window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Avanza 2022 serba baharu mungkin debut di Indonesia seawal November ini!

Faisal Β· Sep 27, 2021 04:00 PM

Toyota Avanza 2022 serba baharu mungkin debut di Indonesia seawal November ini! 01

Daihatsu DN Multisix yang merupakan konsep kepada Toyota Avanza generasi baru.

Menurut portal OtoDriver, Toyota Avanza 2022 serba baharu mungkin diperkenalkan di 2021 Indonesia Autoshow (Gaikindo) yang akan bermula pada 11 November 2021.

Toyota Avanza 2022 serba baharu mungkin debut di Indonesia seawal November ini! 02

Lakaran Toyota Avanza baharu oleh Bagasatriakbar.

Selain reka bentuk baru dan penambahan pada ciri keselamatan, Avanza 2022 juga bakal tampil buat pertama kalinya dengan format pacuan roda depan untuk peningkatan tahap penjimatan minyak.

Selain itu, transmisi 4 kelajuan automatik yang telah lama berkhidmat juga akan digantikan dengan transmisi CVT. Apapun, pilihan transmisi manual 5 kelajuan akan tetap ditawarkan.

Toyota Avanza 2022 serba baharu mungkin debut di Indonesia seawal November ini! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mengenai trenkuasa, Avanza baharu dijangka beransur dengan enjin Avanza sedia ada yang mana ia datang dengan kapasiti 1.3L 1NR-VE (97 PS, 120 Nm tork) dan 1.5L 2NR-VE (104 PS, 136 Nm tork).

Toyota Avanza 2022 serba baharu mungkin debut di Indonesia seawal November ini! 01

Daihatsu Xenia merupakan kembar kepada Toyota Avanza di Indonesia.

Varian yang paling tinggi pula akan dilengkapi dengan transmisi CVT dan sistem bantuan pemandu ADAS.

Setakat ini, hanya ciri 6 beg udara dan brek kecemasan AEB sahaja yang sudah disahkan.

Juga bacaVarian Toyota Avanza 2022 serba baru didedah - tiga spesifikasi utama, ada ADAS!

Toyota Avanza 2022 serba baharu mungkin debut di Indonesia seawal November ini! 02

Kamera ASA pada Perodua Ativa.

Bagi anda yang belum tahu, Toyota Avanza 2022 ada kaitan dengan Perodua Alza serba baru.

Dengan kod nama D26A, Toyota Avanza serba baharu dikira sebagai kembar kepada Perodua Alza generasi seterusnya. Senang cerita, ia diibarat sama seperti Perodua Aruz dan Toyota Rush.

Juga bacaLagi maklumat Toyota Avanza generasi baharu tertiris, ada rujukan kepada Perodua Alza baru?

Toyota Avanza 2022 serba baharu mungkin debut di Indonesia seawal November ini! 03

Dikeluarkan sejak tahun 2009, lebih lama daripada Toyota Avanza sendiri.

Dengan penggunaan platform DNGA, kedua-dua Avanza dan Alza baharu akan berkongsi komponen seperti casis, trenkuasa dan sistem keselamatan.

Juga baca: Desas-desus Toyota Avanza generasi baru 2022, bakal dilancarkan November ini?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Toyota Avanza Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda