window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Avanza generasi baharu akan guna enjin Ativa, bakal didedahkan Nov 2021?

Haris Β· May 31, 2021 08:00 PM

Toyota Avanza generasi baharu akan guna enjin Ativa, bakal didedahkan Nov 2021? 01

Toyota Avanza yang kini sudah 10 tahun dalam pasaran nampaknya tidak mahu mengalah setelah menerima saingi kuat oleh Mitsubishi Xpander. Toyota Avanza dan kembar Daihatsu Xenia dikatakan akan menerima generasi baharu dalam masa terdekat. 

Toyota Avanza generasi baharu akan guna enjin Ativa, bakal didedahkan Nov 2021? 02

Garuda Merah kebanggaan Indonesia

Tidak mengejutkan, terdapat laporan bahawa Toyota Avanza generasi akan datang bakal melakukan debut seawal November 2021. Ia akan tampil dengan perubahan yang ketara seperti pacuan roda depan (Avanza sekarang 'tarik belakang'), serta kemungkinan untuk ditawarkan dalam varian hibrid.

Toyota Avanza generasi baharu akan guna enjin Ativa, bakal didedahkan Nov 2021? 03

Daihatsu Xenia

Terdapat beberapa petanda yang turut menunjukkan bahawa Toyota Avanza generasi baharu bakal menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA). Ini mungkin kali pertama platform DNGA digunakan pada kenderaan 7 penumpang.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Avanza generasi baharu akan guna enjin Ativa, bakal didedahkan Nov 2021? 01

Imej lakaran oleh Bagasatriakbar

Selain dari pelancaran November 2021 seperti yang dinyatakan, sumber daripada OtoDriver juga mengatakan bahawa model itu akan mula dieksport ke pasar luar mulai Februari 2022. Pasaran luar ini berkemungkinan besar termasuk Malaysia.

Toyota Avanza generasi baharu akan guna enjin Ativa, bakal didedahkan Nov 2021? 02

Enjin 1KR-VET

Tapi masih ada satu lagi perincian tambahan. Toyota Avanza dikatakan bakal menggunakan enjin 1.0 liter turbo 1KR-VET yang turut digunakan pada Raize-Rocky-Ativa.

Hal ini bukanlah sesuatu yang baharu kerana Toyota Avanza generasi sekarang menggunakan enjin 1.5 liter 2NR-VE yang turut dikongsikan dengan Perodua Myvi dan Perodua Aruz

Toyota Avanza generasi baharu akan guna enjin Ativa, bakal didedahkan Nov 2021? 03

Enjin 1.5L NA sama relevan dengan kumpulan Search. Tua dan masih mahu memerah kudrat. 

Dengan puncak kuasa hanya sekadar 98 PS / 140 Nm, ia kelihatan suatu penurunan berbanding enjin 1.5 liter yang digunakan sekarang (103 PS / 136 Nm). Namun antara alasan penggunaan enjin Ativa ini adalah:

1. Pacuan hadapan (FWD) bermakna kehilangan kuasa yang lebih sedikit berbanding RWD

2. Perkongsian komponen bermaksud kos keseluruhan yang lebih rendah.

Toyota Avanza generasi baharu akan guna enjin Ativa, bakal didedahkan Nov 2021? 04

Toyota Avanza pasaran Malaysia

Untuk pengetahuan, pembangunan Toyota Avanza / Daihatsu Terios lebih tertumpu kepada Daihatsu. Justeru, perkongsian komponen tentunya lebih banyak dengan model Daihatsu. Daihatsu juga mempunyai model Daihatsu Rocky dengan enjin 1.2 liter baharu. Untuk pasaran Malaysia pula, Toyota Avanza diimport dari kilang Astra Daihatsu Motor di Kerawang, Indonesia

Bacaan Lanjut:

Adakah ini lakaran Toyota Avanza generasi baharu yang bakal dilancarkan tahun 2022?

Toyota Avanza 2021 – bakal hadir dengan pacuan roda depan DAN belakang?

Toyota Avanza bakal ditamatkan, tukar nama baru?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Toyota Avanza Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda