window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Alphard kereta paling banyak dicuri di Jepun? Biar betul?

Mersita Β· May 4, 2021 07:00 AM

Toyota Alphard kereta paling banyak dicuri di Jepun? Biar betul? 01

Jepun sememangnya antara negara yang paling rendah kadar jenayahnya di seluruh dunia, namun ini bukannya bermaksud ia sebuah negara yang benar-benar suci dari onar. Kenderaan juga ada kalanya dicuri dan di Wilayah Saitama, kenderaan curi paling popular adalah Toyota Alphard.

Toyota Alphard kereta paling banyak dicuri di Jepun? Biar betul? 02

Ya, penyangak dan pencuri di Jepun amat gemarkan kereta kotak ini sama seperti ahli politik dan para VIP, VVIP kita. Saitama terletak 38 minit perjalanan dari Tokyo, dan peminat anime/manga pasti tahu tempat ini melalui satu watak adiwira anime botak yang terkenal dan digemari ramai.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca juga: Beli Toyota Vellfire recond boleh jimat RM 60k. Apa pula risikonya?

Toyota Alphard kereta paling banyak dicuri di Jepun? Biar betul? 01

Ada lagi warna lain selain daripada hitam dan putih

Berbalik kepada topik mengapa Alphard amat digemari pencuri-pencuri kereta di Jepun, ia adalah kerana nilainya yang kukuh di pasaran kereta terpakai selain daripada digemari oleh pembeli di Jepun dan juga luar negara seperti Malaysia dan Hong Kong.

Baca juga: 10 kereta paling popular di Jepun tahun 2020, Toyota Alphard di tangga ke-5

Toyota Alphard kereta paling banyak dicuri di Jepun? Biar betul? 02

Alphard ‘half-cut’

Oleh itu, ada di antara kereta-kereta yang dicuri dihantar ke luar negara ataupun dijual semula di Jepun tanpa VIN asalnya. Dalam beberapa kes tertentu, kenderaan curi dileraikan kepada beberapa bahagian bagi menyukarkan pihak berkuasa mengesan aktiviti mereka serta memudahkan proses pengangkutan.

Toyota Alphard kereta paling banyak dicuri di Jepun? Biar betul? 03

Walau bagaimanapun, Alphard bukanlah kereta paling kerap dicuri yang dilaporkan di Jepun. Menurut satu penyelidikan yang dibuat oleh General Insurance Association of Japan pada November 2020, MPV Toyota ini berada di tempat keenam dalam senarai 30 model lain.

Toyota Alphard kereta paling banyak dicuri di Jepun? Biar betul? 04

Tiga model paling kerap dicuri di Jepun pada tahun lalu ialah Toyota Land Cruiser, Toyota Prius, dan Lexus LX. Malah, model Toyota dan Lexus berada dalam senarai ‘Top 8’.

Toyota Alphard kereta paling banyak dicuri di Jepun? Biar betul? 05

Kereta paling kerap dicuri di Malaysia pula tak lain tak bukan, Proton Wira

Yang pastinya, walau negara dengan imej sebersih Jepun pun tidak terkecuali dalam kes kecurian kereta. Oleh itu, sentiasalah berwaspada dan siap-siagakan kereta anda dengan kelengkapan keselamatan bagi mengelakkan kereta kesayangan anda daripada dicuri.

Baca juga: Dah tahun 2021, kenapa Proton Wira kekal kereta #1 paling kerap dicuri? Inilah 4 sebab utama!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Alphard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda