window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Corolla Altis E170 terpakai - serendah RM 53k, berbaloi dari sedan segmen B baharu?

Haris · Jul 10, 2021 08:00 PM

Toyota Corolla Altis E170 terpakai - serendah RM 53k, berbaloi dari sedan segmen B baharu? 01

Mungkin ramai yang terlepas pandang mengenai Toyota Corolla Altis yang merupakan antara model terlaris Toyota secara global. Dalam pasaran yang lebih meminati Honda, Toyota Corolla Altis masih mempunyai tempat tersendiri bagi mereka yang pernah merasai pengalaman pemanduan yang sedan eksekutif ini.

Toyota Corolla Altis E170 terpakai - serendah RM 53k, berbaloi dari sedan segmen B baharu? 02

Pada harga sekitar RM 53k hingga RM 99k, Toyota Corolla Altis generasi E170 bersaing dengan kebanyakan sedan segmen B lain. Malah, sebagai model yang kurang mendapat perhatian, harganya mungkin lebih murah berbanding sedan segmen B.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jadi, apakah Toyota Corolla Altis terpakai lebih berbaloi? Di sini kami berikan panduan untuk anda.

Varian Toyota Corolla Altis E170

Toyota Corolla Altis E170 terpakai - serendah RM 53k, berbaloi dari sedan segmen B baharu? 01

Model pra-facelift dipertontonkan

Toyota Corolla Altis generasi ke-11 diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2013, dengan tiga varian (1.8E, 2.0G dan 2.0V). Ia menerima facelift pada tahun 2016, yang kemudian hadir dalam varian 1.8E, 1.8G dan 2.0V.

Sepanjang kitaran hidupnya, ia mempunyai dua pilihan enjin dan satu transmisi.

Trenkuasa Toyota Corolla Altis E170
Enjin Kuasa puncak Transmisi
1.8-liter 2ZR-FE  139 PS, 173 Nm CVT
2.0-liter 3ZR-FE 145 PS, 197 Nm CVT

Toyota Corolla Altis E170 terpakai - serendah RM 53k, berbaloi dari sedan segmen B baharu? 02

Model terbaik tentunya varian 2.0V dengan tempat duduk kulit pelarasan elektronik, lampu LED depan belakang, kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup mula.

Ia juga masih memiliki kelengkapan yang lebih baik berbanding sedan segmen B sekarang yang lebih mahal seperti fungsi Cruise Control dan kamera pandang belakang pada harga yang lebih rendah.

Toyota Corolla Altis E170 terpakai - serendah RM 53k, berbaloi dari sedan segmen B baharu? 03

Model facelift

Untuk aspek keselamatan pula, model facelift dilengkapi standard dengan 7 beg udara dan sistem kawalan kestabilan VSC.

Untuk model pra-facelift, hanya 2.0V yang dilengkapi dengan VSC dan 7 beg udara manakala varian lain lebih rendah bilangan beg udara.

Apa masalah Toyota Corolla Altis E170

Toyota Corolla Altis E170 terpakai - serendah RM 53k, berbaloi dari sedan segmen B baharu? 04

Bukan sekadar sembang, kami merujuk kepada Mr Ray Wong dari Ray Car Care Service Centre untuk sebarang masalah Toyota Corolla Altis generasi E170 yang selalu beliau temui.

Ramai yang mengatakan bahawa model ini begitu kebal dan tahan lasak namun adakah seorang mekanik dan pemilik bengkel bersetuju?

Toyota Corolla Altis E170 terpakai - serendah RM 53k, berbaloi dari sedan segmen B baharu? 05

Ya, Toyota Corolla Altis sememangnya menepati apa yang diperkatakan.

Beliau sendiri berberpendapat, kereta-kereta ini masih baru justeru komponen-komponen haus dan lusuh seperti peredam suspensi, bushings, dan sebagainya masih dalam keadaan baik. Ia menepati piawaian ketahanan sebuah Toyota, jangan samakan dengan standard ketahanan kereta Perancis atau Jerman.

Toyota Corolla Altis E170 terpakai - serendah RM 53k, berbaloi dari sedan segmen B baharu? 06

Ruang but sebesar 470 liter

Dakwaan yang sama turut disokong oleh Kent Goh dari XD Autowerks. Ketahanan model Toyota sememangnya tidak disangkal lagi. Oleh sebab itulah, model ini digunakan sebagai teksi di Jakarta, Bangkok, Taipei dan sejauh Ankara. Teksi memerlukan sebuah kenderaan dengan ketahanan tinggi untuk menempuhi jarak perjalanan yang luar biasa.

Kos penyelenggaraan Toyota Corolla Altis E170

Toyota Corolla Altis E170 terpakai - serendah RM 53k, berbaloi dari sedan segmen B baharu? 07

Ketahanan Toyota Corolla Altis masih memerlukan penjagaan yang rapi. Ray mengatakan bahawa penukaran minyak hitam dan cecair lain secara berdisiplin mampu membuatkan sedan ini bertahan lebih dari 100,000 km. Kenyataan ini juga meliputi kedua-dua enjin 1.8L dan 2.0L.

Toyota Corolla Altis E170 terpakai - serendah RM 53k, berbaloi dari sedan segmen B baharu? 08

Jika anda mahukan anggaran kos penyelenggaraan, berikut adalah jadual yang boleh anda pertimbangkan:

Kos penyelenggaraan Toyota Corolla Altis E170
  1.8 E / 1.8 G 2.0 V
Cukai Jalan (RM) 280 380
Tayar (RM/sebiji) 276 300
Tugas penukaran minyak (RM) 350 350
Minyak pelincir kotak gear CVT (RM) 250 250

Jika anda mampu membela sebuah Toyota Corolla Altis, boleh dikatakan bahawa ia adalah permata dalam lumpur yang menunggu untuk digilap dan dijaga semula. 

Conclusion

Toyota Corolla Altis E170 terpakai - serendah RM 53k, berbaloi dari sedan segmen B baharu? 01

Toyota Corolla Altis adalah sedan paling selesa dalam kelasnya (untuk generasi ini) menurut pendapat kami.

Ia masih sebuah produk yang relevan dan jika dilihat daripada ciri kelengkapannya, ia masih lagi mampu menyaingi sedan segmen B baharu yang ada sekarang. Anda tidak akan salah membeli kenderaan satu segmen atas, malah mungkin akan lebih dihormati kerana menemui sebuah permata berhabuk.

Toyota Corolla Altis E170 terpakai - serendah RM 53k, berbaloi dari sedan segmen B baharu? 02

Namun perlu diingatkan, disebabkan ia adalah sedan segmen C, ia akan memakan kos penyelenggaraan sebuah sedan segmen C. Walaupun harganya kini menyaingi sedan segmen B. 

Semua tentang kos pemilikan akan meningkat. Boleh kata ini percubaan sebelum anda mensasarkan Honda Civic baru? Boleh juga.

Toyota Corolla Altis E170 terpakai - serendah RM 53k, berbaloi dari sedan segmen B baharu? 03

Ia juga masih di bawah 10 tahun dari tarikh pengeluaran, justeru pembeli masih mempunyai pilihan pembayaran melalui pinjaman untuk kereta ini. Jika anda masih belum yakin, apa kata cuba pandu uji dahulu Toyota Corolla Altis dan rasai sendiri pengalaman pemanduannya!

Toyota Corolla Altis E170 terpakai - serendah RM 53k, berbaloi dari sedan segmen B baharu? 04

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Toyota Corolla Altis 1.8E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda