window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota akan jual 3.5 juta EV menjelang 2030, 16 model dikeluarkan, 14 lagi akan tiba. Peneraju EV dunia?

Mersita Β· Dec 15, 2021 07:30 PM

Toyota akan jual 3.5 juta EV menjelang 2030, 16 model dikeluarkan, 14 lagi akan tiba. Peneraju EV dunia? 01

  • 30 model BEV baru menjelang 2030
  • 3.5 juta jualan BEV menjelang 2030, lebih besar daripada jumlah jualan tahunan Daimler dan PSA Group
  • Bagi pasaran AS, Eropah, dan China – Lexus akan jadi jenama EV 100 peratus menjelanng 2030

‘Permainan’ kereta elektrik (EV) kini sudah bukan milik Tesla/Elon Musk. Toyota baru saja mengumumkan bahawa ia akan melancarkan sebanyak 30 model kereta elektrik menjelang 2030 – semuanya kereta elektrik jenis bateri elektrik sepenuhnya (BEV).

Toyota akan jual 3.5 juta EV menjelang 2030, 16 model dikeluarkan, 14 lagi akan tiba. Peneraju EV dunia? 02

Dari 30 model baru ini, 16 daripadanya telah dipratonton ketika sidang media atas-talian berkenaan Battery EV Strategies syarikat itu yang berlangsung semalam. Tiga daripada 16 model yang ditayangkan adalah ‘sports car’ jenis rendah dan dua-pintu, termasuklah satu model yang dikatakan pewaris Lexus LF-A ‘lejen’. Bukan kereta biasa-biasa saja, ya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota akan jual 3.5 juta EV menjelang 2030, 16 model dikeluarkan, 14 lagi akan tiba. Peneraju EV dunia? 01

Lexus Electrified Sport

Presiden Akio Toyoda juga mengumumkan sasaran mereka untuk mencapai jualan BEV peringkat global sehingga 3.5 juta unit, termasuklah 1 juta unit Lexus BEV menjelang 2030. Angka ini lebih tinggi daripada jumlah jualan global oleh Daimler (2.8 juta pada 2019, sebelum pandemik) dan juga PSA Group (3.5 juta pada 2019).

Toyota akan jual 3.5 juta EV menjelang 2030, 16 model dikeluarkan, 14 lagi akan tiba. Peneraju EV dunia? 02

Rangkaian kereta elektrik Toyota dan Lexus – bermacam jenis kereta elektrik untuk semua

Jumlah keseluruhan jualan global bagi BEV pada 2021 diramal akan menjangkau lebih 4 juta. Pada separuh pertama tahun 2021, sejumlah 2.65 juta unit BEV telah dibeli pelanggan, termasuklah 386,000 Tesla dan 172,700 Volkswagen siri ID, dan 227,000 unit oleh GM – termasuklah unit-unit yang dijual oleh syarikat JVnya dari China, SGMW, iaitu pengeluar kereta elektrik terlaris dunia, Wuling Mini EV.

Strategi ini jelas menunjukkan hala tuju Toyota yang akan menjadi pengeluar BEV terbesar di dunia menjelas tahun 2030.

Toyota akan jual 3.5 juta EV menjelang 2030, 16 model dikeluarkan, 14 lagi akan tiba. Peneraju EV dunia? 03

Toyota bZ4x akan tiba di Malaysia pada 2023

Antara model-model BEV yang dipersembahkan ialah Toyota bZ4x (lebih kurang saiz Toyota Harrier), yang akan tiba di Malaysia dan akan mula dijual di Jepun tidak lama lagi. Selain itu, ada 4 lagi model bZ akan datang turut ditayangkan, termasuklah sebuah SUV kompak, SUV crossover kecil disasarkan untuk bandar-bandar sesak di Eropah dan Jepun, SUV 7 tempat duduk bersaiz besar, serta satu model sedan.

Baca juga: UMW Toyota bakal lancar 2 model EV di Malaysia bermula 2022 – Lexus UX 300e & Toyota bZ4X?

Toyota akan jual 3.5 juta EV menjelang 2030, 16 model dikeluarkan, 14 lagi akan tiba. Peneraju EV dunia? 04

Toyota bZ Compact SUV

Turut ditayangkan ialah Lexus RZ versi prototaip, model BEV pertama khusus untuk Lexus.

Toyota buka langkah besar untuk tawan pasaran – labur hampir RM 300 bilion

Ketua Pegawai Teknologi Masahiko Maeda juga mengesahkan bahawa Toyota akan meningkatkan pelaburan dalam BEV sehingga 4 trilion Yen (RM 148.9 bilion), dimana 2 trilion Yen akan disediakan khas untuk kajian bateri.

Toyota akan jual 3.5 juta EV menjelang 2030, 16 model dikeluarkan, 14 lagi akan tiba. Peneraju EV dunia? 05

Toyota bZ Small Crossover

Tidak akan hentikan enjin pembakaran, hibrid masih kekal ada

Ungkapan ‘the world is a diverse place’ dan ‘no one solution for everyone’ diulang banyak kali.

Toyota akan jual 3.5 juta EV menjelang 2030, 16 model dikeluarkan, 14 lagi akan tiba. Peneraju EV dunia? 06

Presiden Toyoda berkata pelanggan, bukannya kerajaan yang akan menentukan trenkuasa mana satu akan terus bertahan. Peluang untuk memilih patut dikekalkan.

“Bukannya kami namun pasaran tempatan dan para pelanggan kami yang menentukan opsyen mana satu untuk dipilih. Kenapa kami masih sediakan pelbagai jenis pilihan? Dalam pengurusan perniagaan, seseorang mungkin beranggapan yang ia akan jadi lebih mudah dan cekap jika tumpuan diberikan kepada jumlah pilihan lebih sedikit.

"Walau bagaimanapun, kami percaya bahawa berubah dengan pantas mengikut perubahan di masa hadapan adalah lebih penting berbanding cubaan untuk meramal masa hadapan, kerana ia tidak dapat dipastikan. Kami mahu buka peluang untuk memilih bagi pelanggan kami sehinggalah hala tuju sebenar diketahui,” kata Presiden Akio Toyoda.

Toyota akan jual 3.5 juta EV menjelang 2030, 16 model dikeluarkan, 14 lagi akan tiba. Peneraju EV dunia? 07

Ketua Pegawai Teknologi Masahiko Maeda

Syarikat itu berkata ia tidak akan berhenti, ataupun mengurangkan jumlah pelaburan mereka keatas teknologi hibrid dan sel tenaga, memandangkan bahagian berjumlah 4 trilion Yen juga telah dikhaskan untuk pembangunan teknologi-teknologi ini, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 8 trilion Yen (RM 297.9 bilion). Ia satu langkah berani yang hanya mampu diambil oleh Toyota.

Maeda memberi contoh situasi di Amerika Syarikat. Konsumer di pantai barat dan pantai timur di negara itu boleh saja memilih BEV tanpa sebarang masalah. Namun, jika anda bergerak lebih jauh ke bahagian tengah negara itu, bekalan tenaga serta situasi infrastruktur adalah berbeza. Ini baru sebuah negara, apatah lagi seluruh dunia.

Toyota akan jual 3.5 juta EV menjelang 2030, 16 model dikeluarkan, 14 lagi akan tiba. Peneraju EV dunia? 08

Toyota akan membina trak elektrik ini, namun adakah pelanggan Amerika di pertengahan Barat akan memilih trak ini ataupun kekal dengan Tundra?

Toyota menjelaskan bahawa sebagai sebuah syarikat global yang menghasilkan rangkaian penuh sesuatu produk, agak tak realistik bagi Toyota untuk mengkhianati kepercayaan pelanggannya dengan memaksa mereka untuk memilih BEV. Jika BEV tidak sesuai dengan keperluan pelanggan, pilihan pelbagai dalam barisan kenderaan dan pilihan jenis trenkuasa mesti ada.

Toyota akan jual 3.5 juta EV menjelang 2030, 16 model dikeluarkan, 14 lagi akan tiba. Peneraju EV dunia? 09

FJ Cruiser elektrik?

“Kita hidup di dalam dunia yang banyak kepelbagaiannya dan dalam satu era dimana ia sukar bagi kita untuk meramal masa depan. Oleh yang demikian, memang susah untuk memuaskan hati semua orang dengan pilihan tetap yang sedikit jumlahnya.

“Inilah sebabnya mengapa Toyota mahu menyediakan seberapa banyak pilihan yang boleh untuk pelanggan kami di seluruh dunia,” ujar Toyoda.

Bagaimana caranya untuk dapatkan bekalan bateri yang mencukupi?

Sebab utama kenapa kenderaan elektrik belum dapat menembusi pasaran arus perdana bukannya kerana harga kereta itu sendiri, kerana faktor harga bergantung kepada penyediaan dan permintaan.

Toyota akan jual 3.5 juta EV menjelang 2030, 16 model dikeluarkan, 14 lagi akan tiba. Peneraju EV dunia? 10

Sports car BEV kompak akan menggantikan GR86?

Halangan dalam penghasilan lebih banyak kenderaan elektrik dan pengurangan harga BEV ialah pembekalan mineral yang mencukupi bagi menghasilkan bateri yang mencukupi.

Di sinilah terletaknya kelebihan Toyota kerana syarikat itu telahpun menghasilkan kenderaan hibrid sejak 1997, dan ia telah memperhalusi saluran pembekalan dan logistik bahan mentah baterinya sejak lebih 20 tahun lalu, menghasilkan lebih daripada 19 juta sel bateri.

Toyota akan jual 3.5 juta EV menjelang 2030, 16 model dikeluarkan, 14 lagi akan tiba. Peneraju EV dunia? 11

Toyota bZ Sedan akan masuk produksi tak lama lagi, nampak seperti pesaing Tesla Model 3

Toyota juga berkata yang ia telah memperoleh bekalan bahan mentah yang mencukupi untuk bertahan sehingga 2030, sebahagiannya sumbangan daripada tinjauan dijalankan oleh Toyota Tsuho berkaitan perolehan lithium sejak 2006.

Bahagian perdagangan Toyota itu juga telah berusaha untuk mendapatkan sumber-sumber tenaga yang boleh diperbaharui sejak lebih 30 tahun lalu. Menjelang 2035, Toyota akan mencapai neutraliti karbon di kilang-kilang pembuatan model-model BEVnya.

Toyota akan jual 3.5 juta EV menjelang 2030, 16 model dikeluarkan, 14 lagi akan tiba. Peneraju EV dunia? 12

Lexus RZ akan menjadi BEV pertama khusus dari Lexus

Syarikat itu telah memperoleh kapasiti pembuatan bateri setinggi 200 GWh.

Jawapan Akio Toyoda kepada pengkritik

Bagi mengembangkan jualan BEV dan mendapatkan lebih banyak dana daripada pelabur, syarikat ‘startup’ BEV perlu mengalihkan jualan dan perhatian daripada syarikat-syarikat kereta tradisional dan sebagai pembuat kereta No.1 di dunia, Toyota menjadi sasaran mudah bagi golongan yang sudah melabur banyak pada ‘startup’ BEV.

Toyota akan jual 3.5 juta EV menjelang 2030, 16 model dikeluarkan, 14 lagi akan tiba. Peneraju EV dunia? 13

Walau dengan komitmen untuk menjual 3.5 juta BEV menjelang 2030, golongan ini akan terus mengatakan yang Toyota bersusah payah untuk mencapainya. Ini kerana Toyota menghasilkan lebih 10 juta kereta setahun (sebelum terputusnya bekalan cip yang mengganggu jualan), yang bermaksud 70 peratus daripada kereta Toyota akan masih dikuasakan oleh enjin.

Apabila disoal tentang kedudukan ranking paling bawah Toyota oleh kumpulan mesra alam, Presiden Akio Toyoda menjawab:

“Apa pun itu pendapat mereka. Tapi, benarkah kami betul-betul kebelakang dari segi EV? Kita sekarang bercakap tentang kira-kira 3.5 juta EV dengan 30 model. Adakah kami masih akan dianggap kebelakang dalam aspek kenderaan elektrik? Apa yang kami patut lakukan sebaliknya? Saya ingin dengar jawapan mereka.

“Jika itu hakikatnya, patutkah kita lihat pada angka dengan peratusan, ataupun angka keseluruhan? Kenderaan adalah untuk pelanggan persendirian. Satu kenderaan, satu pelanggan. Oleh itu, ia bukannya tentang angka peratusan, sebaliknya jumlah keseluruhan yang patut dilihat. Memberi khidmat kepada jumlah pelanggan itu, jumlah keseluruhan kenderaan, berapa besar sekalipun, kami akan berusaha menghasilkan setiap satu kereta dengan sepenuh hati, tanpa mengira jenis trenkuasanya, apa pun jua jenis kenderaannya, Toyota dan Lexus akan terus-terusan menawarkan nilai ‘fun to drive’ dan itulah yang akan kami terus usahakan.”

Imej oleh: Noriaki Mitsuhashi/N-Rak Photo agency

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia