window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Alphard 2023 serba baru - ada pilihan 4WD, platform TNGA, Vellfire mungkin digugurkan!

Faisal Β· Oct 4, 2022 12:00 PM

Toyota Alphard 2023 serba baru - ada pilihan 4WD, platform TNGA, Vellfire mungkin digugurkan! 01

Lakaran dari BestCarWeb.
  • Toyota Alphard generasi baharu akan tiba pada Mei 2023
  • Bakal guna nadi hibrid dan turbo
  • Varian pacuan roda depan (FWD) dan semua roda juga ada (AWD), Vellfire akan dihapuskan

Seperti yang anda tahu, Toyota Alphard generasi 2023 bakal didedahkan tidak lama lagi memandangkan pengedar Toyota di Jepun sendiri sudah mula menghentikan penerimaan tempahan buat model sekarang.

Juga bacaPanas: Pengedar di Jepun henti ambil tempahan Toyota Alphard, generasi baru didedah Mei 2023?

Kalau yang masih ada pun mungkin stok yang hendak dihabiskan.

Toyota Alphard 2023 serba baru - ada pilihan 4WD, platform TNGA, Vellfire mungkin digugurkan! 02

Toyota Alphard di pasaran Jepun.

Berdasarkan spekulasi dari BestCarWeb, model serba baru buat raja segala MPV ini bakal debut pada Mei 2023. Dari segi teknikal, ia dikatakan menggunakan platform TNGA-K dengan pilihan trenkuasa hibrid berkapasiti 2.5L NA (enjinnya sahaja menghembuskan 186 PS, 221 Nm) serta enjin 2.4L turbo. Untuk makluman anda, trenkuasa turbo ini sudah diguna pada model Lexus dan ia mampu menghasilkan sehingga 272 PS dan 460 Nm tork.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Alphard 2023 serba baru - ada pilihan 4WD, platform TNGA, Vellfire mungkin digugurkan! 01

Platform TNGA-K. Di Malaysia, Platform ini diguna pada model Camry, RAV4 dan Harrier.

Selain itu, Alphard baharu juga dikatakan hadir dengan pilihan varian pacuan empat roda (4WD), sama seperti generasi sebelumnya. Namun begitu, bagi anda yang meminati Vellfire, terdapat berita yang tidak menyenangkan kerana model pewarisnya sudah banyak kali digosipkan yang mana ia mungkin tidak lagi dihasilkan.

Juga bacaToyota Crown Vellfire dah macam "hotel bergerak", Vellfire paling mewah dari RM 549k hanya di China!

Toyota Alphard 2023 serba baru - ada pilihan 4WD, platform TNGA, Vellfire mungkin digugurkan! 02

Toyota Vellfire mungkin digugurkan buat selamanya.

Jadi, sama-samalah kita tunggu ketibaan raja MPV generasi baharu dari Toyota.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Alphard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda