window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Corolla Cross 2021 dilancarkan - 139 PS, 1.8L, TSS, harga bermula RM 124k!

Haris · Mar 25, 2021 08:30 PM

Toyota Corolla Cross 2021 dilancarkan - 139 PS, 1.8L, TSS, harga bermula RM 124k! 01

Toyota telah membuka tirai tahun 2021 dengan pelancaran Toyota Corolla Cross 2021. Model SUV baharu ini menjadi taruhan Toyota dalam segmen SUV kompak dan keluarga. Pelancaran Toyota Corolla Cross menyaksikan harga SUV Toyota yang sangat kompetitif iaitu dari RM 124,000 - RM 134,000.

Selanjutnya, harga Toyota Corolla Cross adalah seperti berikut:

Senarai Harga Toyota Corolla Cross 2021
Model Harga
Corolla Cross 1.8 G

RM 124,000 (tanpa SST)

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

RM 128,000 (dengan SST)

Corolla Cross 1.8 V RM 134,000 (dengan SST

 

Toyota Corolla Cross 2021 dilancarkan - 139 PS, 1.8L, TSS, harga bermula RM 124k! 01

Varian G yang sudah berada di Malaysia

Penghantaran Toyota Corolla Cross hanya akan bermula pada bulan Julai 2021 di mana tempoh pengecualian cukai jualan (SST) telah tamat pada 30 Jun 2021. Dalam tempoh ini, hanya varian G sahaja yang boleh diterima oleh pembeli tetapi pada kuantiti yang terhad. Ikuti penjelasan kami seterusnya.

Toyota Corolla Cross 2021 dilancarkan - 139 PS, 1.8L, TSS, harga bermula RM 124k! 02

Toyota Corolla Cross ditawarkan dalam 2 varian iaitu varian G (asas) dan varian V (atas). Toyota Corolla Cross berkongsi enjin dan casis dengan Toyota Corolla Altis dan dijangka akan dipasang secara CKD. Walaubagaimanapun, kumpulan awal yang tiba di Malaysia adalah daripada pemasangan CBU Thailand yang berharga RM 124,000.

Toyota Corolla Cross 2021 dilancarkan - 139 PS, 1.8L, TSS, harga bermula RM 124k! 03

Toyota mungkin sedikit asing dalam arena SUV namun harga Toyota Corolla Cross yang lebih kompetitif sekaligus meletakkannya dalam julat harga pesaing seperti Honda HR-V, Subaru XV dan Mitsubishi ASX.

Model Harga tanpa SST
Toyota Corolla Cross RM 124k - RM 134k
Honda HR-V RM 104k - 128k
Subaru XV RM 112k - 133k
Mitsubishi ASX RM 118k - 133k

Toyota Corolla Cross 2021 dilancarkan - 139 PS, 1.8L, TSS, harga bermula RM 124k! 04

Berbeza dengan model pasaran Thailand dan Vietnam, tiada penawaran enjin hybrid atau turbo pada Toyota Corolla Cross pasaran Malaysia. Enjin empat silinder 1.8 liter NA 2ZR-FE dengan padanan transmisi CVT automatik 7 kelajuan mampu mencatatkan output kuasa sebanyak 139 PS / 172 Nm yang memacu roda hadapan.

Toyota Corolla Cross 2021 dilancarkan - 139 PS, 1.8L, TSS, harga bermula RM 124k! 05

Toyota Corolla Cross mengenakan konsep ketahanan urban bagi penghuni bandar. Untuk menjalani pemanduan dalam hutan konkrit ini, Toyota menawarkan sudut tuju sebanyak 18º yang memberikan jarak kelegaan tanah yang baik untuk menuruni sudut curam.

Toyota Corolla Cross 2021 dilancarkan - 139 PS, 1.8L, TSS, harga bermula RM 124k! 06

Nuansa rekaan ketahanan urban ini ditonjolkan pada bahagian gril hadapan berbentuk trapezoid berkembar bagi menunjukkan kestabilan dan dilitupi dengan kemasan plastik pada bahagian sisi. 

Toyota Corolla Cross 2021 dilancarkan - 139 PS, 1.8L, TSS, harga bermula RM 124k! 07

Perbezaan kosmetik antara varian dapat dilihat pada bahagian tayar. Rim pada varian G adalah rim 17" aloi berwarna Perak (215/60 R17), manakala varian V mengenakan rim 18" aloi rekaan bersenggat dengan warna Kelabu metalik gelap (225/50 R18).

Toyota Corolla Cross 2021 dilancarkan - 139 PS, 1.8L, TSS, harga bermula RM 124k! 08

Toyota Corolla Cross 2021 dilancarkan - 139 PS, 1.8L, TSS, harga bermula RM 124k! 09

Selain itu, varian G menggunakan lampu hadapan dan lampu siang halogen dengan lampu LED pada bahagian belakang. Bagi varian V pula, lampu LED digunakan sepenuhnya semua bahagian ditambah dengan lampu 'Light Curtain' daripada Toyota.

5 warna yang ditawarkan ketika ini adalah Platinum White / Nebula Blue Metallic / Red Mica Metallic / Graphite Metallic / Metalstream Metallic.

Toyota Corolla Cross 2021 dilancarkan - 139 PS, 1.8L, TSS, harga bermula RM 124k! 10

Pengecas nirwayar ditawarkan sebagai aksesori

Perkongsian elemen dengan Toyota Corolla Altis tidak terhenti sekadar nama, platform dan enjin. Pada bahagian dalam, Toyota Corolla Cross turut mengambil inspirasi daripada model 'kembar' tersebut.

Toyota Corolla Cross 2021 dilancarkan - 139 PS, 1.8L, TSS, harga bermula RM 124k! 11

Kerusi penumpang boleh diturunkan sebanyak 6 darjah

Ia menampilkan stereng, jalur penyaman udara papan pemuka, konsol tengah dengan skrin infotainment dan kotak gear yang sama pada kedua-dua model. Perkongsian komponen ini bagi memberikan rasa yang lebih harmoni buat pengguna kedua-dua model.

Toyota Corolla Cross 2021 dilancarkan - 139 PS, 1.8L, TSS, harga bermula RM 124k! 12

Bagi aspek keselamatan pula, Toyota Corolla Cross dilengkapi dengan kelengkapan standard seperti 7 beg udara, pautan ISOFIX, TPMS (Tyre Pressure Monitoring System), BSM dan RCTA.

Toyota Corolla Cross 2021 dilancarkan - 139 PS, 1.8L, TSS, harga bermula RM 124k! 13

Walaubagaimanapun, sistem bantuan pemandu Toyota Safety Sense (TSS) hanya akan ditawarkan pada varian V (atas) sahaja.

TSS merangkumi ciri keselamatan berikut:

  • Pre-collision system (PCS)
  • Lane departure alert with steering assist (LDA)
  • Dynamic radar cruise control (DRCC)
  • Lane tracing assist (LTA)
  • Automatic high beams (AHB)

Toyota Corolla Cross 2021 dilancarkan - 139 PS, 1.8L, TSS, harga bermula RM 124k! 14

Seperti yang dinyatakan, Toyota Corolla Cross juga akan hadir sebagai model CBU pada kumpulan awal dan akan bermula sebagai CKD untuk kumpulan seterusnya dan akan datang. Kedua-dua model CBU / CKD tidak mempunyai perbezaan harga yang ketara justeru jadual harga di atas masih terpakai.

Toyota Corolla Cross 2021 dilancarkan - 139 PS, 1.8L, TSS, harga bermula RM 124k! 15

Tahun 2021 bukan sahaja menyaksikan pelancaran Toyota Corolla Cross, malah Toyota Harrier 2021 dan Toyota Camry facelift juga dikatakan bakal menyusul. Mampukah Toyota Corolla Cross ini menebus peluang yang ditinggalkan oleh Toyota C-HR? Nyatakan di bahagian komen!

Bacaan Lanjut:

Toyota Corolla Cross 2021 rebiu media Thai - nampak besar dan luas tapi?

Toyota Corolla Cross vs Honda HR-V gen 3 - model serba baru mana yang lebih baik?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda