window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Alphard generasi baru mungkin dilancarkan pada 2022. Ada GR Alphard?

Mersita Β· Dec 2, 2020 03:00 PM

Toyota Alphard generasi baru mungkin dilancarkan pada 2022. Ada GR Alphard? 01

MPV kembar Toyota Alphard / Vellfire yang digemari ramai sudah lama berada di pasaran Malaysia. Model generasi ketiga telah dilancarkan sejak 2015, tapi menurut ura-ura, kita hanya akan dapat melihat model generasi keempat dikeluarkan pada tahun 2022.

Dengan hanya dua tahun untuk kita tunggu sebelum ia tiba, apa yang boleh kita jangkakan dari MPV VIP yang terkenal ini?

Toyota Alphard generasi baru mungkin dilancarkan pada 2022. Ada GR Alphard? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berita buruk dulu – jika anda berminat dengan Vellfire, dengan penuh dukacitanya kami maklumkan yang MPV kegemaran anda ini tidak akan dikeluarkan lagi dengan model generasi baru.

Seperti yang pernah kami laporkan dulu, Vellfire dan Alphard akan digabungkan untuk menjadi satu model tunggal. Keputusan untuk mengorbankan nama ‘Vellfire’ ini ialah kerana Alphard terjual dengan lebih laris di Jepun.

Toyota Alphard generasi baru mungkin dilancarkan pada 2022. Ada GR Alphard? 01

Toyota juga telah mengurangkan kebanyakan barisan kereta mereka di negara matahari terbit itu setelah memutuskan untuk menggabungkan empat saluran pengedarnya dalam satu entiti sama. Ini bermaksud akan ada beberapa model yang terpaksa digabungkan menjadi satu produk.

Toyota Alphard generasi baru mungkin dilancarkan pada 2022. Ada GR Alphard? 02

“Dah tu, macam mana dengan rupa bentuk barunya nanti?” Memandangkan ia hanya akan wujud sebagai Alphard, ia dijangkakan untuk diberi rupa dan gaya eksekutif yang mewah. Jika ‘rendering’ atau lakaran yang dibuat ini menjadi kenyataan, mask grilnya yang tampak ganas barangkali akan tampak menggerunkan apabila ia meluncur sasa di jalan raya kita nanti.

Toyota Alphard generasi baru mungkin dilancarkan pada 2022. Ada GR Alphard? 03

Ada juga ura-ura yang mengatakan Alphard baharu nanti akan menggunapakai platform TNGA. Oleh itu, kita boleh jangkakan Alphard yang baru nanti bukan saja selesa tapi ia juga akan jadi seronok bila dipandu.

Toyota Alphard generasi baru mungkin dilancarkan pada 2022. Ada GR Alphard? 04

Selain daripada penggunaan platform TNGA, ura-ura lain yang membuatkan ramai tak senang duduk ialah kemunculan GR Alphard. Jangan pula kita jangkakan yang GR Alphard ini nanti boleh dilumba di trek tapi ia akan lebih menjurus kepada penambahbaikan visual, bukannya peningkatan prestasi.

Toyota Alphard generasi baru mungkin dilancarkan pada 2022. Ada GR Alphard? 05

Dari segi tren kuasanya, enjin V6 3.5 liter mungkin tidak akan dibawa masuk ke dalam Alphard baru nanti kerana undang-undang pelepasan gas rumah hijau akan memaksa pembuat-pembuat kereta seperti Toyota untuk mencari tetapan enjinn yang lebih mesra alam.

Ada juga ura-ura yang mengatakan Alphard generasi seterusnya boleh jadi dikuasakan oleh enjin 4 silinder berpengecas turbo sebagai tambahan kepada enjin ‘naturally aspirated’ 2.5 liter dan tren kuasa hibrid.

Toyota Alphard generasi baru mungkin dilancarkan pada 2022. Ada GR Alphard? 06

Memandangkan Alphard dan Vellfire akan digabungkan menjadi satu serta kemungkinan tentang enjin V6 yang akan digugurkan, anda rasa Alphard generasi baru nanti masih boleh memikat ramai pembeli atau tidak?

Jika anda berminat dengan model-model lama, kami ada panduan untuk anda tentang kos penyelenggaraan/penjagaan Vellfire dan Alphard di sini.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Alphard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda