Toyo Proxes CR1 - Senyap, Selamat, Selesa dan Prestasi Tinggi, ciri tayar terbaik untuk anda?
Apabila bercakap mengenai soal tayar, ramai yang selalu meminta cadangan tayar yang bagus. Kali ini, kami ingin mengesyorkan tayar Toyo Proxes CR1! Tayar terbaru dari Toyo ini bukan calang-calang, diuji sendiri oleh Tengku Djan Ley pada kereta Mercedes-Benz C230 beliau.
Ulasan Tengku Djan Ley adalah tayar CR1 ini menawarkan pemanduan yang selesa dan selamat untuk lebuhraya dan jalan biasa, selain mendapati kadar bunyi bising yang terhasil adalah minimum. Jadi bagaimana Toyo Proxes CR1 ini mampu menambat hati Prince of Drift Malaysia?
Senyap – Penggunaan bahan penyerap bunyi di dalam tayar mengurangkan kadar kebisingan di jalan raya. Corak bunga tayar yang menampilkan ciri Out-In Different pitch arrangement, ditambah dengan lapisan perlindungan bunyi.
Selamat – Tayar Proxes CR1 menawarkan prestasi yang unggul ketika berada di jalan basah dan kering. Di atas permukaan yang basah, Proxes CR1 berfungsi dengan lebih baik. Terima kasih kepada corak saliran yang terdiri daripada empat jalur lebar utama, yang membantu pembuangan air dengan cepat dari kawasan sentuhan.
Untuk jalan kering, ciri triple taper & rib membantu menambah baik ketahanan terhadap kehausan bunga dan meningkatkan prestasi. Manakala ciri multi-wave sipe pula membantu menghalang kadar kehausan yang tidak sekata pada sisi tayar. Jointless cap ply pula meningkatkan prestasi pemanduan pada halaju tinggi.
Selesa – Proxes CR1 direka untuk menawarkan pemanduan yang lebih lancar dan selesa dengan penggunaaan teknologi canggih hak milik Toyo iaitu T-Mode dan Nano Balance.
Prestasi Tinggi – Dari segi prestasi secara keseluruhan, Proxes CR1 terbukti mampu mengurangkan sehingga 11% kadar bunyi, dan 2% pengurangan kesan aquaplaning, sekaligus meningkatkan prestasi di atas permukaan basah jika dibandingkan dengan model terdahulu, Nano Energy 3. Selain daripada itu, Proxes CR1 turut mempunyai kadar rintangan golekan yang lebih rendah yang menyumbang kepada penggunaan bahan api yang lebih baik.
Tak percaya dengan kami? Uji sendiri tayar Toyo Proxes CR1 dengan harga dari RM160 hingga RM 440, manakala tayar Toyo Proxes CR1 untk SUV pula bermula dari RM 380 hingga RM 580 bergantung kepada saiz tayar yang dipilih. Tayar Toyo Proxes CR1 ini boleh didapati di Pusat Tayar Toyo, dan Pusat Tayar Silverstone di seluruh negara.


Haris Penulis
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.