window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Corolla Altis juarai satu lagi perlumbaan Nürburgring 24 jam, mana Honda Civic?

Amirul · Jun 17, 2021 11:59 AM

Toyota Corolla Altis juarai satu lagi perlumbaan Nürburgring 24 jam, mana Honda Civic? 01

Toyota Gazoo Racing Team Thailand menang lagi dengan menjuarai kelas serta memperoleh dua kedudukan podium dalam ADAC Total 24 Hours of Nürburgring minggu lepas. 

Perlumbaan itu dikatakan sebagai “edisi ADAC 24h paling singkat dalam sejarah” dengan tempoh hanya 9 jam 30 minit.

Toyota Corolla Altis juarai satu lagi perlumbaan Nürburgring 24 jam, mana Honda Civic? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk tahun ini, pasukan itu mengharungi hujan lebat dan jarak penglihatan terhad tetapi berjaya menduduki tempat pertama dan ketiga dalam kelas Super Production 3 di Nürburgring Nordschleife. Kejayaan ini sangat bermakna, susulan dari kemenangan tempat pertama dan kedua tahun lepas.

Walaupun mendapat dua podium dua kali berturut-turut, kemenangan ini wajar diperoleh dengan perlumbaan yang agak berbeza.

Toyota Corolla Altis juarai satu lagi perlumbaan Nürburgring 24 jam, mana Honda Civic? 01

Dari awal perlumbaan, awan gelap berkumpul di ruang udara Nürburgring, yang kemudiannya berubah menjadi hujan lebat. Situasi ini ‘menewaskan’ banyak pasukan dengan beberapa insiden aquaplaning, berpusing, dan kemalangan, hanya beberapa jam selepas perlumbaan bermula.

Walaupun hujan telah berhenti, hari yang kian gelap membawa bahaya baharu iaitu kabus tebal yang dilihat di kawasan pergunungan sekitar litar.

Dengan pemandu-pemandu sukar melihat di depan mereka, penganjur mengambil keputusan untuk mengibarkan bendera merah dan menghentikan perlumbaan pada jam 9:30 malam – enam jam selepas ia bermula.

Perlumbaan kekal dengan bendera merah sepanjang malam hingga pagi berikutnya untuk 14 jam 30 minit kesemuanya – paling panjang dalam tempoh litar itu. Perlumbaan hanya bersambung pada 12 tengahari dengan baki 3 jam 30 minit.

Toyota Corolla Altis juarai satu lagi perlumbaan Nürburgring 24 jam, mana Honda Civic? 02

Di awal perlumbaan, Toyota Corolla Altis bernombor #120 bermula dari atas kelasnya dan kekal mendahului perlumbaan ke garisan penamat. 

Di akhir perlumbaan, Altis #120 itu tamat di tempat ke-73 dengan 47 pusingan, manakala rakan sepasukan Altis #119 menduduki tempat ke-87 dengan 45 pusingan.

Toyota Corolla Altis juarai satu lagi perlumbaan Nürburgring 24 jam, mana Honda Civic? 03

Dari kesemua 121 pelumba dalam ADAC Total 24 Hours of Nürburgring, hanya 99 kereta melintasi garisan penamat, dengan kereta pendahulu Manthey-Porsche melengkapkan 59 pusingan – 17 pusingan kurang dari perlumbaan Endurance paling pendek pada 1992.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Toyota Corolla Altis 1.8E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda