window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota - demi peminat, model Gazoo Racing akan kekal guna enjin, takkan beralih ke EV!

Faisal Β· Oct 25, 2022 05:00 PM

Toyota - demi peminat, model Gazoo Racing akan kekal guna enjin, takkan beralih ke EV! 01

Era elektrifikasi nampaknya sudah mengorak langkah yang begitu besar dalam peredaran teknologi kenderaan. Toyota juga tidak terkecuali walaupun pada mulanya tidak berapa setuju dengan sumber kuasa elektrik sepenuhnya.

Toyota - demi peminat, model Gazoo Racing akan kekal guna enjin, takkan beralih ke EV! 02

Toyota bZ4X, kereta elektrik pertama jenama ini.

Bagi anda yang belum tahu, Toyota sebenarnya percaya bahawa penggunaan trenkuasa bersumberkan tenaga elektrik dari bateri semata-mata bukanlah jalan terbaik untuk mencapai kadar karbon yang neutral. Sistem hibrid atau trenkuasa hidrogen pula boleh dikatakan mesra alam dan pembeli layak mendapat pelbagai lagi pilihan lain selain EV.

Juga bacaUMWT kini mempunyai 3 pengecas pantas DC dipasang di HQ mereka - siap sedia untuk Toyota bZ4X EV?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jadi, bagaimana pula dengan model berprestasi tinggi seperti Gazoo Racing?

Toyota - demi peminat, model Gazoo Racing akan kekal guna enjin, takkan beralih ke EV! 01

Toyota GR Yaris.

Menurut syarikat gergasi Jepun ini, kesemua model Toyota pada tahun 2030 akan ada varian elektrik KECUALI GR. Hal ini disebabkan oleh peminat fanatiknya masih ingin mendengar bunyi enjin dan ekzosnya.

Toyota - demi peminat, model Gazoo Racing akan kekal guna enjin, takkan beralih ke EV! 02

Toyota GR Supra.

Kata wakil bahagian jualan dan pemasaran Toyota, Sean Hanley, β€œToyota bukanlah menentang akan penggunaan trenkuasa elektrik tetapi kepelbagaian jenis produk adalah cara yang lebih tepat untuk menguasai masa hadapan. Penggunaan enjin masih relevan kerana ia melengkapkan teknologi hibrid dan hibrid plug-in yang mana kedua-duanya tetap mesra alam”.

Toyota - demi peminat, model Gazoo Racing akan kekal guna enjin, takkan beralih ke EV! 03

Toyota GR86.

Jadi, untuk peminat kereta berprestasi tinggi Toyota iaitu model-model GR, usah risau dengan masa hadapannya kerana bunyi deruman enjinnya akan tetap kekal melontarkan alunan musik ke telinga anda.

Toyota - demi peminat, model Gazoo Racing akan kekal guna enjin, takkan beralih ke EV! 04

Toyota GR Corolla.

Juga bacaBosan tengok Golf? Toyota GR Corolla boleh dilancarkan di Malaysia selepas Toyota GR86 2023 tiba di sini!

Kredit: Autofun ID

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota GR Corolla 1.6T MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda