window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Camry 2022 vs. Honda Accord – Mana satu paling mantap dan lebih jimat?

Mersita · Feb 26, 2022 08:00 PM

Toyota Camry 2022 vs. Honda Accord – Mana satu paling mantap dan lebih jimat? 01

  • Toyota Camry dinaiktaraf dengan enjin baru 2.5 liter Dynamic Force
  • Honda Accord menawarkan enjin lebih kecil 1.5 liter turbo, cukai jalan lebih rendah
  • Tempat duduk Camry lebih bagus, tapi pemanduan Accord lebih selesa

5 tahun lalu, pasaran sedan segmen D di Malaysia dipenuhi dengan lebih 10 pesaing yang hebat-hebat belaka. Namun kini, hanya separuh daripadanya masih bertahan.

Toyota Camry 2022 vs. Honda Accord – Mana satu paling mantap dan lebih jimat? 02

Antaranya, Honda Accord dan Toyota Camry kekal utuh sebagai model paling laris di pasaran. Toyota Camry pula baru-baru ini diberi naiktaraf pertengahan kitaran hidupnya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca juga: Rebiu: Toyota Camry facelift 2022 – penuh dengan ciri eksekutif, dah tak perlu beli segmen premium?

Toyota Camry 2022 vs. Honda Accord – Mana satu paling mantap dan lebih jimat? 01

Bagi perbandingan kali ini, kami akan ambil Honda Accord spesifikasi tertinggi iaitu 1.5 TC-P untuk digandingkan dengan Toyota Camry 2.5V.

Baca juga: Rebiu: Honda Accord 1.5 TC-P 2020, ruang dan gajet macam BMW 7 Series bawah RM 200k!

Trenkuasa – Camry spesfikasi Malaysia akhirnya dapat Dynamic Force

Toyota Camry 2022 vs. Honda Accord – Mana satu paling mantap dan lebih jimat? 02

Walaupun ini facelift bagi pertengahan kitaran produksinya, Toyota Camry 2022 kini diberi trenkuasa yang dinaiktaraf sepenuhnya iaitu dalam bentuk enjin Dynamic Force Toyota.

Toyota Camry 2022 vs. Honda Accord – Mana satu paling mantap dan lebih jimat? 03

Di dalam Camry baru, enjin Dynamic Force ini berkapasiti 2.5 liter dan menjana 209 PS dan 253 Nm.

Toyota Camry 2022 vs. Honda Accord – Mana satu paling mantap dan lebih jimat? 04

Kotak gear automatik 6 kelajuannya pula digantikan dengan unit baru 8 kelajuan – serupa dengan konfigurasi trenkuasa yang dilihat pada Lexus ES dan Toyota RAV4.

Toyota Camry 2022 vs. Honda Accord – Mana satu paling mantap dan lebih jimat? 05

Accord menawarkan enjin lebih kecil, 1.5 liter berpengecas turbo

Dengan enjin Dynamic Force baru di bawah hudnya, janaan total Camry seganding dengan Accord turbo. Enjin turbo 1.5 liter pada Accord menjana 201 PS dan 260 Nm, dipadankan dengan kotak gear CVT.

Baca juga: Kebaikan dan keburukan Honda Accord 2020 – luas tapi tak seronok dipandu

Toyota Camry 2022 vs. Honda Accord – Mana satu paling mantap dan lebih jimat? 06

Walaupun enjin Camry dikalahkan oleh Accord turbo, Camry melawan semula dengan pecutan julat pertengahan lebih hebat dan ‘pickup’ lebih mantap berbanding enjin kecil Accord. Pada kelajuan sebegini, enjin turbo Accord boleh semput manakala Camry dengan lancarnya maju ke hadapan.

Oleh itu, bagi pembeli sedan segmen D yang tak kisah tentang kos cukai jalan, Camry perlu dibiaya RM 867 setiap tahun manakala Accord hanya perlukan RM 90 untuk stiker biru tersebut.

Baca juga: “Kenapa Accord & Camry tiada lagi varian 2.0L di Malaysia?” – Ini sebabnya

Bentuk luaran – Cantik itu subjektif, tapi Camry memang nampak mewah

Toyota Camry 2022 vs. Honda Accord – Mana satu paling mantap dan lebih jimat? 07

Perubahan yang dapat dilihat pada rupa bentuk Camry tidaklah begitu drastik seperti naiktaraf trenkuasanya.

Toyota Camry 2022 vs. Honda Accord – Mana satu paling mantap dan lebih jimat? 08

Perubahan paling ketara ialah rim aloi 18 inci dwi-tona baru, bampar depan dengan dibentuk semula, dan filem gelap pada lampu breknya.

Toyota Camry 2022 vs. Honda Accord – Mana satu paling mantap dan lebih jimat? 09

Namun, naiktaraf yang paling digemari bukanlah pada rupa bentuk barunya, namun pada perincian ‘keyless entry’ di pintu penumpang depan.

Ketiadaan perincian ini pada Camry sebelum facelift cukup menyedihkan, namun kali ini kami gembira dengan keputusan Toyota untuk menambah perincian memudahkan ini.

Toyota Camry 2022 vs. Honda Accord – Mana satu paling mantap dan lebih jimat? 10

Honda Accord pula menawarkan rekaan ‘fastback’ yang lebih ranggi jika dibandingkan dengan bentuk berkotak Camry yang lebih tradisional.

Toyota Camry 2022 vs. Honda Accord – Mana satu paling mantap dan lebih jimat? 11

Sama seperti Camry, Accord juga diberi rim aloi 18 inci namun dengan rekaan yang lebih bersegi.

Ruang dalaman – Banyak naiktaraf memudahkan di dalam Camry

Toyota Camry 2022 vs. Honda Accord – Mana satu paling mantap dan lebih jimat? 12

Naiktaraf Camry diteruskan di ruang kabinnya – sistem infotainment stail terapung yang baru, menggantikan unit yang sebelumnya. Lebih menarik, ia juga dilengkapi dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay, menjadikannya lebih setaraf dengan Accord.

Toyota Camry 2022 vs. Honda Accord – Mana satu paling mantap dan lebih jimat? 13

Perincian yang lebih membezakannya dengan Accord ialah penambahan sistem penghawa dingin tiga zon automatik. Ya, tiga zon, dan kini penumpang di belakang boleh mengawal sistem penghawa dingin Camry menerusi sistem kawalan sentral yang menyerupai Lexus LS.

Toyota Camry 2022 vs. Honda Accord – Mana satu paling mantap dan lebih jimat? 14

Namun, kekurangan pada sistem infotainment Camry ialah ia tidak begitu lancar dan ini agak mengejutkan bagi Camry. Pemain muzik menerusi Spotify sedikit lambat (lagging) apabila Google Maps dibuka bersama, mengganggu kelancaran kawalan di dalam kabin yang sepatutnya sudah cukup memuaskan.

Toyota Camry 2022 vs. Honda Accord – Mana satu paling mantap dan lebih jimat? 15

Isu ini tiada pada Accord, kerana sistem infotainmennya cukup lancar dan tidak diganggu dengan sebarang isu ketidakserasian.

Walaupun ia cuma kurang satu speaker berbanding Accord, sistem bunyi JBL di dalam Camry lebih hebat sedikit daripada Accord.

Toyota Camry 2022 vs. Honda Accord – Mana satu paling mantap dan lebih jimat? 16

Keselamatan – Camry dan Accord sama tara

Toyota Camry 2022 vs. Honda Accord – Mana satu paling mantap dan lebih jimat? 17

Memandangkan kedua-duanya model flagship bagi jenama masing-masing, kelengkapan keselamatan cukup lengkap pada Camry dan juga Accord.

Toyota Camry 2022 vs. Honda Accord – Mana satu paling mantap dan lebih jimat? 18

All-Speed DRCC amat membantu ketika pemandu tersekat di dalam kesesakan lalu lintas. Komputer mengawal brek dan pecutan, namun pemandunya masih perlu bertanggungjawab atas pengendalian kenderaan

Kedua-dua pesaing dalam segmen D ini menawarkan brek kecemasan berautonomi (AEB), amaran pelanggaran hadapan (FCW), kawalan peluncuran adaptif (ACC), dan bantuan kekal di lorong (LKA).

Camry dan Accord juga dilengkapi amaran lintasan trafik di belakang (RCTA), namun Camry menambah ciri brek auto pada suite RCTA-nya yang boleh membantu mengelakkan pelanggaran dari arah belakang ketika kereta diundur.

Toyota Camry 2022 vs. Honda Accord – Mana satu paling mantap dan lebih jimat? 19

LaneWatch ialah satu penyelesaian pintar bagi mengelakkan kemalangan titik buta

Walau Camry dilengkapi pemantau titik buta, Accord ada menawarkan kamera LaneWatch yang lebih memudahkan – ia memberi strim video langsung pada skrin infotainment kereta bagi mengurangkan risiko disebabkan titik buta kereta.

Baca juga: Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik?

Dalam situasi pemanduan dunia sebenar, sebagai sebahagian daripada kelengkapan ADAS Honda Sensing, kawalan peluncuran adaptif dan pengekoran kelajuan rendah pada Accord menawarkan brek dan pecutan yang jauh lebih lancar jika dibandingkan dengan TSS pada Camry.

Pemanduan dan pengendalian – Tiada tandingan bagi TNGA, tapi…

Toyota Camry 2022 vs. Honda Accord – Mana satu paling mantap dan lebih jimat? 20

Memang benar, Toyota Camry dan platform TNGA-nya memang memberikan pemanduan mantap.

Toyota Camry 2022 vs. Honda Accord – Mana satu paling mantap dan lebih jimat? 21

Ketika diuji oleh rakan penulis kami, mereka perasan yang Camry menawarkan pengendalian yang amat meyakinkan dengan kebolehan untuk menangani selekoh jauh lebih bagus daripada kebanyakan sedan segmen D. Camry juga mempunyai tempat duduk yang jauh lebih selesa berbanding Accord.

Baca juga: Sejarah Toyota Camry – evolusi kereta eksekutif yang sejati

Toyota Camry 2022 vs. Honda Accord – Mana satu paling mantap dan lebih jimat? 22

Walaupun adanya semua perincian ini, ‘layan selekoh’ bukanlah ciri yang dicari pemilik Camry secara amnya. Sebaliknya, kualiti inilah yang membuatkan Accord betul-betul menyerlah.

Toyota Camry 2022 vs. Honda Accord – Mana satu paling mantap dan lebih jimat? 23

Kalau anda nak tahu, suspensi belakang Camry terasa sedikit ‘sibuk’ atau kurang enak, terutama sekali apabila dibandingkan dengan Accord. Walaupun pemanduannya tidak sejitu Camry, Accord ternyata lebih konsisten dari segi keselesaan suspensi.

Toyota Camry 2022 vs. Honda Accord – Mana satu paling mantap dan lebih jimat? 24

Di antara Camry dan Accord, kami akan pilih Accord kerana pemanduan jarak jauhnya lebih menenangkan, dan penumpang akan rasa lebih selesa.

Baca juga: Skor ASEAN NCAP hampir penuh, Honda Accord kereta paling selamat untuk 2019-2020

Harga – Accord masih ada kelebihan

Toyota Camry 2022 vs. Honda Accord – Mana satu paling mantap dan lebih jimat? 25

Memandangkan Toyota Camry 2022 diimport dari luar (CBU), harga jualannya di Malaysia bermula dari RM 199,109 – mahal sedikit daripada model sebelum facelift.

Toyota Camry 2022 vs. Honda Accord – Mana satu paling mantap dan lebih jimat? 26

Jika harga jadi masalah, mungkin Honda Accord yang dipasang tempatan (CKD) boleh jadi pilihan lebih baik untuk anda memandangkan harganya cuma RM 187,390.

Kedua-dua harga ini adalah harga OTR, tanpa insurans.

Baca juga: Nilai jualan semula: Toyota Camry vs Honda Accord – Yang manakah lebih baik?

Kesimpulan

Toyota Camry 2022 vs. Honda Accord – Mana satu paling mantap dan lebih jimat? 27

Walau sebelum ia dinaiktaraf, Toyota Camry ialah sedan segmen D paling laris pada 2021. Dengan enjin Dynamic Force baru dan set kelengkapan yang diperbaharui, Toyota Camry 2022 dinaiktaraf pastinya akan meneruskan momentum sebagai sedan segmen D pilihan ramai di Malaysia.

Toyota Camry 2022 vs. Honda Accord – Mana satu paling mantap dan lebih jimat? 28

Apa-apa pun, masih ada beberapa perkara yang boleh diperbaiki pada Camry. Sistem infotainmennya yang kurang lancar dan suspensi belakang yang kurang enak menjadi gangguan pada pakej keseluruhannya yang sudah cukup mantap.

Jika Camry dinaiktaraf ini tidak kena dengan selera anda, mungkin anda patut pertimbangkan lagi Honda Accord. Dengan enjin turbonya serta transmisi CVT yang lancar, Accord cukup ideal bagi mereka yang gemarkan pacuan turbo dan lebih menjimatkan.

Toyota Camry 2022 vs. Honda Accord – Mana satu paling mantap dan lebih jimat? 29

Perkara yang paling kami suka pada Accord ialah keselesaan pemanduannya yang sempurna. Setelah dipertimbangkan pelbagai faktor dan sudut, Accord masih lagi jadi pilihan terbaik kami.

Baca juga: Honda Accord 1.5 TC-P 2020 vs Toyota Camry 2.5V - sedan segmen D mana paling padu?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Toyota Camry 2.5V

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda