saingan dalam kategori ini; Proton Saga 2019 mempunyai sistem audio yang paling bagus bunyinya berbanding yang lain dalam kumpulannya. Audionya bukanlah jenama Hi-Fi terkenal mahupun datang dari 20 buah speaker, malah ia hanyalah tetapan 4 speaker yang biasa.

Top 5 sistem audio kereta paling boom dan padu yang pernah kami uji 01

Sistem infotainmen dengan skrin sentuh 7 inci cukup lancar untuk digunakan dan grafiknya tampak jelas. Tapi, apa yang membuatkannya lebih menonjol ialah prestasi audionya yang bertenaga. Bass cukup ‘punchy’, mids tidak tenggelam, dan treble juga cukup menyerlah. Tambahan pula, ia ada tetapan penyamaan (equalizer) yang pengguna boleh laraskan mengikut kesukaan mereka.

Top 5 sistem audio kereta paling boom dan padu yang pernah kami uji 02

Tapi yang pastinya, jika anda sudah terbiasa dengan sistem yang mewah, anda akan dapati yang ia agak kasar di penghujungnya kerana ia masih tidak begitu diperhalusi. Tapi, bila dilihat dengan harga kereta, tiada lagi yang boleh menandingi Proton Saga.

2. RM 50 ribu hingga RM 100 ribu – Toyota Vios/Yaris

Top 5 sistem audio kereta paling boom dan padu yang pernah kami uji 03

Kebanyakan sistem audio pada kereta Toyota ditala untuk memberikan bunyi yang lancar dengan bass yang lembut teksturnya untuk memberikan kesan diperhalusi. Perkara ini boleh dilihat dalam Toyota Vios dan Toyota Yaris.

Top 5 sistem audio kereta paling boom dan padu yang pernah kami uji 04

Apple CarPlay/Android Auto boleh didapati dalam Toyota Vios/Yaris 2021

Di dalam Toyota Vios/Toyota Yaris, bunyinya cukup diperkaya dengan low-end dan mids yang padu. Pengimejan bunyinya juga cukup elok. Bunyi tinggi atau treble agak terpendam apabila semua efek bunyi dinyahaktifkan dan equalizernya diratakan. Tapi, dengan sedikit pelarasan pada equalizernya, ini boleh ditonjolkan dengan lebih baik lagi.

Top 5 sistem audio kereta paling boom dan padu yang pernah kami uji 05

Itu saja yang diperlukan untuk menghasilkan audio yang cukup seimbang. Cuma elakkan efek bunyi buatan atau ‘artificial’ yang lain.

3. RM 100 ribu hingga RM 150 ribu – Mazda 3

Top 5 sistem audio kereta paling boom dan padu yang pernah kami uji 06

Untuk Mazda 3 2019 pula, pelbagai usaha telah dibuat untuk menetapkan lokasi pemasangan speaker untuk memberikan efek sempurna dan hasilnya cukup baik. Pengimejan bunyinya cukup sempurna dengan pengasingan yang bagus dan bunyi yang jelas.

Top 5 sistem audio kereta paling boom dan padu yang pernah kami uji 07

Tapi, ia ada satu kekurangan – ia tidak mempunyai ‘kehangatan’ seperti subwoofer. Ia tidak pergi cukup rendah dalam frekuensi bass dan bunyinya juga tidak pergi begitu mendalam. Kalaulah ia didatangkan dengan sistem Bose yang dilengkapi subwoofer, isu ini boleh diselesaikan.

Top 5 sistem audio kereta paling boom dan padu yang pernah kami uji 08

Apa-apa pun, kebanyakan kereta dalam julat harga ini tidak mempunyai sistem audio yang dilengkapi subwoofer. Oleh itu, kami memilih Mazda 3 bagi kategori harga ini kerana julat frekuensinya yang lain ditala dengan sangat baik.

4. RM 150 ribu hingga RM 250 ribu – Volkswagen Arteon

Top 5 sistem audio kereta paling boom dan padu yang pernah kami uji 09

Kini, dengan harga yang semakin naik, jangkaan konsumer juga semakin meningkat. Ada beberapa model yang layak dipertimbangkan dalam kategori harga ini, contohnya Toyota Camry dengan sistem JBL-nya. Tapi, sistem Dynaudio di dalam Volkswagen Arteon jadi pilihan kami disebabkan oleh kesetiaannya dalam penghasilan semula muzik.

Top 5 sistem audio kereta paling boom dan padu yang pernah kami uji 10

Ya, sistem JBL di dalam Camry bunyinya lebih dalam dan penuh, tapi bass sistem itu kadangkala terlalu ‘hyper’ sehingga menenggelamkan mids-nya. Sistem Dynaudio pada Volkswagen Arteon tidak terlalu ‘mewarnai’ muzik yang dimainkan, terutama sekali apabila profail bunyi “Authentic” dipilih.

Bunyinya cukup bersih dan setiap instrument atau vokal cukup jelas didengari. Subwoofer-nya tidak begitu ketara sehinggalah ia dilaras beberapa tahap lebih tinggi. Ia cukup padan dengan frekuensi yang lebih tinggi tanpa menenggelamkannya.

Top 5 sistem audio kereta paling boom dan padu yang pernah kami uji 11

Subwoofer dipasang di bawah lantai but

Namun, jika anda gemarkan bunyi yang lebih agresif, ia boleh dilaraskan apabila anda pilih mode “Dynamic”. Tekstur bass mengetat dan mid-bass juga dipertingkatkan sekali dengan treble. Tenang aja, ada banyak lagi tetapan yang boleh dipilih ikut kesukaan anda.

5. RM 250 ribu hingga RM 350 ribu – Volvo XC60

Top 5 sistem audio kereta paling boom dan padu yang pernah kami uji 12

Beralih pula kepada pengalaman audio yang paling hebat kami cuba setakat ini, iaitu sistem Bowers & Wilkins yang didatangkan dengan Volvo XC60 T8 Inscription Plus. Tona tingginya cukup lembut dan rangup. Ia tidak kasar sama sekali atau terpendam apabila disambung melalui Bluetooth. Bass cukup berat dan dalam bunyinya dengan subwoofer yang dibekalkan.

Top 5 sistem audio kereta paling boom dan padu yang pernah kami uji 13

Ada beberapa tetapan yang mengubah bunyi pentasnya, termasuklah profail bunyi “Concert Hall” yang cuba meniru pengalaman pentas konsert. Tapi, ia berbunyi agak sintetik bergantung kepada genre muzik yang dimainkan.

Top 5 sistem audio kereta paling boom dan padu yang pernah kami uji 14

Kami lebih suka dengan profail ‘Individual Stage’. Apabila tetapan ini dipilih, bunyinya seakan-akan datang dari arah cermin hadapan. Ini membuktikan ketepatan pengimejan bunyinya kerana muzik yang dihasilkan terasa sangat ketara dan ‘real’.

Sistem Bowers & Wilkins yang ada pada Volvo XC60 ialah salah satu daripada beberapa sistem yang berbunyi mantap walaupun dalam tetapan asasnya tanpa sebarang ubahsuai atau mode pelbagai.

Top 5 sistem audio kereta paling boom dan padu yang pernah kami uji 15

Apa-apa pun, kami ingin tekankan yang kualiti bunyi agak subjektif dan bergantung kepada minat dan selera masing-masing. Mungkin ada yang tidak berapa setuju dengan senarai kami dan mungkin anda pernah rasakan sistem yang lebih hebat daripada pilihan kami dengan julat harga yang diberi. Oleh itu, apa lagi, ‘sound’-lah kami di ruangan komen nanti!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda