window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Corolla Cross 2021 – baloi beli dari Subaru XV dan Honda HR-V?

Zamil Syaheer · Nov 15, 2020 04:00 PM

Toyota Corolla Cross 2021 – baloi beli dari Subaru XV dan Honda HR-V? 01

Toyota ingin bersaing secara kompetitif semula dalam pasaran SUV di Malaysia setelah sekian lamanya. Bermula dengan pelancaran Toyota RAV4 2020, dan kini Toyota Corolla Cross 2021 yang bakal dilancarkan pada tahun depan.

Sebelum itu, mari kita menjawab segala persoalan dan segala syak wasangka tentang SUV akan datang ini.

Sebelum tu, korang yakin ke SUV ni akan dipasarkan kat sini?

Toyota Corolla Cross 2021 – baloi beli dari Subaru XV dan Honda HR-V? 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Beberapa bulan yang lepas, Toyota Corolla Cross membuat debut global di Thailand, dan ia dilancarkan di Indonesia serta Vietnam selepas itu. Pada masa yang sama, ia telah dilihat berlegar di Putrajaya dengan plet nombor UMW Toyota, jadi kami yakin ia akan dipasarkan di Malaysia.

Apakah Toyota Corolla Cross ni?

Toyota Corolla Cross 2021 – baloi beli dari Subaru XV dan Honda HR-V? 01

Toyota Corolla Cross adalah SUV lima tempat duduk yang sesuai untuk keluarga. Banyak yang menyamakan SUV ini dengan Toyota RAV4 kerana keduanya mempunyai 'cue' rekaan yang sama seperti gril yang besar, fender 'lining' warna hitam, dan kemasan hitam di tiang A.

Platform apa Corolla Cross ni pakai?

Toyota Corolla Cross 2021 – baloi beli dari Subaru XV dan Honda HR-V? 02

Toyota Corolla Cross menggunakan platform Toyota New Global Architecture (TNGA) yang sama dengan Toyota Corolla Altis dan Toyota Camry.

Toyota Corolla Cross 2021 – baloi beli dari Subaru XV dan Honda HR-V? 03

Antara poin utama platform TNGA.

Ia menggunakan strut MacPherson di hadapan dan torsion beam di belakang (bukan seperti C-HR punya 'double wishbone' yang mahal dan rumit). Apa-apapun, platform TNGA menjanjikan kawalan dan tahap penglihatan yang baik.

Tren kuasa apa yang ditawarkan?

Toyota Corolla Cross 2021 – baloi beli dari Subaru XV dan Honda HR-V? 04

Varian hibrid dengan kemasan logo bewarna biru.

Bergantung kepada varian, Corolla Cross ada dua pilihan tren kuasa, dimana keduanya dilengkapi dengan enjin 1.8 liter aspirasi natural 4 silinder petrol dan satu lagi hibrid.

Tren kuasa Toyota Corolla Cross 2021
Kod Enjin Kuasa
2ZR-FBE (petrol)

140 PS @ 6,000 rpm

177 Nm @ 4,000 rpm

2ZR-FXE (hibrid)

98 PS @ 5,200 rpm

142 Nm @ 3,600 rpm

Kuasa gabungan: 122 PS 

UMW Toyota Malaysia pernah mengatakan bahawa mereka ingin membawa masuk lebih banyak model hibrid di Malaysia, jadi varian hibrid itu mungkin akan dijual.

Toyota Corolla Cross 2021 – baloi beli dari Subaru XV dan Honda HR-V? 05

2ZR-FXE.

Dari segi transmisi pula, varian petrol dipadankan dengan transmisi CVT 7 kelajuan ‘virtual’ manakala hibrid pula menggunakan e-CVT. Keduanya dipacu dengan roda hadapan.

Penggunaan bahan bakar yang didakwa oleh Toyota adalah seperti berikut:

  • Hibrid: 4.3 liter/100 km
  • Petrol: 6.5 liter/100 km

Apakah kelengkapan yang ditawarkan pada Corolla Cross?

Toyota Corolla Cross 2021 – baloi beli dari Subaru XV dan Honda HR-V? 06

Kombinasi trim kulit interior Terra Rossa/Hitam.

Kami telah membuat kaji selidik lebih lanjut dan mendapati pasaran Thailand, Indonesia, dan Vietnam melengkapkan interior Corolla Cross dengan kemasan kulit. Kami yakin ia akan diperkenalkan dengan kemasan yang sama. Tetapi dwi-tona ini hanyalah untuk varian tertinggi.

Toyota Corolla Cross 2021 – baloi beli dari Subaru XV dan Honda HR-V? 07

Corolla Cross tidak dilengkapi dengan brek parkir elektronik (EPB), sebaliknya dengan brek parkir kaki.

SUV ini datang dengan sistem infotainmen skrin sentuh berukuran 9 inci yang menyokong Android Auto dan Apple Carplay, dimainkan ke 6 pembesar suara.

Toyota Corolla Cross 2021 – baloi beli dari Subaru XV dan Honda HR-V? 08

Skring pelbagai info di varian tertinggi. Terdapat juga fungsi Tire Pressure Monitoring System (TPMS).

Varian aras mula dilengkapi dengan skrin pelbagai info berukuran 4.2 inci (sama seperti Toyota Hilux). Varian yang lebih mahal pula diberi skrin 7 inci seperti diatas.

Adakah Corolla Cross ini praktikal?

Toyota Corolla Cross 2021 – baloi beli dari Subaru XV dan Honda HR-V? 09

Ia datang dengan lima tempat duduk (depan diberi pelarasan berkuasa), penghawa dingin dwi-zon serta penghawa dingin dibelakang, dan port USB.

Toyota Corolla Cross 2021 – baloi beli dari Subaru XV dan Honda HR-V? 10

Terdapat banyak ruang untuk membawa barang juga. Toyota mendakwa Toyota Corolla Cross mempunyai ruang but sebanyak 487 liter (dengan tempat duduk belakang kekal naik serta kit membaiki tayar; menjadi 440 liter dengan tayar ganti).

Jika anda perlukan lebih ruang lagi, tempat duduk belakang boleh dibaringkan dengan nisbah 60:40. Ini salah satu kelebihan torsion beam – ciri yang kos efektif dan juga menaikkan ruang kabin.

Sebagai perbandingan, Honda HR-V mempunyai 437 liter dengan tempat duduk belakang kekal naik.

Adakah ia sebuah kereta yang selamat?

Toyota Corolla Cross 2021 – baloi beli dari Subaru XV dan Honda HR-V? 11

Ya, kerana ia dilengkapi dengan ciri keselamatan yang terbaik dalam kelasnya. 7 beg udara adalah standard bagi semua varian kerana Corolla Altis dilengkapi dengan Toyota Safety Sense (TSS). Jadi kami jangkakan Corolla Cross juga akan dilengkapi dengan ciri yang sama (ataupun lebih baik lagi). Antara ciri yang ada ialah:

  • Autonomous emergency braking (AEB)
  • Lane departure warning with steering assist
  • Adaptive cruise control
  • Auto high beam
  • Blind spot monitor with rear cross-traffic alert (BSM, RCTA)
  • 360-degree camera

Toyota Corolla Cross 2021 – baloi beli dari Subaru XV dan Honda HR-V? 12

Toyota Corolla Cross ASEAN NCAP.

Ciri keselamatan lain adalah seperti:

  • ISOFIX tethers
  • Anti-lock braking system with electronic brake force distribution (ABS, EBD)
  • Vehicle stability control (VSC)
  • Hill-start assist (HSA)
  • Emergency stop signal (ESS)

Maka tak hairanlah Toyota Cross mendapat skor penuh di ASEAN NCAP.

Ngam, tapi Corolla Cross ini bersaing dengan?

Toyota Corolla Cross 2021 – baloi beli dari Subaru XV dan Honda HR-V? 13

Pesaing Corolla Cross adalah Honda HR-V dan Subaru XV kerana saiznya yang sama.

Ok, berapa banyak dah Toyota jual SUV ni berbanding pesaingnya?

Toyota Corolla Cross 2021 – baloi beli dari Subaru XV dan Honda HR-V? 14

Sumber dari Headlightmag.com

Laku keras bos. Di Thailand saja, Toyota telah menjual 1,258 unit Corolla Cross pada bulan Julai, mengatasi jualan MG ZS (825 unit), Honda HR-V (532 unit), dan Mazda CX-30 (463 unit).

Nak beli lah! Berapa harga jualannya?

Toyota Corolla Cross 2021 – baloi beli dari Subaru XV dan Honda HR-V? 15

Kerana Corolla Cross ini bakal dipasang secara tempatan (CKD), ini bermakna harganya jauh lebih murah daripada Toyota C-HR yang diimport dari Thailand. Kami menjangkakan harga sekitar Subaru XV.

Harga SUV segmen C di Malaysia
Subaru XV     Honda HR-V     Toyota C-HR  Toyota Corolla Cross
RM 112,138 - RM 133,788 RM 104,000 - RM 128,800 RM 150,000 TBC

Bila ia akan dilancarkan?

Toyota Corolla Cross 2021 – baloi beli dari Subaru XV dan Honda HR-V? 16

Model pemasangan tempatan selalunya mengambil masa setahun dari debut global/serantau. Toyota Corolla Cross dilancarkan di Thailand pada Julai 2020, jadi tak salah nak kata ia akan dilancarkan disini pada suka kedua tahun 2021.

Toyota Corolla Cross 2021 – baloi beli dari Subaru XV dan Honda HR-V? 17

Kalau nak 'modified'...

Jadi inilah dia, panduan kami tentang Toyota Corolla Cross. Untuk maklumat lebih lanjut, tunggu sahaja rencana lebih lanjut daripada kami! Jangan lupa untuk menyertai kumpulan Facebook WapCar – BM serta forum rasmi kami!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda