window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota berjaya jual 59,320 unit kereta tahun 2020 di Malaysia - Vios, Yaris dan Hilux jadi pemacu jualan!

Haris · Jan 8, 2021 01:00 PM

Toyota berjaya jual 59,320 unit kereta tahun 2020 di Malaysia - Vios, Yaris dan Hilux jadi pemacu jualan! 01

UMW Holdings Bhd, syarikat induk bagi UMW Toyota Malaysia telah melaporkan jumlah jualan tahun 2020 sebanyak 59,320 unit dengan 3 model yang menjadi tonggak penjualan syarikat.

Angka jualan tersebut melepasi sasaran Toyota sebanyak 53,000 unit jualan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota berjaya jual 59,320 unit kereta tahun 2020 di Malaysia - Vios, Yaris dan Hilux jadi pemacu jualan! 01

Selain daripada Toyota, UMW Holdings Bhd turut memiliki sebanyak 38% pegangan dalam jenama Perodua yang telah mencatatkan sebanyak 220,154 unit jualan tahun 2020.

Walaubagaimanapun, angka tersebut menurun sebanyak 14% berbanding tahun 2019 di mana Toyota mencatatkan angka jualan sebanyak 69,091 unit.

Toyota berjaya jual 59,320 unit kereta tahun 2020 di Malaysia - Vios, Yaris dan Hilux jadi pemacu jualan! 02

Lebih menakjubkan, menjelang bulan Disember 2020, jualan Toyota masih berada pada paras 50,074 unit. Toyota mengakhiri tahun 2020 dengan pelancaran Toyota GR Yaris, Toyota Yaris facelift 2021, Toyota Vios facelift 2021 dan Toyota Vios GR.

Toyota berjaya jual 59,320 unit kereta tahun 2020 di Malaysia - Vios, Yaris dan Hilux jadi pemacu jualan! 03

Kesemua pelancaran tersebut berjaya menarik perhatian pembeli lalu membantu Toyota mencatatkan jualan sebanyak 9,246 unit pada bulan Disember 2020 sahaja. Angka tersebut merupakan angka jualan bulanan tertinggi sepanjang tahun 2020.

Toyota berjaya jual 59,320 unit kereta tahun 2020 di Malaysia - Vios, Yaris dan Hilux jadi pemacu jualan! 04

"Pemulihan jualan pada separuh kedua tahun 2020 didorong oleh pengecualian cukai jualan SST yang diberikan oleh kerajaan di bawah inisiatif PENJANA (Pelan Jana Semula Ekonomi Negara). Langkah ini memberikan kesan baik kepada ekosistem automotif Malaysia. 

Kami ingin mengucapkan penghargaan kami kepada pihak kerajaan untuk lanjutan pengecualian cukai jualan sehingga 30 Jun 2021 yang akan mempercepatkan pemulihan bagi sektor automotif," kata Datuk Ahmad Fuaad Mohd Kenali, Presiden dan CEO UMW Holdings Bhd.

Toyota berjaya jual 59,320 unit kereta tahun 2020 di Malaysia - Vios, Yaris dan Hilux jadi pemacu jualan! 05

3 model yang menjadi tonggak penjualan Toyota adalah model Toyota Yaris, Toyota Vios dan Toyota Hilux. 2 model dalam segmen B tersebut menerima kemaskini pada November 2020 manakala Toyota Hilux baru sahaja mencuri tumpuan menjadi pilihan kenderaan Pasangan DiRaja yang mencemar duli memberi bantuan banjir di Pahang.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda