window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota C-HR terpakai - bawah RM 110k, ikon gaya Toyota kini pada harga Honda HR-V, baloi beli?

Faisal Β· Feb 19, 2022 04:00 PM

Toyota C-HR terpakai - bawah RM 110k, ikon gaya Toyota kini pada harga Honda HR-V, baloi beli? 01

  • Crossover stylo yang akan jadi kereta klasik
  • Platform TNGA menjanjikan pemanduan yang menakjubkan
  • Trenkuasa boleh dipercayai dengan penjagaan minimum

Toyota C-HR bukanlah sebarang SUV. Jentera ini adalah bukti bahawa Toyota sudah kembali ke dasar gaya dan pesona. Ia juga tampil dengan reka bentuk baru Toyota yang turut diikut oleh model seperti Camry, Supra dan GR Yaris.

Senang cerita, Toyota C-HR diibarat versi Jepun untuk MINI Cooper ataupun Volkswagen Beetle.

Toyota C-HR terpakai - bawah RM 110k, ikon gaya Toyota kini pada harga Honda HR-V, baloi beli? 02

MINI Cooper.

Bagi anda yang belum tahu, Toyota C-HR dilancarkan ke Malaysia pada tahun 2018 (CBU dari Thailand) tetapi dengan harga yang mencecah RM 150k. Kiranya, jentera ini lebih mahal daripada SUV di kelas lebih atas seperti Honda CR-V. Berbanding pesaing terdekatnya, Honda HR-V, ia hampir RM 50k lagi mahal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tetapi disebabkan oleh posisi dan harga dalam pasaran yang tidak berapa mengizinkan, keluaran C-HR di Malaysia digugurkan pada tahun 2020 dan diganti dengan Toyota Corolla Cross.

Juga bacaDihentikan di Malaysia kerana kurang laku, Thailand memotong harga Toyota C-HR 2021

Toyota C-HR terpakai - bawah RM 110k, ikon gaya Toyota kini pada harga Honda HR-V, baloi beli? 01

Menariknya, pasaran terpakai sekarang ini menunjukkan harga yang sudah lebih kurang sama sahaja dengan julat Honda HR-V, iaitu sekitar RM 110k (unit berusia 3 ke 4 tahun).

Apa yang perlu anda tahu tentang Toyota C-HR?

Toyota C-HR terpakai - bawah RM 110k, ikon gaya Toyota kini pada harga Honda HR-V, baloi beli? 02

Jentera ini merupakan model Toyota pertama yang berasaskan platform Toyota New Global Architecture (TNGA). Platform ini menekankan susunan suspensi canggih jenis double-wishbone di belakang untuk pengendalian yang mantap tanpa sebarang kompromi terhadap tahap keselesaan.

Di Malaysia, Toyota C-HR hanya ditawarkan dengan varian 1.8 dan sewaktu itu, ia berharga RM 150,000.

Toyota C-HR terpakai - bawah RM 110k, ikon gaya Toyota kini pada harga Honda HR-V, baloi beli? 03

Dari segi teknikal, C-HR dikuasakan oleh enjin 1.8L NA yang menghasilkan 140 PS dan 171 Nm tork. Kuasa dihantar ke roda depan melalui transmisi CVT.

Toyota C-HR terpakai - bawah RM 110k, ikon gaya Toyota kini pada harga Honda HR-V, baloi beli? 04

Apapun, perlu kami tekankan bahawa pengedar recond turut menjual Toyota C-HR tetapi dengan enjin 1.2L turbo (116 PS, 185 Nm tork).

Toyota C-HR terpakai - bawah RM 110k, ikon gaya Toyota kini pada harga Honda HR-V, baloi beli? 05

Walaupun sambutannya tidak berapa memberangsangkan, UMW Toyota Motor tetap mengemaskini C-HR iaitu sekitar tahun 2019. Ia datang dengan rim dwi-tona 17 inci.

Toyota C-HR terpakai - bawah RM 110k, ikon gaya Toyota kini pada harga Honda HR-V, baloi beli? 06

Pada bahagian dalam, C-HR 2019 ini hadir dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.

Juga bacaKenapa kereta anda wajib ada Apple CarPlay dan Android Auto? Ini sebabnya

Berapa harga Toyota C-HR dalam pasaran sekarang?

Toyota C-HR terpakai - bawah RM 110k, ikon gaya Toyota kini pada harga Honda HR-V, baloi beli? 07

Model tahun 2018 kini berharga di antara RM 105k ke RM 125k.

Untuk model tahun 2019 – 2020 yang telah dikemaskini, harganya kini dalam lingkungan RM 120k ke RM 130k.

Toyota C-HR terpakai - bawah RM 110k, ikon gaya Toyota kini pada harga Honda HR-V, baloi beli? 08

Kit badan TRD Sportivo.

Disebabkan pasaran Malaysia hanya mendatangkan satu varian sahaja, perbezaan harga yang anda lihat di laman kereta terpakai betul-betul bergantung kepada usia, kondisi dan aksesori tambahan yang dilengkapkan pada unit tersebut. Kit badan TRD Sportivo misalnya.

Berikut adalah kos penjagaan Toyota C-HR:

Kos pembelaan Toyota C-HR
Varian 1.8 (AT)
Cukai jalan (RM) 280
Saiz tayar 215/60 R17
Tayar/biji (RM) 400
Bateri (DIN 60L) 325

Kalau boleh, dapatkan rekod servis yang penuh supaya mudah untuk anda tahu akan apa yang masih elok dan apa yang sudah perlu diganti.

Toyota C-HR terpakai - bawah RM 110k, ikon gaya Toyota kini pada harga Honda HR-V, baloi beli? 09

Dengan enjin 1.8L NA dan transmisi CVT yang sama seperti Toyota Corolla Altis, trenkuasa C-HR akan tahan lama dan boleh dipercayai.

Toyota C-HR terpakai - bawah RM 110k, ikon gaya Toyota kini pada harga Honda HR-V, baloi beli? 10

Kalau ada masalah komponen pun cuma kegagalan Electric Parking Brake (EPB) tetapi hanya unit recond sahaja yang terlibat.

Kos penyelenggaraan Toyota C-HR
Penyelenggaraan / Selang Item / Komponen Kos (RM)
Penukaran minyak enjin / 10k km Minyak enjin, penapis & saluran plug 300
Penapis udara / 40k km Penapis udara enjin 170
Servis brek / 40k km Minyak brek 50
Servis transmisi / 80k km Minyak gearbox & penapis 310
Ganti penyejuk / 80k km (Penukaran pertama) @ 160k km Penyejuk 140
Spark plug / 100k km Spark plug iridium 450

Selain itu, ada sedikit isu suspensi yang perlu pembeli ambil tahu iaitu seperti dalam rajah di bawah:

Isu umum pada Toyota C-HR
Bahagian Simptom Kos
(RM)
Drive shaft depan Ada bunyi apabila memusing 1,000 (OEM)
Lower arm depan  Hentakan & gegaran makin ketara 700 (OEM)
Hab bearing Bunyi  800 (OEM)

Jadi, sebelum membeli, periksa dahulu perkara yang kami lampirkan di atas.

Toyota C-HR terpakai - bawah RM 110k, ikon gaya Toyota kini pada harga Honda HR-V, baloi beli? 11

Pada masa yang sama, enjin 2ZR yang digunakan cenderung untuk makan minyak pelincir sekiranya servis tidak dilakukan mengikut jadual.

Toyota C-HR terpakai - bawah RM 110k, ikon gaya Toyota kini pada harga Honda HR-V, baloi beli? 12

Penggunaan minyak enjin yang tidak berkualiti juga antara sebab utama kepada isu ini.

Konklusi

Toyota C-HR terpakai - bawah RM 110k, ikon gaya Toyota kini pada harga Honda HR-V, baloi beli? 13

Antara elemen reka bentuk menarik yang ada pada kabin Toyota C-HR.

Toyota C-HR adalah SUV kompak yang betul-betul menarik perhatian ramai. Untuk mereka yang hendak nampak bergaya dan tidak mahu pokai, inilah model yang sepatutnya mereka cari.

Lagipun, karakter pengendalian TNGA yang ada pada crossover stylo ini memberikan pengalaman pemanduan yang cukup mengasyikkan.

Toyota C-HR terpakai - bawah RM 110k, ikon gaya Toyota kini pada harga Honda HR-V, baloi beli? 14

Namun begitu, ruang kabinnya agak sempit. Dengan harga yang sama, pembeli yang mahu membawa keluarga sebenarnya lebih sesuai dengan model seperti Honda HR-V ataupun CR-V terpakai.

  • 2018 Toyota C-HR 1.8

    RM 125,900
    RM 1,380
    /bulan

    23,075 km

    5.5 years

    Masai

  • 2018 Toyota C-HR 1.8

    RM 117,900
    RM 1,292
    /bulan

    43,202 km

    5.5 years

    Kuala Lumpur

  • 2019 Toyota C-HR 1.8

    RM 119,000
    RM 1,249
    /bulan

    21,344 km

    4.5 years

    Kuala Lumpur

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2019 Toyota C-HR 1.8

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda