- Toyota Avanza Veloz 2022 yang dieksport ke Vietnam adalah buatan Indonesia.
- Selain model Veloz, Toyota Avanza 2022 produksi Indonesia juga dieksport ke berbagai negara lain.
Selepas menuai hasil jualan yang laris di Indonesia, Toyota Avanza dan Avanza Veloz akan segera hadir ke pasaran luar negara, terutama negara-negara ASEAN, seperti Thailand, Filipina, dan Vietnam. Kali ini, giliran Toyota Avanza Veloz pula mendarat di Vietnam untuk dipasarkan di sana.
Uniknya, nama yang bakal digunakan bukan lagi sekadar Toyota Veloz. Maklumat terbaru mengatakan bahawa ia kini akan menggunakan nama Toyota Veloz Cross, berdasarkan lambang CROSS yang ada di sisi kanan pintu belakang. Menurut laman Autopro.vn, Toyota Veloz Cross ini akan dijual pada bulan Mac depan sebagai pesaing Mitsubishi Xpander Cross dan Suzuki XL7 di sana.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
2 varian Toyota Veloz Cross untuk Vietnam
Tambahan daripada itu, Toyota Veloz Cross spesifikasi Vietnam ini memiliki dua varian - Veloz Cross dan Veloz Cross Top. Secara umumnya, ciri-ciri kelengkapannya sama dengan Toyota Veloz versi Indonesia, contohnya lampu LED, brek parkir elektrik, pengecas nirwayar, dan sebagainya.
Namun, khusus untuk varian Veloz Cross Top paling atas juga adalah ciri Toyota Safety Sense (TSS) seperti Pre-Collision System, Lane Departure Warning, dan sebagainya.
Perbezaan lain antara kedua varian tersebut ialah ukuran rim dan skrin infotainment. Toyota Veloz Cross menggunakan rim berukuran 16-inci dan sistem sesentuh dengan skrin 8-inci. Manakala Toyota Veloz Cross Top, menawarkan ukuran yang lebih besar, masing-masing 17-inci dan 9-inci.
Menariknya, harga varian paling atas dikatakan berharga 689 juta Dong atau sekitar RM 126,786. Tiada maklumat mengenai harga varian rendah justeru tunggu pelancarannya tak lama lagi. - Autofun.id
Baca: Toyota Avanza pasaran Thailand bakal dinaiktaraf - kini guna Toyota Veloz!
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });