window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota - 2021 tahun kedua terbaik dalam sejarah, 10.5 juta kereta terjual, No.1 sebab tapau VW

Faisal · Feb 7, 2022 05:00 PM

Toyota - 2021 tahun kedua terbaik dalam sejarah, 10.5 juta kereta terjual, No.1 sebab tapau VW 01

  • Toyota Motor Group kekal dihadapan VW Group sebagai pengeluar kereta terbesar di dunia
  • Jumlah jualan 2021 adalah sebanyak 10,495,548 unit (peringkat kumpulan), naik 10.1% daripada tahun lepas walaupun dengan bekalan semikonduktor yang terhad
  • Rekod jualan kedua tertinggi dalam sejarah 84 tahun Toyota

Walaupun dengan kemelut bekalan semikonduktor yang melanda seluruh industri, Toyota nampaknya tidak terkesan sama sekali. Malah, Toyota kekal mendahului Volkswagen Group dengan jualan (termasuk Lexus) 2021 sebanyak 9,615,157 unit. Berbanding tahun sebelumnya, prestasi ini meningkat 10.6%.

Toyota - 2021 tahun kedua terbaik dalam sejarah, 10.5 juta kereta terjual, No.1 sebab tapau VW 02

Kalau dimasukkan sekali dengan Daihatsu dan Hino, angka keseluruhan Toyota Motor Group adalah 10,495,548 unit (meningkat 10.1%).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Buat masa ini, model hibrid meliputi 26% daripada jumlah kenderaan Toyota dan Lexus yang terjual (2,482,236 unit, meningkat 27%). Analisis ini sepatutnya jauh lebih tinggi sekiranya jualan kenderaan komersial seperti Toyota Hilux dan Hiace dimasukkan sekali.

Toyota - 2021 tahun kedua terbaik dalam sejarah, 10.5 juta kereta terjual, No.1 sebab tapau VW 01

Jualan 2021 Toyota Motor di peringkat kumpulan (unit)
  2019 2020 2021
Toyota 8,948,923 7,973,453 8,855,145
Lexus 765,330 718,715 760,012
Jumlah 9,714,253 8,692,168 9,615,157
Daihatsu 837,990 693,977 725,179
Hino 189,879 142,293 155,212
Jumlah semua 10,742,122 9,528,438 10,495,548

Dengan 24% daripada jumlah jualan keseluruhan, Amerika Syarikat adalah pasaran Toyota paling penting (2,332,262 unit), diikuti dengan China (1,944,010 unit, meningkat 20%) dan Jepun (1,476,136 unit, 15%).

Cumanya, pasaran Jepun sebenarnya menurun 1.9%. Dari segi perkembangan, Amerika Latin adalah pasaran Toyota yang paling meningkat (lonjakan sehingga 37.5%). Brazil sebagai pasaran paling besar dalam rantau itu pula menyaksikan peningkatan 28.6% (perolehan sebanyak 172,475 unit).

Toyota - 2021 tahun kedua terbaik dalam sejarah, 10.5 juta kereta terjual, No.1 sebab tapau VW 02

Menduduki tangga kedua dalam carta jualan global adalah Volkswagen Group dimana mereka menghadapi tahun yang cukup teruk kerana betul-betul terkesan dengan isu bekalan cip semikonduktor.

Jumlah penyerahan Volkswagen Group termasuk MAN, Scania dan Navistar telah menurun 4.5%, iaitu kepada 8,882,000 unit.

Di China, iaitu pasaran terpenting VW Group, analisis turut menyaksikan penurunan sebanyak 14.1%.

Toyota - 2021 tahun kedua terbaik dalam sejarah, 10.5 juta kereta terjual, No.1 sebab tapau VW 03

Jualan 2021 VW Group (unit)
VW (kereta penumpang) 4,896,900 (-8.1%)
Audi 1,680,500 (-0.7%)
Skoda 878,200 (-12.6%)
Seat 470,500 (+10.3%)
Porsche 301,900 (+10.9%)
VW (kenderraan komersial) 359,500 (-3.2%)
MAN 151,000 (+27.8%)
Scania 90,400 (+25.4%)
Navistar 29,900 (-)
Lain-lain* 23,100 (+23.6%)
Jumlah 9,305,000 (-4.5%)

*Lain-lain termasuklah Lamborghini, Bentley dan Bugatti.

Untuk pengetahuan anda, rekod jualan tertinggi Toyota dicapai pada tahun 2019, iaitu dengan 9,714,253 unit (Toyota & Lexus). Sekiranya dimasukkan sekali dengan Daihatsu dan Hino, jumlah jualan Toyota Motor Group pada tahun itu boleh mencecah 10,742,212 unit.

Walaupun pencapaian sebegini cukup membanggakan, Toyota masih tetap merendahkan diri.

Toyota - 2021 tahun kedua terbaik dalam sejarah, 10.5 juta kereta terjual, No.1 sebab tapau VW 04

Dalam siaran gobal Toyota, mereka langsung tidak menggembar-gemburkan pencapaian ini. Syarikat itu hanya memaparkan analisis dan fail Excel. Kiranya, ia terpulang kepada media untuk membuat berita apa dengan angka-angka tersebut.

Satu-satunya petunjuk akan pencapaian ini adalah apabila President Akio Toyoda memberitahu mengenai keputusan 2021 buat syarikat itu dalam ucapan Tahun baru beliau kepada pekerja Toyota di seluruh dunia.

Toyota - 2021 tahun kedua terbaik dalam sejarah, 10.5 juta kereta terjual, No.1 sebab tapau VW 05

Kalau anda nak tahu, menjadi No.1 bukanlah sasaran Toyota. Mereka sebenarnya melihat dengan menjadi No.1, anda hanya ada pilihan untuk menjadi No.2.

Jadi, matlamat Toyota yang paling utama adalah untuk membuat lebih baik berbanding semalam. Kiranya, berterusan memperbaiki dan menambah baik (budaya kaizen).

Walaupun isu bekalan yang berlaku sebelum ini tidak pernah teruk seperti sekarang, ini bukanlah kali pertama industri automotif berhadapan dengannya.

Toyota - 2021 tahun kedua terbaik dalam sejarah, 10.5 juta kereta terjual, No.1 sebab tapau VW 06

Sebelum ini, tsunami 2021 dan banjir besar di Bangkok telah menjejaskan bekalan industri pemasangan elektronik dengan begitu dasyat. Menariknya, Toyota adalah satu-satunya syarikat yang belajar daripada pengalaman dalam menguruskan gangguan bekalan.

Dengan isu bekalan yang dijangka melarat sepanjang tahun 2022, Toyota akan memberhentikan sesetengah operasi sekali sekala tetapi kesannya tidak akan begitu ketara dan masih boleh diuruskan.

Juga bacaPakar: Krisis bekalan cip dunia akan berterusan sepanjang tahun 2022, 2023 ada sinar harapan?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda