window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota C-HR terpakai - dari RM 100k, SUV stylo berlambang 'T', tapi berapa kos untuk jaga?

Faisal Β· Jan 22, 2023 02:00 PM

Toyota C-HR terpakai - dari RM 100k, SUV stylo berlambang 'T', tapi berapa kos untuk jaga? 01

Anda ingat lagi tak Toyota C-HR? SUV bergaya luar biasa dari Toyota ini pernah dijual di pasaran Malaysia tetapi untuk jangka masa yang tidak begitu panjang. Apapun, crossover segmen B ini cukup terkenal dengan pengendalian luar biasa yang dihasilkan oleh asas platform TNGA. Selain pemanduan, gayanya juga cukup unik dan bukan macam sebuah Toyota kerana ia begitu ekspresif.

Toyota C-HR terpakai - dari RM 100k, SUV stylo berlambang 'T', tapi berapa kos untuk jaga? 02

Namun begitu, harganya agak mahal iaitu sekitar RM 150k (CBU Thailand). Sebagai perbandingan, Honda HR-V (RU) ketika itu pun tak sampai RM 120k. Sekarang, SUV bergaya ini boleh didapati di pasaran terpakai dan menariknya, harga tidak lagi semahal dahulu. Tetapi kalau beli, bagaimana pula dengan kos penjagaannya? Mari kami kupaskan satu per satu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Varian Toyota C-HR di Malaysia

Toyota C-HR terpakai - dari RM 100k, SUV stylo berlambang 'T', tapi berapa kos untuk jaga? 01

Di Malaysia, Toyota C-HR yang hadir ke pasaran pada tahun 2018 ditawarkan dengan satu varian 1.8 dan ia berharga RM 150,000.

Toyota C-HR terpakai - dari RM 100k, SUV stylo berlambang 'T', tapi berapa kos untuk jaga? 02

Dari segi nadi, ia menggunakan enjin 1.8L NA 2ZR-FE yang menghasilkan 140 PS/171 Nm. Kuasa dihantar ke roda depan melalui transmisi CVT.

Toyota C-HR terpakai - dari RM 100k, SUV stylo berlambang 'T', tapi berapa kos untuk jaga? 03

Rodanya menggunakan saiz 215/60 R17.

Pada tahun 2019, UMW Toyota Motor mengemaskini C-HR dengan rim 17 inci dwi-tona.

Toyota C-HR terpakai - dari RM 100k, SUV stylo berlambang 'T', tapi berapa kos untuk jaga? 04

Bahagian dalamnya pula diperbaharui dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.

Kalau anda nak tahu, C-HR juga ada dalam pasaran recond dan ia menggunakan enjin 1.2L turbo (116 PS, 185 Nm).

Toyota C-HR terpakai - dari RM 100k, SUV stylo berlambang 'T', tapi berapa kos untuk jaga? 05

Enjin C-HR 1.2L.

Apapun, Toyota C-HR versi rasmi hanya dijual sehingga Disember 2020 bagi memberi ruang kepada Toyota Corolla Cross.

Juga bacaToyota C-HR digugurkan dari laman web Toyota, Toyota Corolla Cross menyusul?

C-HR mana yang patut anda beli? Harga dalam pasaran pula berapa?

Toyota C-HR terpakai - dari RM 100k, SUV stylo berlambang 'T', tapi berapa kos untuk jaga? 06

Pada tahun 2019, UMW Toyota ada menawarkan kit tambahan TRD Sportivo dan kalau anda lihat dalam Carlist.my, ada banyak juga unit recond.

Toyota C-HR terpakai - dari RM 100k, SUV stylo berlambang 'T', tapi berapa kos untuk jaga? 07

Apapun, C-HR 1.2 lebih mahal (~RM 125k – RM 155k) dan alat ganti trenkuasanya mungkin tak banyak. Walaupun tidak turbo, varian 1.8L NA yang UMW Toyota tawarkan sebenarnya lebih berkebolehan untuk dipandu di pelbagai situasi kerana enjin turbo rasa semput pada kelajuan tinggi.

Toyota C-HR terpakai - dari RM 100k, SUV stylo berlambang 'T', tapi berapa kos untuk jaga? 08

Kit TRD Sportivo.

Jadi, pilih sahaja C-HR dari UMW. Kalau anda minat, model tahun 2018 – 2019 kini berharga dalam lingkungan RM 105k – RM 120k. Model 2020 pula lebih kurang RM 120k – RM 130k.

Kos penjagaan asas buat C-HR pula adalah seperti berikut:

Kos asas buat Toyota C-HR
Varian 1.8 (AT)
Cukai jalan (RM) 280
Saiz tayar (RM) 215/60 R17
Tayar/biji (RM) 250 - 450
Bateri (DIN 60L) 325 - 480

Apapun, cuba cari unit yang masih berada dalam kondisi cantik.

  • 2018 Toyota C-HR 1.8

    RM 125,900
    RM 1,380
    /bulan

    23,075 km

    5.5 years

    Masai

  • 2018 Toyota C-HR 1.8

    RM 117,900
    RM 1,292
    /bulan

    43,202 km

    5.5 years

    Kuala Lumpur

  • 2019 Toyota C-HR 1.8

    RM 119,000
    RM 1,249
    /bulan

    21,344 km

    4.5 years

    Kuala Lumpur

Kalau nak senang, terus sahaja ke laman Carsome yang mana keretanya dijamin dalam keadaan baik. Menariknya, setiap pembelian juga akan mendapat diskaun faedah dan tunai.

Isu umum pada Toyota C-HR?

Toyota C-HR terpakai - dari RM 100k, SUV stylo berlambang 'T', tapi berapa kos untuk jaga? 01

Tidak mengejutkan, trenkuasa yang diguna pada C-HR sememangnya tiada masalah. Apapun, enjin 2ZR-FE terkenal dengan isu kebocoran minyak pada bekas timing chain dan bekas minyak pelincir tetapi itu pun untuk unit yang mempunyai perbatuan tinggi.

Toyota C-HR terpakai - dari RM 100k, SUV stylo berlambang 'T', tapi berapa kos untuk jaga? 02

Satu lagi isu adalah kegagalan brek parkir elektrik (EPB) tetapi masalah ini berlaku pada unit recond sahaja.

Toyota C-HR terpakai - dari RM 100k, SUV stylo berlambang 'T', tapi berapa kos untuk jaga? 03

Di bawah adalah rutin penjagaan buat Toyota C-HR:

Penyelenggaraan Toyota C-HR
Penyelenggaraan / Selang  Item / Komponen Kos (RM)
Servis / 10k km Minyak enjin, penapis dan drain plug washer 300
Penapis udara / 40k km Penapis udara enjin 170
Servis brek / 40k km Ganti minyak brek 100
Servis transmisi / 80k km Minyak ATF dan penapis 310
Ganti cecair penyejuk / 80k km (Penukaran pertama@160k km Cecair coolant 155
Palam pencucuh / 100k km (Iridium) Ganti palam pencucuh 450

Selain penjagaan berkala, terdapat beberapa aspek kehausan yang anda boleh teliti seperti di bawah:

Aspek kehausan pada Toyota C-HR
Komponen Simptom Kos
(RM)
Lower arm depan Getaran / gegaran pada pemanduan 900
Hab bearing roda belakang Bunyi merengek 850
Bekas timing chain Ganti bekas timing chain / seal utama 1,100
Gasket oil sump Ganti gasket oil sump 450

Konklusi

Toyota C-HR terpakai - dari RM 100k, SUV stylo berlambang 'T', tapi berapa kos untuk jaga? 04

Jadi, itulah segala aspek yang anda patut tahu mengenai Toyota C-HR di Malaysia. Walaupun dengan pemanduan yang mantap dan gaya yang stylo, ia tetap murah untuk dibela.

  • 2018 Toyota C-HR 1.8

    RM 125,900
    RM 1,380
    /bulan

    23,075 km

    5.5 years

    Masai

  • 2018 Toyota C-HR 1.8

    RM 117,900
    RM 1,292
    /bulan

    43,202 km

    5.5 years

    Kuala Lumpur

  • 2019 Toyota C-HR 1.8

    RM 119,000
    RM 1,249
    /bulan

    21,344 km

    4.5 years

    Kuala Lumpur

Toyota C-HR terpakai - dari RM 100k, SUV stylo berlambang 'T', tapi berapa kos untuk jaga? 01

Untuk anda yang berminat, Carsome boleh membantu anda dalam semua urusan kualiti dan pembelian yang mana ia akan diurus oleh mereka. Selamat membeli!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2019 Toyota C-HR 1.8

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda