window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota C-HR GR Sport dilancarkan – gambaran tentang Vios GR Sport akan datang?

Zamil Syaheer · Nov 10, 2020 03:00 PM

Toyota C-HR GR Sport dilancarkan – gambaran tentang Vios GR Sport akan datang? 01

Ini adalah Toyota C-HR GR Sport yang baru sahaja dilancarkan di Eropah. Ini sedikit sebanyak memberikan gambaran untuk Toyota Vios GR Sport 2021 yang bakal tiba di Malaysia.

Toyota C-HR GR Sport dilancarkan – gambaran tentang Vios GR Sport akan datang? 02

Jika anda tidak biasa dengan hierarki Gazoo Racing, mari kami huraikan. Terdapat dua varian iaitu GR dan GR Sport. GR hanya khusus untuk model berprestasi seperti GR Supra dan GR Yaris, manakala GR Sport pula digunakan untuk model yang menerima talaan casis dengan sedikit atau tiada perubahan kepada tren kuasa.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota C-HR GR Sport dilancarkan – gambaran tentang Vios GR Sport akan datang? 01

Di bahagian depan lampu depan datang dengan kemasan ‘housing’ bewarna hitam, kemasan hitam piano di bsmper depan (yang kini dilengkapi 'splitter' baru) dan keliling lampu kabus serta gril krom gelap.

Toyota C-HR GR Sport dilancarkan – gambaran tentang Vios GR Sport akan datang? 02

Sentuhan di sisi kereta adalah penutup pintu berwarna hitam piano (pelindung di bawah pintu) dan roda 19 inci yang unik.

Toyota C-HR GR Sport dilancarkan – gambaran tentang Vios GR Sport akan datang? 03

Tema hitam bersambung di bahagian belakang, merangkumi keliling reflektor hitam piano, hiasan bawah bamper, dan lencana GR Sport.

Toyota C-HR GR Sport dilancarkan – gambaran tentang Vios GR Sport akan datang? 04

Toyota C-HR GR Sport datang dengan 9 pilihan warna dwi-tona ala Proton X50, termasuklah kemasan Dynamic Grey dengan bumbung bewarna hitam.

Toyota C-HR GR Sport dilancarkan – gambaran tentang Vios GR Sport akan datang? 05

Pada bahagian interior pula, varian GR Sport hadir dengan kemasan Cool Silver dan pilihan kain kulit Alcantara atau fabrik. Keduanya datang dengan jahitan merah dan kelabu – warna tema Gazoo Racing.

Toyota C-HR GR Sport dilancarkan – gambaran tentang Vios GR Sport akan datang? 06

Elemen lain didalam kabin termasuklah kemasan stereng kulit ‘perforated’, aksen jahitan merah di stereng dan kain gear, plat sisi GR Sport, dan animasi permulaan GR yang unik pada kluster instrument.

Toyota C-HR GR Sport dilancarkan – gambaran tentang Vios GR Sport akan datang? 07

Beralih ke bahagian prestasi pula, C-HR GR Sport ini datang dengan suspensi dan stereng yang telah ditala bagi memberikan pemanduan yang lebih sporty berbanding C-HR yang biasa.

Toyota C-HR GR Sport dilancarkan – gambaran tentang Vios GR Sport akan datang? 08

Malah, ia juga dilengkapi dengan tayar Continental Premium Contact 6 (225/45R19) yang khas untuk model ini. Toyota mendakwa ia menambah lebih cengkaman di gandar depan serta dinding tayar yang lebih keras. Tiada perubahan pada enjin ataupun transmisi.

Toyota C-HR GR Sport dilancarkan – gambaran tentang Vios GR Sport akan datang? 09

Jadi apa yang bakal sama dengan Vios GR Sport?

Jika anda membaca laman kami dengan tegar, anda tahu bahawa Toyota Vios 2021 ‘facelift’ bakal dilancarkan pada bulan Disember, termasuklah varian GR Sport.

Toyota C-HR GR Sport dilancarkan – gambaran tentang Vios GR Sport akan datang? 10

Vios Ativ untuk pasaran. Rupa kemas kini untuk pasaran Malaysia akan sama seperti ini.

Kami yakin ia akan dilengkapi dengan beberapa talaan khas kepada casis, namun begitu jangan syok sangat sebab kemungkinan besar tidak ada transmisi manual serta talaan kepada tren kuasa. Semestinya, Vios GR Sport bakal dilengkapi dengan kit badan dengan tema yang lebih kurang sama seperti C-HR GR Sport.

Jika anda berminat dengan Toyota C-HR selepas membaca rencana kami ini, anda boleh membaca rebiu disini, atau lepak santai dah lihat rebiu video oleh Adrian dibawah.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2019 Toyota C-HR 1.8

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda