window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Camry vs Mercedes-Benz C200 vs BMW 320i Sport - sedan Jepun lagi baik dari Jerman?!

Zamil Syaheer · Sep 3, 2020 07:00 PM

Toyota Camry vs Mercedes-Benz C200 vs BMW 320i Sport - sedan Jepun lagi baik dari Jerman?! 01

Sedan segmen D di Malaysia bukan lagi kereta yang dikhaskan untuk golongan ‘uncle’ kerana segmen ini telah diberi nafas baru, cenderung ke gaya sebuah sports sedan.

Sedan ini lebih sesuai untuk mereka yang masih menghargai dinamik pemanduan dan perasaan memandu sedan yang rendah, bukannya SUV yang tinggi.

Toyota Camry vs Mercedes-Benz C200 vs BMW 320i Sport - sedan Jepun lagi baik dari Jerman?! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sedan Jerman terbaru dalam segmen ini adalah BMW 320i Sport (G20) yang dilancarkan Januari lalu di Malaysia. Sepanjang hayatnya, BMW 3 Series sering menjadi pilihan utama untuk peminat pemanduan, mengingatkan kami terhadap slogan ‘The Ultimate Driving Machine’ pada ketika itu.

Toyota Camry vs Mercedes-Benz C200 vs BMW 320i Sport - sedan Jepun lagi baik dari Jerman?! 01

Namun begitu, pengeluar kenderaan lain telah menawarkan sedan yang lebih menarik untuk dipandu sejak beberapa tahun yang lalu, dan BMW terpaksa bekerja keras untuk mempertahankan imej 3 Series.

Toyota Camry vs Mercedes-Benz C200 vs BMW 320i Sport - sedan Jepun lagi baik dari Jerman?! 02

Percaya tak bahawa Mercedes-Benz C-Class (W205) sudahpun berada di pasaran kita sejak 6 tahun yang lalu? Ini sekaligus meletakkannya sebagai ‘veteran’ dalam segmen ini.

Kemas kini pertama dibuat pada tahun 2018 dimana enjin 2.0 liter pengecas turbonya telah digantikan dengan enjin 1.5 liter EQ Boost hibrid ringan yang baru.

Toyota Camry vs Mercedes-Benz C200 vs BMW 320i Sport - sedan Jepun lagi baik dari Jerman?! 01

Dua tahun kemudian (lebih tepat lagi, Julai 2020), Mercedes-Benz telah mengeluarkan kemas kini kedua pada model C200. Kali ini, Mercedes menggantikan enjin 1.5 liter ke enjin 2.0 liter pengecas turbo semula, kini dengan kit AMG.

Sedikit pelik bukan? Tetapi ada sebabnya yang kami akan rungkaikan dalam artikel ini.

Toyota Camry vs Mercedes-Benz C200 vs BMW 320i Sport - sedan Jepun lagi baik dari Jerman?! 02

Sebut sahaja kereta ‘uncle’, mesti nama Toyota Camry (XV70) akan disebut-sebut. Namun begitu, model Camry yang baharu ini tiada langsung imej kereta ‘uncle’.

Toyota telah merombak jenama Camry baik dari luaran, dalaman dan bahagian mekanikal, menjadikannya sebuah sedan yang menyeronokkan untuk dipandu. Memang sesuai sangat tagline ‘Beautiful Monster’.

Toyota Camry vs Mercedes-Benz C200 vs BMW 320i Sport - sedan Jepun lagi baik dari Jerman?! 01


Sebagai satu-satunya saingan dari negara matahari terbit dalam perbandingan ini, apakah ia layak untuk bersaing dengan BMW 320i dan Mercedes-Benz C200? Mari kita mulakan.

Pandangan Keseluruhan

Toyota Camry vs Mercedes-Benz C200 vs BMW 320i Sport - sedan Jepun lagi baik dari Jerman?! 02

Anda mungkin rasa tidak masuk akal untuk kami membandingkan Toyota Camry dengan dua sedan eksekutif Jerman, lagipun keduanya adalah pemain utama dalam segmen sedan premium betul tak?

Sebetulnya, Toyota Camry yang kini bukanlah seperti yang dahulu, dan ianya dilengkapi dengan banyak kelengkapan dan ciri-ciri yang membuatkannya layak untuk dibandingkan dengan dua sedan Jerman ini.

Toyota Camry vs Mercedes-Benz C200 vs BMW 320i Sport - sedan Jepun lagi baik dari Jerman?! 03

Jika nak bandingkan berdasarkan harga, memang jelas Camry merupakan pilihan termurah di sini. Varian tunggal 2.5V hanya berharga RM 188,763 (tanpa SST).

Chup, sebelum anda cakap apa-apa, ianya dilengkapi dengan ciri-ciri hebat seperti Toyota Safety Sense, lampu hadapan LED, sistem infotainment skrin sesentuh 10-inci, 9-pembesar suara JBL, dulang pengecasan tanpa wayar Qi, dan stereng yang boleh dilaras dengan butang.

Toyota Camry vs Mercedes-Benz C200 vs BMW 320i Sport - sedan Jepun lagi baik dari Jerman?! 04

Sayangnya ia masih lagi menggunakan enjin 2.5 liter 2AR-FE lama dari Camry generasi terdahulu, sedikit potong stim bagi mana yang inginkan Camry dengan enjin Dynamic Force yang sama dalam Toyota RAV4. Apa-apa pun, enjin 2AR-FE 4-silinder aspirasi natural ini menghasilkan 184 PS dan 235 Nm tork, dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan automatik ke roda hadapan.

Toyota Camry vs Mercedes-Benz C200 vs BMW 320i Sport - sedan Jepun lagi baik dari Jerman?! 05

BMW 320i Sport dijual pada harga RM 241,794.40 (tanpa SST) dan dikuasakan oleh enjin 2.0 liter B48 bercas turbo menghasilkan 184 PS dan 300 Nm tork, 70 Nm lebih daripada Camry. Kotak transmisi yang digunakan ialah ZF 8 kelajuan automatik yang sama dengan Toyota GR Supra.

Tahukan anda, gabungan enjin dan transmisi yang sama digunakan oleh Toyota GR Supra varian 4-silinder?

Toyota Camry vs Mercedes-Benz C200 vs BMW 320i Sport - sedan Jepun lagi baik dari Jerman?! 06

Mercedes-Benz C200 AMG Line yang paling 'veteran' dalam senarai ini juga merupakan kereta yang paling mahal, dengan harga bermula dari RM 251,587.39 (tanpa SST). Walaupun begitu, C200 AMG Line merupakan kereta yang paling berkuasa dalam segmen ini dengan 204 PS dan 300 Nm (tork yang sama dengan 320i).

Berbanding enjin 1.5 EQ Boost, enjin baru ini menghasilkan 20 PS dan 20 Nm lebih dari enjin yang lama. Kotak transmisi 9G-Tronic 9 kelajuan automatik masih lagi digunakan.

Toyota Camry vs Mercedes-Benz C200 vs BMW 320i Sport - sedan Jepun lagi baik dari Jerman?! 07

Dalam ujian 0-100 km/j, kedua sedan Jerman ini mencatatkan masa 7.1 saat dengan kuasa turbo dan penukaran gear yang laju dari kotak transmisi yang digunakan masing-masing. Toyota Camry pula? Sebagai satu-satunya pesaing dengan enjin aspirasi natural, memang tak laju mana pun dengan masa 10.5 saat.

Tahap Keselesaan

Toyota Camry vs Mercedes-Benz C200 vs BMW 320i Sport - sedan Jepun lagi baik dari Jerman?! 08

Laju tak laju belakang kira, kerana disinilah Toyota Camry bersinar bak rembulan berbanding pesaingnya. Kami semua di WapCar BM bersetuju bahawa Toyota Camry adalah sedan segmen D yang PALING SELESA dalam kelasnya, kedua pesaing Jerman yang lagi mahal ni pun tak boleh lawan.

Sepanjang pemanduan kami, sistem suspensi Camry terasa begitu lentur sekali melalui jalan berlubang dan berliku. Terasa seperti di atas kapal layar 5 bintang.

Toyota Camry vs Mercedes-Benz C200 vs BMW 320i Sport - sedan Jepun lagi baik dari Jerman?! 09

Tempat duduk kulitnya selesa dan menyokong bahagian belakang dengan baik, tetapi kalah sedikit dari segi premium dan kualiti.

Juga, XV70 Camry mengekalkan suis penyesuaian di bahagian sisi tempat duduk penumpang depan, membolehkan penumpang yang duduk di belakang untuk melarasnya ke belakang atau kedepan.

Toyota Camry vs Mercedes-Benz C200 vs BMW 320i Sport - sedan Jepun lagi baik dari Jerman?! 10

Suspensi BMW 320i Sport G20 pula sedikit keras berbanding 3 Series F30, di mana terdapat sedikit ketidaksempurnaan ketika melalui jalan yang kurang elok terutama sekali pada kelajuan rendah.

Ia tidaklah terlalu kasar atau keras seperti C200 AMG Line dengan suspensi sport, namun kedua sedan ini tidak boleh menandingi talaan suspensi Camry.

Toyota Camry vs Mercedes-Benz C200 vs BMW 320i Sport - sedan Jepun lagi baik dari Jerman?! 11

Bagi sesiapa yang dah terbiasa dengan 3 Series F30 pula, anda akan menghargai talaan dan kelenturan 3 Series G20 berbanding F30 yang terlalu lembut. Bahagian interior G20 juga terasa lebih premium dan moden.

Dari segi kemewahan pula ia sedikit baik berbanding Camry, tetapi tiada yang boleh menandingi interior C200.

Toyota Camry vs Mercedes-Benz C200 vs BMW 320i Sport - sedan Jepun lagi baik dari Jerman?! 12

Bercakap pula tentang Mercedes-Benz C200 AMG Line, anda berfikir bahawa Mercedes-Benz adalah sebuah jenama yang terkenal dengan tahap keselesaan tertinggi, tetapi zaman sudah berubah.

Ketika uji pandu pendek kami, sistem suspensi sport AMG terasa lebih kurang seperti unit Agility Control yang hadir dalam C200 Avantgarde, hanya sedikit baik ketika proses pemampatan sahaja. Lalu sahaja jalan yang kurang cantik, anda akan rasakan lantunan semula yang agak keras.

Toyota Camry vs Mercedes-Benz C200 vs BMW 320i Sport - sedan Jepun lagi baik dari Jerman?! 13

C200 AMG Line juga terasa agak kekok ketika mengambil selekoh di jalan yang berliku, dan itu tidak memberi keyakinan yang penuh. Tambahan pula, kabinnya bukanlah yang paling senyap di antara dua yang pesaingnya.

Yang C200 kekal menang disini ialah kualiti bahan kabinnya. Walaupun sudah tua, ia masih terasa lebih premium berbanding 320i dan Camry.

Prestasi Pemanduan dan Kawalan

Toyota Camry vs Mercedes-Benz C200 vs BMW 320i Sport - sedan Jepun lagi baik dari Jerman?! 14

Dengan meletakkannya posisi Camry sebagai sebuah sedan sporty dan dinamik, ia mendapat manfaat daripada seni bina TNGA yang memberikan keseimbangan yang baik antara terlalu sporty dan lembut.

Tak kisahlah enjin 2AR-FE ini sedikit tua, pengalaman memandunya sahaja sudah cukup untuk anda berasa puas hati.

Toyota Camry vs Mercedes-Benz C200 vs BMW 320i Sport - sedan Jepun lagi baik dari Jerman?! 15

Berbanding dengan 320i, Camry mengambil selekoh dengan penuh elegan dan sofistikated. Perasaan ini pasti menarik bagi anda yang mencari sedan dengan pengalaman pemanduan yang seimbang.

Perasaan yang sama juga dirasakan di stereng dimana pemanduan terasa lebih tenang dan anggun, menambahkan rasa mewah itu.

Toyota Camry vs Mercedes-Benz C200 vs BMW 320i Sport - sedan Jepun lagi baik dari Jerman?! 16

BMW 320i datang dengan geometri baru dan casis yang lebih baik. Ini membolehkan kereta baru itu mengambil selekoh dengan lebih stabil pada had yang lebih tinggi.

Transmisi automatik 8 kelajuan ZF menukar gear dengan halus seperti sutera, responsif dan sentiasa bersedia mengikut arahan anda.

Toyota Camry vs Mercedes-Benz C200 vs BMW 320i Sport - sedan Jepun lagi baik dari Jerman?! 17

Sterengnya ringan dan memberi maklum balas yang baik tidak kira apa jua keadaan, memberikan keyakinan yang tinggikepada pemandu.

Walau bagaimanapun, penyerap hentak di bahagian belakang menjadi sedikit sibuk ketika pemanduan bersemangat, dan ini mungkin tidak selesa bagi sesetengah orang.

Toyota Camry vs Mercedes-Benz C200 vs BMW 320i Sport - sedan Jepun lagi baik dari Jerman?! 18

Antara Camry dan 320i, Mercedes-Benz C200 berada di tempat terakhir dalam bahagian pengendalian. Penyerap hentak yang keras pasti menjadikan C200 sedap ketika mengambil selekoh, tetapi ia tidak selancar 320i.

Bahkan sterengnya terasa sedikit kosong dan menunjukkan perasaan samar-samar yang tidak membantu ketika mengendalikan selekoh tajam.

Toyota Camry vs Mercedes-Benz C200 vs BMW 320i Sport - sedan Jepun lagi baik dari Jerman?! 19

Kami berasa lebih puas hati dengan penyampaian kuasa oleh enjin 2.0 liter baru ini dengan 202 PS dan 300 Nm. Respon enjinnya agresif tetapi lancar, dan anda benar-benar boleh rasa tolakkan kuasa dari bahagian belakang menggerakkan sedan ini kedepan.

Penggunaan Minyak

Toyota Camry vs Mercedes-Benz C200 vs BMW 320i Sport - sedan Jepun lagi baik dari Jerman?! 20

Semasa ujian kami sendiri, Camry mempunyai purata penggunaan minyak sekitar 7.7 liter / 100 km di jalan bandar dengan juga di lebuh raya. Pada pendapat kami, angka ini boleh dijangka untuk sedan segmen D dengan enjin aspirasi semula jadi 2.5 liter. 

Toyota Camry vs Mercedes-Benz C200 vs BMW 320i Sport - sedan Jepun lagi baik dari Jerman?! 21

BMW mendakwa penggunaan bahan bakar 320i Sport dinilai pada 6.3 liter / 100 km, dengan pelepasan CO2 dinilai pada 144 g / km.

Toyota Camry vs Mercedes-Benz C200 vs BMW 320i Sport - sedan Jepun lagi baik dari Jerman?! 22

Sementara Mercedes-Benz mendakwa C200 AMG Line mempunyai purata penggunaan minyak diantara 7.2 hingga 6.3 liter / 100 km dalam keadaan pemanduan bandar dan lebuh raya. Ini lebih kurang penggunaan bahan bakar dengan enjin 1.5 EQ Boost sebelumnya.

Praktikaliti

Toyota Camry vs Mercedes-Benz C200 vs BMW 320i Sport - sedan Jepun lagi baik dari Jerman?! 23

Ruangan but didalam Toyota Camry.

Jika anda inginkan ruang but yang paling besar, maka 493 liter di dalam Toyota Camry lebih sesuai untuk anda. Jika anda inginkan lebih ruang, tempat sandar belakang boleh diturun 60:40 jika anda ingin letakkan lebih banyak bagasi untuk melancong ke luar negara.

Toyota Camry vs Mercedes-Benz C200 vs BMW 320i Sport - sedan Jepun lagi baik dari Jerman?! 24

Ruangan but didalam BMW 320i Sport.

Ruang but 320i adalah 480 liter, sama dengan ruang but F30 walaupun BMW mendakwa tahap kebolehgunaan kini jauh ebih baik dalam model baru. Seperti sebelumnya, tempat sandar belakang boleh diturun 40:20:40 bagi memastikan fleksibiliti dalam mengangkut barang yang lebih panjang.

Toyota Camry vs Mercedes-Benz C200 vs BMW 320i Sport - sedan Jepun lagi baik dari Jerman?! 25

Ruangan but didalam Mercedes-Benz C200 AMG Line.

Sama seperti 320i, C200 juga dilengkapi ruang boot 480 liter dengan kemampuan tempat sandar belakang boleh diturun dalam konfigurasi 40:20:40.

Infotainment

Toyota Camry vs Mercedes-Benz C200 vs BMW 320i Sport - sedan Jepun lagi baik dari Jerman?! 26

Sistem skrin sentuh 8-inci Camry adalah yang terkecil di sini, tapi jangan main-main kerana ia dipadankan dengan sistem audio JBL dengan 9-pembesar suara. Bukan calang-calang punya jenama audio beb!

Toyota Camry vs Mercedes-Benz C200 vs BMW 320i Sport - sedan Jepun lagi baik dari Jerman?! 27

The JBL sound system in the Toyota Camry is pure eargasm!

Berbanding dengan dua sedan Jerman dalam perbandingan ini, kami berpendapat bahawa ia mempunyai sistem audio yang terbaik dalam perbandingan ini. Sayang sekali ia tidak menyokong Apple CarPlay dan Android Auto, kalau tak memang ini adalah sistem terbaik.

Toyota Camry vs Mercedes-Benz C200 vs BMW 320i Sport - sedan Jepun lagi baik dari Jerman?! 28

BMW's head unit is sleek, but there's no Android Auto support.

Pada 320i, terdapat sistem BMW Operating System 6.0 skrin sesentuh bersaiz 8.8 inci. Malangnya ia hanya menyokong Apple CarPlay. Alasan BMW untuk ini adalah kerana masalah privasi dengan Android Auto kerana BMW tidak mahu Google memaparkan iklan kepada pelanggannya.

Ironinya, ciri Kunci Digital BMW hanya tersedia untuk pengguna telefon pintar Android. Ia juga mempunyai 6 pembesar suara, jumlah paling sedikit di antara dua pesaingnya.

Toyota Camry vs Mercedes-Benz C200 vs BMW 320i Sport - sedan Jepun lagi baik dari Jerman?! 29

Mercedes-Benz C200's floating headunit still works the best among all.

Mercedes-Benz C200 AMG Line datang dengan sistem infotainment Audio 20 dengan skrin sesentuh 10.25 inci dilengkapi Apple CarPlay dan Android Auto, semuanya dimainkan melalui 9 pembesar suara untuk pengalaman audio yang menyeluruh.

Sejujurnya, ia tidak dapat menandingi audio JBL yang hebat di Camry tetapi dengan integrasi Apple CarPlay dan juga Android Auto, sistem audio C200 adalah paling lengkap dalam perbandingan ini.

Toyota Camry vs Mercedes-Benz C200 vs BMW 320i Sport - sedan Jepun lagi baik dari Jerman?! 30

Antara ciri-ciri Toyota Safety Sense didalam Toyota Camry.

Beralih ke bahagian keselamatan pula, Toyota Camry datang dengan 7 beg udara, ABS dan EBD, TRC, ECS dan ISOFIX sebagai standard. Tidak cukup dengan itu, Camry juga hadir dengan Toyota Safety Sense yang merangkumi:

  • Pre-collision System (PCS)
  • Lane Departure Alert (LDA) with Steering Assist
  • Dynamic Radar Cruise Control (DRCC)
  • Automatic High Beam (AHB)
  • Hill-start Assist Control (HAC)
  • Emergency Stop Signal (ESS)
  • Blind Spot Monitor (BSM) with Rear Cross-Traffic Alert (RCTA)

Toyota Camry vs Mercedes-Benz C200 vs BMW 320i Sport - sedan Jepun lagi baik dari Jerman?! 31

Bantuan undur dalam BMW 320i Sport.

Ketika BMW 3 Series G20 pertama kali dilancarkan di Malaysia, ia dikritik hebat kerana tidak menampilkan ADAS sebagai standard. Kini ketiga-tiga BMW 3 Series hadir dengan pakej Driving Assistant yang mempunyai:

  • Lane Change Warning (LCW)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Front collision warning with brake intervention (AEB)
  • Rear-Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Rear Collision Prevention (RCP)
  • Speed Limit Info

Jumlah beg udara adalah 6, hanya tiada beg udara pada lutut seperti yang ada di Camry. Ciri keselamatan lain seperti ABS dengan EBD, TRC, ESC dan ISOFIX adalah standard pada 320i.

Toyota Camry vs Mercedes-Benz C200 vs BMW 320i Sport - sedan Jepun lagi baik dari Jerman?! 32

Antara bantuan pemanduan didalam C200 AMG Line.

Walaupun C200 adalah model paling tua di sini, ia datang dengan 7 beg udara dengan kelengkapan keselamatan yang sama seperti Camry. Dengan Driving Assistance Plus, anda juga dapat:

  • Active Distance Assist DISTRONIC
  • Active Steering Assist
  • Active Braking Assist with Cross-Traffic Function
  • Evasive Steering Assist
  • Active Emergency Stop Assist
  • Active Blind Spot Assist
  • Active Lane Keeping Assist
  • PRE-SAFE® PLUS
  • Adaptive Highbeam Assist Plus

Kita dapat menyimpulkan bahawa Camry dan C200 dilengkapi dengan sistem keselamatan yang baik dan menampilkan lebih banyak teknologi bantuan pemandu berbanding dengan 320i.

Konklusi

Toyota Camry vs Mercedes-Benz C200 vs BMW 320i Sport - sedan Jepun lagi baik dari Jerman?! 33

Sekiranya anda gemar memandu tetapi inginkan sesuatu yang anggun dan elegan, Toyota Camry 2.5V adalah pilihan yang tepat untuk anda. Walaupun ianya RM 40,000 lebih murah daripada 320i dan C200, ia dilengkapi dengan ciri-ciri dan kelengkapan yang setanding.

Penggunaan enjin 2.5-liter 2AR-FE aspirasi natural dari generasi terdahulu juga bermaksud kebolehpercayaan yang terbukti berbanding dengan enjin bercas turbo.

Toyota Camry vs Mercedes-Benz C200 vs BMW 320i Sport - sedan Jepun lagi baik dari Jerman?! 34

Namun demikian, tidak dapat dinafikan bahawa enjin 2AR-FE adalah batu penghalangnya. Camry sepatutnya lebih mantap sekiranya dilengkapi dengan enjin 2.0 liter Dynamic Force 2.0 liter yang lebih banyak kuasa dan tork.

Selain itu, ketiadaan fungsi Apple CarPlay dan Android Auto agak potong stim. Maklumlah, sistem infotainment pun dah jenama JBL.

Toyota Camry vs Mercedes-Benz C200 vs BMW 320i Sport - sedan Jepun lagi baik dari Jerman?! 35

BMW 320i Sport G20 pula merupakan evolusi karakter yang mengimbangi fokus pemanduan E90 dan keselesaan E36. Dalam erti kata lain, BMW 320i Sport G20 mempunyai aura slogan ‘Sheer Driving Pleasure’.

Toyota Camry vs Mercedes-Benz C200 vs BMW 320i Sport - sedan Jepun lagi baik dari Jerman?! 36

Jika anda jenis yang suka memandu kereta sehingga ke hadnya, bahagian belakang mungkin sedikit goyah dan terlampau reaktif. Ciri-ciri tersebut mungkin akan membuatkan anda penat seketika. Tambahan lagi, masalah antara keserasian Android dan Apple untuk ciri-ciri tertentu agak menyusahkan.

Toyota Camry vs Mercedes-Benz C200 vs BMW 320i Sport - sedan Jepun lagi baik dari Jerman?! 37

Tua, tapi masih berbisa. Mercedes-Benz C200 AMG Line masih lagi memberikan saingan hebat kepada dua sedan yang lain. Ianya datang dengan sistem audio dan infotainment yang lebih baik, kualiti interiornya terasa jauh lebih premium, dan kini ia lebih stylo dek kerana penambahan kit badan AMG.

Toyota Camry vs Mercedes-Benz C200 vs BMW 320i Sport - sedan Jepun lagi baik dari Jerman?! 38

Tetapi, hakikatnya ia memang sudah tua. Keselesaan perjalanannya tidak sebaik Camry ataupun 320i, dan ia juga bukanlah juara ketika mengambil selekoh. Kami berharap model yang baru akan keluar secepat mungkin.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Toyota Camry 2.5V

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda