window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Camry facelift 2022 bakal dilancarkan ke Malaysia dengan enjin Dynamic Force?

Faisal · Nov 2, 2021 03:00 PM

Toyota Camry facelift 2022 bakal dilancarkan ke Malaysia dengan enjin Dynamic Force? 01

Berdasarkan laporan headlightmag dari Thailand baru-baru ini, Toyota Thailand sedang sibuk mempersiapkan pelancaran Toyota Camry facelift 2022 yang dijadualkan pada minggu hadapan. Tempoh hari, pasaran Indonesia juga baru sahaja melancarkan Toyota Camry facelift.

Toyota Camry facelift 2022 bakal dilancarkan ke Malaysia dengan enjin Dynamic Force? 02

Toyota Camry model yang ada di Malaysia sekarang.

Toyota Camry yang ada di Malaysia selama ini pula diimport dari Thailand dan ditawarkan melalui varian 2.5V sahaja. Secara tidak langsung, kemaskini untuk Camry spec Malaysia nanti juga mungkin mirip spec Thailand.

Buat masa ini, harga Toyota Camry 2.5V dengan diskaun SST adalah pada RM 188,763 (sah sehingga 30 Jun 2022).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Malaysia tidak dapat enjin Dynamic Force sewaktu Camry dilancarkan

Toyota Camry facelift 2022 bakal dilancarkan ke Malaysia dengan enjin Dynamic Force? 01

Enjin 2AR pada Camry.

Sewaktu Toyota Camry XV70 diperkenalkan ke Malaysia, UMW Toyota Motor (UMWT) hanya menawarkannya dengan enjin 2AR-FE 2.5L. Untuk makluman anda, ini adalah enjin dari Camry generasi terdahulu (sebelum facelift), bukannya unit Dynamic Force yang serba baru.

Juga bacaToyota Camry tak cukup 'terbaik'? Ini 3 perkara yang wajib ada pada model facelift 2021 nanti

Toyota Camry facelift 2022 bakal dilancarkan ke Malaysia dengan enjin Dynamic Force? 02

Model sebelum facelift yang ada di pasaran Australia.

Walaupun perkara ini agak mengecewakan, pasaran seperti Australia, Indonesia, Taiwan, Russia dan Dubai juga hadir dengan trenkuasa zaman purba ini.

Juga bacaKebaikan dan Keburukan: Toyota Camry 2.5V 2019, sedan paling selesa dan dinamik dalam kelasnya?

Toyota Camry facelift akan gugurkan enjin 2AR-FE

Toyota Camry facelift 2022 bakal dilancarkan ke Malaysia dengan enjin Dynamic Force? 03

Camry facelift spec Australia.

Perkembangan terbaru yang diperoleh menunjukkan bahawa enjin 2AR-FE akan digugurkan buat selamanya, termasuklah di Malaysia.

Toyota Camry facelift 2022 bakal dilancarkan ke Malaysia dengan enjin Dynamic Force? 04

Camry facelift spec Australia.

Kami yakin dengan berita ini kerana buat masa ini, tiada langsung pasaran yang menjual Camry XV70 facelift dengan enjin 2AR-FE. Setakat ini, negara seperti Australia, Dubai, Rusia dan Taiwan telahpun menggantikan enjin ini dengan unit Dynamic Force.

Toyota Camry facelift 2022 bakal dilancarkan ke Malaysia dengan enjin Dynamic Force? 05

Camry facelift spec Thailand.

Selain pembaharuan enjin, transmisi yang dipadankan juga dikemaskini dengan 8 kelajuan (untuk enjin 2.5L sahaja). Enjin Dynamic Force yang berkapasiti 2.0L pula dipadankan dengan transmisi CVT.

Toyota Camry facelift 2022 bakal dilancarkan ke Malaysia dengan enjin Dynamic Force? 06

Jadi apabila Toyota Camry facelift tiba di Malaysia akhir tahun ini, berkemungkinan besar ia mengikut jejak langkah negara lain yang mana enjin Dynamic Force mula digunakan.

Adakah enjin Dynamic Force berprestasi tinggi?

Toyota Camry facelift 2022 bakal dilancarkan ke Malaysia dengan enjin Dynamic Force? 07

Enjin 2.5L A25A-FKB yang ada pada Camry spec Thailand menghembuskan 209 PS dan 250 Nm tork.

Output kuasa
Enjin Kuasa kuda (PS) Tork (Nm)
2AR-FE 184 235
A25A-FKB 209 250

Adakah Camry facelift akan jadi lebih mahal?

Toyota Camry facelift 2022 bakal dilancarkan ke Malaysia dengan enjin Dynamic Force? 08

Apabila tiba di pasaran kita kelak, harga Camry facelift hampir pasti akan lebih mahal daripada model sekarang.

Sebagai rujukan, Toyota Australia yang melancarkan Camry facelift awal tahun ini menyaksikan peningkatan sebanyak 2,000 AUD (~RM 6,249).

Toyota Camry facelift 2022 bakal dilancarkan ke Malaysia dengan enjin Dynamic Force? 09

Sebagai model import dari Thailand, sitem percukaian tempatan yang negara kita guna juga akan meningkatkan harga secara berganda.

Juga bacaUMW Toyota bakal melancarkan Camry ‘facelift’ dan model GR baru pada suku ke-4 2021!

Apa lagi yang anda patut tahu?

Toyota Camry facelift 2022 bakal dilancarkan ke Malaysia dengan enjin Dynamic Force? 10

Infotainment baru.

Selain pembaruan dari segi penampilan dan trenkuasa yang dinaik taraf, Toyota Camry facelift juga perkenalkan infotainment jenis terapung dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay.

Juga bacaKenapa kereta anda wajib ada Apple CarPlay dan Android Auto? Ini sebabnya

Apapun, masih belum dapat dipastikan sama ada ADAS Toyota Safety Sense 2.5+ (TSS 2.5+) bakal didatangkan pada Camry facelift spec Malaysia ataupun sebaliknya.

Juga bacaHonda Accord 1.5 TC-P 2020 vs Toyota Camry 2.5V - sedan segmen D mana paling padu?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Toyota Camry 2.5V

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda