window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Camry vs Honda Accord: Sedan eksekutif mana yang sesuai untuk saya?

Haris Β· Jan 24, 2023 04:00 PM

Toyota Camry vs Honda Accord: Sedan eksekutif mana yang sesuai untuk saya? 01

Dalam nada yang sama seperti Coke vs Pepsi, perbandingan antara Toyota Camry dengan Honda Accord adalah satu perdebatan yang telah berlangsung selama beberapa dekad. Kesemuanya memilih pendekatan berbeza dalam menginterpretasikan sedan keluarga segmen D, merentasi pelbagai generasi.

Walau bagaimanapun, Accord dan Camry yang dijual hari ini jauh dari model hambar 'pakcik-pakcik' terdahulu. Selepas menggunakan enjin Dynamic Force dan transmisi automatik 8-kelajuan, berani kami katakan bahawa Toyota Camry 2022 kini merupakan "kereta pemandu" sehebat BMW 3 Series, tanpa mengenepikan Accord.

Toyota Camry vs Honda Accord: Sedan eksekutif mana yang sesuai untuk saya? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kebanyakan rakyat Malaysia juga tahu keadaan sekarang di mana Perdana Menteri ke-10 kita dengan rendah hati memilih untuk dilihat di dalam Toyota Camry 2022 dan bukannya Mercedes-Benz S-Class. Oleh itu, jika ia cukup baik untuk PM kita, mana satu antara kedua-duanya yang terbaik untuk anda?

Pandangan awal

Toyota Camry vs Honda Accord: Sedan eksekutif mana yang sesuai untuk saya? 01

Berita baiknya ialah Toyota Camry facelift hadir pada tahun 2022. Sebagai tambahan kepada kemas kini estetik, UMW Toyota Motor akhirnya memberikan enjin 4-silinder 2.5 liter Dynamic Force, dengan suntikan bahan api berkembar D4-S (port + suntikan langsung) dan injap pemasaan penggerak elektrik (VVT-iE), menggantikan enjin 2.5 liter 2AR-FE Dual VVT-i sebelum ini. 

Kuasa meningkat sebanyak 25 PS manakala tork meningkat sebanyak 8 Nm, kini berjumlah 209 PS dan 253 Nm. Kuasa dihantar ke roda hadapan melalui transmisi automatik 8-kelajuan, menggantikan transmisi 6-kelajuan yang berusia, setaraf konfigurasi trenkuasa dalam Lexus ES dan Toyota RAV4. 

Toyota Camry vs Honda Accord: Sedan eksekutif mana yang sesuai untuk saya? 02

Dari segi reka bentuk, Toyota Camry 2022 menerima  bumper depan yang disemak semula, aksen hitam pada lampu ekor dan rim dwi-tona 18-inci yang direka baharu. Terdapat pelbagai peningkatan ciri peralatan juga, terutamanya akses tanpa kunci untuk pintu penumpang depan, kawalan iklim tiga zon, dan sistem infotainment 9-inci baru.

2022 Toyota Camry vs Honda Accord 
Varian Camry 2.5V Accord 1.5L TC-P
Harga (OTR tanpa SST) RM 209,800 RM 197,400
Segmen segmen-D
Enjin 2.5L NA 4-sil, petrol 1.5L turbo 4-sil, petrol
Transmisi 8-kelajuan auto CVT auto
Kuasa 209 PS @ 6,600 rpm 201 @ 5,500 rpm
Tork 253 Nm @ 5,000 rpm 260 Nm @ 1,600‑5,000 rpm
Berat 1,550 kg 1,494 kg
Tempat dibuat CBU - Thailand CKD - Melaka

Trenkuasa – Dynamic Force vs VTEC Turbo

Toyota Camry vs Honda Accord: Sedan eksekutif mana yang sesuai untuk saya? 03

Tampil lebih  berkuasa, enjin Dynamic Force telah meletakkan Camry 2022 setanding dengan Accord turbocaj, malah dengan karakter enjin itu yang tenang, hampir bebas daripada gegaran dan terasa lancar sepanjang julat rev pastinya mana-mana pemandu tahu menilainya. 

Diluar daripada angka di atas kertas, enjin 4-silinder 2.5 liter itu mempunyai nada yang lebih lunak apabila pendikit ditekan berbanding Accord.

Toyota Camry vs Honda Accord: Sedan eksekutif mana yang sesuai untuk saya? 04

Walaupun enjin Camry 2022 sentiasa terasa bersemangat, enjin 1.5 liter turbocaj pada Accord menawarkan lebih daya kilas, dengan 260 Nm maksimum tiba serendah 1,600 rpm. Oleh itu, Accord lebih mendesak dari situasi pegun mahupun apabila memecut pada kelajuan rendah. 

Sebaik sahaja anda sampai ke kelajuan lebuh raya, kedua-dua Camry dan Accord setanding. Camry menggunakan kotak gear 8 kelajuannya yang lancar, dengan menurunkan gear secara intuitif semasa mendaki bukit atau memotong.

Toyota Camry vs Honda Accord: Sedan eksekutif mana yang sesuai untuk saya? 05

Accord juga sangat intuitif dengan input pendikit, menyesuaikan CVT untuk lebih banyak putaran dan kelajuan. Tidak dinafikan bahawa kemampuan CVT Accord adalah bagus, tetapi terasa agak kurang dalam tindak balas pendikitnya, terutamanya selepas mencuba CVT yang 'dikemas kini' pada Honda Civic FE baharu. 

Pengalaman pemanduan - Accord tekan-tekan pergi vs Camry dinamik pemanduan terbaik

Toyota Camry vs Honda Accord: Sedan eksekutif mana yang sesuai untuk saya? 06

Ini mungkin aspek di mana Camry 2022 bersinar lebih terang. Toyota Camry pra-facelift telah pun menawarkan pengendalian yang hebat tetapi enjin dan kotak gear baru hanya membuatnya lebih lancar. Ia kini mempunyai trenkuasa bersemangat yang mengeksploitasi sepenuhnya platform dan casis TNGA. 

Cukup cemerlang dari kawalan stereng, sistem gantungan, kawalan badan dan tahap cengkaman yang hebat - kesemuanya bersatu untuk mencipta pengalaman pemanduan yang tersusun tanpa kaku atau terhempas di jalan yang teruk. 

Semasa anda memandu Camry 2022, dapat merasai bahawa Toyota cuba sedaya upaya dalam menghasilkan pengalaman memandu yang lancar dan halus lantas mencipta dinamik pengendalian terbaik Camry sepanjang generasi. 

Toyota Camry vs Honda Accord: Sedan eksekutif mana yang sesuai untuk saya? 07

Honda Accord juga tak kurang hebatnya, terasa tangkas dan ringan di kaki. Menawarkan stereng yang pantas, brek yang hebat dan casis yang berkesan dalam meletakkan kesemua kuasa di tempat yang sepatutnya. Sistem gantungan terasa lebih keras dalam Accord tetapi ia masih merupakan pelayar jalan raya yang sempurna, berjaya mengurangkan kekurangan jalan raya dengan baik. 

Di jalan raya, Toyota Camry 2022 cuma sedikit lebih baik berbanding Honda Accord dalam aspek keselesaan dan penghalusan di antara kedua-duanya, hasil daripada sistem gantungan yang sempurna dan kabin yang lebih senyap.

Pecutan - Accord lebih pantas daripada Camry

Toyota Camry vs Honda Accord: Sedan eksekutif mana yang sesuai untuk saya? 08

Camry 2022 adalah lebih pantas daripada model pra-facelift tetapi masih lebih perlahan daripada Accord

Walaupun kedua-dua Camry dan Accord 2022 terasa setanding di atas jalan terbuka, Accord masih mengalahkan Camry dalam pecutan dari 0-100 km / j mengambil masa hanya 8.7 saat mengikut ujian kami, sementara Camry mengambil masa 9.5 saat

Tork turbo rendah dan transmisi CVT Accord yang responsif membantunya mengatasi Camry 2022, namun pengalaman pemanduan terasa lebih menarik pada Camry dengan enjin yang bersemangat dan pemilihan gear yang tepat. 

Rekaan dalaman - Camry terima ciri keselesaan yang lebih baik

Toyota Camry vs Honda Accord: Sedan eksekutif mana yang sesuai untuk saya? 09

Toyota Camry facelift 2022 telah menerima peningkatan yang banyak dalam aspek ciri peralatan terutamanya di bahagian dalam. Pertama, sistem infotainment 9-inci gaya terapung baharu menggantikan unit 8-inci sebelum ini. Hadir dengan sokongan untuk Android Auto dan Apple CarPlay, ia meletakkan Camry setanding dengan Accord.

Satu lagi ciri premium dalam Camry 2022 ialah penambahan kawalan iklim tiga-zon (tidak ditawarkan dalam segmen ini) yang boleh dikawal melalui sistem kawalan berpusat, meniru ciri kereta premium seperti Lexus LS dan BMW 7 Series

Toyota Camry vs Honda Accord: Sedan eksekutif mana yang sesuai untuk saya? 10

Selain itu, Toyota Camry 2022 juga menggunakan sistem audio JBL 9-pembesar suara yang lebih premium berbanding penggunaan 8-pembesar suara stok kilang pada Honda Accord.

Spesifikasi audio Honda Accord tidaklah begitu teruk cuma Toyota Camry facelift 2022 kali ini berada di hadapan dari segi kualiti bunyi. 

Toyota Camry vs Honda Accord: Sedan eksekutif mana yang sesuai untuk saya? 11

Sungguhpun begitu, Honda Accord masih menarik perhatian dari segi fungsi, ergonomik setiap butang atau suis mudah dicapai dan sistem infotainment berfungsi dengan sempurna dan mudah digunakan. Kualiti bahan binaan dan penyesuaian juga setanding dengan statusnya. 

Toyota Camry facelift 2022 kurang dari segi tersebut berikutan sistem infotainment terasa lembap jika anda menggunakan lebih daripada satu aplikasi serentak, misalnya Spotify dan Google Maps pada satu masa. Namun, tiada isu ini pada Honda Accord. 

Toyota Camry vs Honda Accord: Sedan eksekutif mana yang sesuai untuk saya? 12

Unit infohibur Honda Accord mesra pengguna dan sangat mudah difahami

Satu lagi kekurangan yang ada pada Toyota Camry ialah ciri penutup tingkap belakang. Ia memerlukan pemandu untuk mengaktifkannya melalui submenu pada kluster instrumen, di mana kami lebih gemar sekiranya ia boleh diaktifkan dengan hanya satu butang

Keselesaan, ruang dan perincian - Camry lebih senyap, Accord tawar lebih ruang

Toyota Camry vs Honda Accord: Sedan eksekutif mana yang sesuai untuk saya? 13

Pemilihan di antara Toyota Camry atau Honda Accord mungkin bergantung kepada aspek ini. Secara umumnya, Toyota Camry 2022 menawarkan keselesaan tempat duduk di bahagian depan dan belakang yang lebih baik. 

Tempat duduk Honda Accord cukup untuk merangkul penumpang dengan baik tetapi Toyota Camry facelift 2022 menawarkan lebih banyak sokongan tempat duduk. Bangku tempat duduk Accord juga terlalu pendek, tidak mempunyai sokongan paha yang tepat, mampu memberikan perbezaan besar dalam tempoh perjalanan yang lebih lama.

Toyota Camry vs Honda Accord: Sedan eksekutif mana yang sesuai untuk saya? 14

Kedua-dua kereta masih menawarkan ruang kepala yang sama besar tetapi Honda Accord menawarkan ruang kaki belakang yang lebih luas, setanding dengan BMW 7 Series. Toyota Camry menebus kekurangan ini dengan tempat duduk dengan darjah baring yang boleh disesuaikan secara elektronik - mungkin tidak akan digunakan sepanjang masa tetapi masih lagi satu ciri premium. 

Dari segi penghalusan perincian, Toyota Camry 2022 lebih senyap dan lebih tenang, merekodkan purata 67 db pada 110 km/j, manakala Accord mencatatkan purata 69 dB pada kelajuan yang sama. 

Toyota Camry vs Honda Accord: Sedan eksekutif mana yang sesuai untuk saya? 15

Walau bagaimanapun, ukuran tahap desibel ini hanya separuh dari keseluruhan pengalaman pemanduan, kerana frekuensi bunyi berubah apabila kereta bergerak. Faktor ini mempunyai kesan yang lebih besar terhadap persepsi tahap bunyi berbanding ukuran bunyi sebenar (diukur dalam dB), maka sebab itulah Honda Accord sentiasa lebih senyap secara subjektif daripada angka yang dicatatkan.

Keselamatan dan bantuan pemandu - Toyota Safety Sense vs Honda Sensing 

Toyota Camry vs Honda Accord: Sedan eksekutif mana yang sesuai untuk saya? 16

Honda Accord berjaya menewaskan model Camry pra-facelift dengan rangkaian alat bantuan pemandu aktif Honda Sensing tetapi Toyota Camry facelift 2022 kini telah memintas semula dengan pelbagai ciri yang lebih baik. 

Ciri penting yang membezakan antara keduanya ialah kawalan pelayaran adaptif (Dynamic Radar Cruise Control, DRCC) kini menambah fungsi Stop & Go, yang bermaksud bahawa ia boleh berhenti sepenuhnya dan meneruskan pemanduan dengan campur tangan pemandu secara minimum.

Toyota Camry vs Honda Accord: Sedan eksekutif mana yang sesuai untuk saya? 17

Terdapat juga ciri Lane Tracing Assist (LTA) yang mengurangkan keletihan ketika pemanduan jarak jauh yang lurus dengan mengekalkan kenderaan di tengah lorong. Berikut adalah senarai pendek ciri keselamatan untuk Camry and Accord 2022:

Ciri keselamatan aktif dan pasif - 2022 Camry vs Accord
  Camry 2.5 V Accord 1.5 TC-P
Beg udara 7 6
Standard ABS, EBD, VSC ABS, EBD, VSC
Brek autonomi  Pengesanan pejalan kaki dan penunggang basikal (sehingga 180 km/j) Ya, dengan Pengesanan Pejalan Kaki (Sehingga 100 km/j)
Forward collision warning (FCW) Ya Ya
Lane Keeping Assist (LKA) Ya dengan pembetulan stereng Ya dengan pembetulan stereng
Lane centering assist  Lane Tracing Assist (LTA) Road Departure Mitigation (RDM)
Adaptive Cruise Control (ACC) Ya dengan Stop and Go Ya dengan Stop and Go
Maklumat titik buta Ya (LaneWatch) Bahagian kiri sahaja
Rear Cross Traffic Alert (RCTA) Ya dengan brake support Ya dengan amaran sahaja

Seperti yang dipaparkan, Toyota Camry 2022 memintas Honda Accord dari segi ciri ADAS berkenaan dengan julat kelajuan FCW dan menawarkan Amaran Trafik Lintas Belakang dengan sokongan brek, antara tambahan yang ketara. 

Akhir sekali, Toyota Camry 2022 juga menawarkan maklumat titik buta pada kedua-dua pemandu dan bahagian penumpang, sebaliknya Toyota Accord hanya menawarkan kamera LaneWatch hanya di bahagian penumpang. 

Penggunaan Minyak - NA mengalahkan turbocaj

Toyota Camry vs Honda Accord: Sedan eksekutif mana yang sesuai untuk saya? 18

Membuktikan betapa cekapnya enjin Dynamic Force yang disedut secara semula jadi, semasa ujian kami, Toyota Camry 2022 mencatatkan angka penggunaan minyak 7.9 liter / 100 km dengan pecahan pemanduan bandar dan lebuh raya yang sama.

Dalam ujian terdahulu, Honda Accord mencatatkan angka penggunaan minyak keseluruhan 8.8 liter/100km, perbezaan yang kecil tetapi kemenangan besar bagi peminat enjin yang disedut secara semula jadi. Ini seterusnya membuktikan bahawa walaupun enjin turbocaj bersesaran rendah sentiasa mencatatkan angka yang baik dalam ujian makmal terkawal, tetapi di dunia nyata, ia tidak dapat diterjemahkan. 

Konklusi

Toyota Camry vs Honda Accord: Sedan eksekutif mana yang sesuai untuk saya? 19

Setakat penambahbaikan facelift, kemas kini untuk Toyota Camry 2022 adalah cukup baik. Mengambil kereta yang sudah cekap dan cantik, cukup sekadar menangani setiap kekurangan model sebelumnya. 

Lebih-lebih lagi daripada sekadar menjadikannya kereta yang lebih selamat, lebih cekap dan lebih berkuasa, Toyota Camry 2022 kini menjadi kereta yang benar-benar diingini dengan watak penuh jiwa yang telah keluar daripada imej kereta 'pakcik' dalam kadar yang baik. 

Toyota Camry vs Honda Accord: Sedan eksekutif mana yang sesuai untuk saya? 20

Dari segi rasional pembelian, anda akan menyukai Toyota Camry kerana reka bentuknya yang hebat, keselesaan dan pengendalian yang unggul dan alat bantu memandu aktif TSS yang lebih maju, tetapi kurang untuk infotainmentnya yang lembap dan harga yang lebih tinggi. 

Bagi Accord, ia lebih murah, menawarkan lebih banyak ruang untuk penumpang dan bagasi, menawarkan antara muka pengguna yang lebih baik serta kemudahan memandu terima kasih kepada tork dan trenkuasa  yang lebih berjiwa muda. Walau bagaimanapun, Accord kehilangan beberapa mata kerana beberapa kekurangan yang tidak begitu besar.

Toyota Camry vs Honda Accord: Sedan eksekutif mana yang sesuai untuk saya? 21

Satu perkara yang pasti, kedua-dua Camry dan Accord 2022 pastinya bukan sedan yang pernah pakcik anda miliki. Kedua-dua model menawarkan teknologi, keselesaan dan pengalaman memandu yang hebat setanding dengan kereta premium berharga lebih atas.

Persoalannya, adakah anda benar-benar memerlukan lebih daripada 2 pilihan ini? PM baru kita seolah-olah mengatakan, tidak.

Baca: Ini harga Toyota Camry kenderaan rasmi PM-10 Anwar tanpa cukai, boleh buat pemimpin lain malu!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Toyota Camry 2.5V

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda