window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Corolla Cross 2023 'Euro-spec' akan dilancarkan di Singapura - 2.0L Dynamic Force, teknologi hibrid generasi ke-5

Zamil Syaheer · Nov 29, 2022 01:00 PM

Toyota Corolla Cross 2023 'Euro-spec' akan dilancarkan di Singapura - 2.0L Dynamic Force, teknologi hibrid generasi ke-5 01

Corolla Cross Hybrid untuk pasaran Eropah

Sejak debut globalnya di Thailand pada tahun 2020, Toyota Corolla Cross telah diperkenalkan di seluruh dunia apabila nama ikonik itu mendapat penyegaran baru berikutan trend hangat SUV.

Toyota Corolla Cross 2023 'Euro-spec' akan dilancarkan di Singapura - 2.0L Dynamic Force, teknologi hibrid generasi ke-5 02

Corolla Cross JDM yang ditawarkan oleh pengedar 'recond' di Singapura

Kali ini, Toyota akan melancarkan Corolla Cross secara rasmi di Singapura tidak lama lagi. Sebelum ini, Corolla Cross hanya boleh didapati melalui pengimport 'recond' yang dibawa dari Jepun.

Toyota Corolla Cross 2023 'Euro-spec' akan dilancarkan di Singapura - 2.0L Dynamic Force, teknologi hibrid generasi ke-5 03

Hanya hibrid yang akan dilancarkan di Singapura tetapi tidak seperti yang ditawarkan kepada kebanyakan pasaran termasuk Malaysia, Corolla Cross Hybrid spesifikasi Singapura akan ditawarkan dengan enjin yang lebih berkuasa.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Corolla Cross 2023 'Euro-spec' akan dilancarkan di Singapura - 2.0L Dynamic Force, teknologi hibrid generasi ke-5 01

Trenkuasa untuk pasaran Eropah

Menurut jemputan e-mel kepada pelanggan oleh pengedar Toyota, Borneo Motors Singapura, Corolla Cross Hybrid akan dikuasakan oleh enjin 2.0 liter Dynamic Force (M20A-FXS) yang menjadikan Singapura satu-satunya pasaran ASEAN yang menawarkan enjin ini pada crossover popular tersebut.

Baca juga: Toyota Yaris Cross debut ASEAN pertama, enjin 1.5 hibrid, TSS, harga bermula SGD 102k!

Toyota Corolla Cross 2023 'Euro-spec' akan dilancarkan di Singapura - 2.0L Dynamic Force, teknologi hibrid generasi ke-5 02

Toyota berkata rangkaian kuasa hibrid generasi kelima baharu ini telah ditentukur untuk kebolehmanduan yang lebih memuaskan, dengan komponen yang lebih ringan dan lebih padat.

Unit kawalan kuasa (PCU) baharu mengurangkan tahap kehilangan elektrik dalam sistem, manakala enjin juga berjalan lebih senyap. Transaxle juga 15 peratus lebih ringan dengan penggunaan bahan baharu dan motor kompak dengan output lebih tinggi.

Toyota Corolla Cross 2023 'Euro-spec' akan dilancarkan di Singapura - 2.0L Dynamic Force, teknologi hibrid generasi ke-5 03

Enjin serupa juga digunakan pada Toyota Innova Zenix Hybrid tetapi angka output kuasa gabungan adalah berbeza pada kedua-dua model. Corolla Cross Hybrid yang lebih berkuasa mempunyai kuasa gabungan 199 PS manakala Innova Zenix Hybrid menghasilkan 186 PS.

Baca juga: 2023 Toyota Innova Zenix debut global - dari RM 122k, kini crossover dengan 2.0L NA & hibrid!

Toyota Corolla Cross 2023 'Euro-spec' akan dilancarkan di Singapura - 2.0L Dynamic Force, teknologi hibrid generasi ke-5 04

Trenkuasa untuk pasaran Malaysia

Sebagai perbandingan, Corolla Cross Hybrid yang dijual di Malaysia dan banyak pasaran lain di seluruh dunia dikuasakan oleh 1.8 liter 2ZR-FXE yang menghasilkan output gabungan sebanyak 122 PS.

Baca juga: Rebiu: Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 - Honda HR-V baharu 'kureng'? Inilah jalan terbaik!

Toyota Corolla Cross 2023 'Euro-spec' akan dilancarkan di Singapura - 2.0L Dynamic Force, teknologi hibrid generasi ke-5 05

Memandangkan Singapura adalah pasaran terbuka, Corolla Cross Hybrid mereka akan diimport sepenuhnya dari Jepun seperti pasaran Eropah, bukan Thailand. Tidak kira dari negara asal mana, semua kenderaan persendirian yang dijual di Singapura dikenakan penalti COE (sijil kelayakan) berdasarkan kapasiti enjin kenderaan dan output kuasa. Jadi, tidak ada bezanya jika kereta diimport dari Thailand atau Jepun.

Baca juga: COE kereta bawah 1600cc naik di Singapura, Perodua Myvi kini cecah RM 400k!

Toyota Corolla Cross 2023 'Euro-spec' akan dilancarkan di Singapura - 2.0L Dynamic Force, teknologi hibrid generasi ke-5 06

Selebihnya di Asia Tenggara pula mengutamakan kereta yang sama ada dipasang di dalam negara atau datang daripada anggota blok perdagangan ASEAN (dengan sekurang-kurangnya 60 peratus kandungan sumber ASEAN). Sesetengah negara melangkah lebih jauh.

Indonesia mempunyai kuota import walaupun untuk kenderaan sumber ASEAN manakala Malaysia meletakkan cukai eksais yang tinggi, walaupun kenderaan itu daripada rakan dagang ASEAN mereka.

Baca juga: Kia Carnival 2022 CKD Malaysia akan ke Thailand, eksport ASEAN akan menyusul

Toyota Corolla Cross 2023 'Euro-spec' akan dilancarkan di Singapura - 2.0L Dynamic Force, teknologi hibrid generasi ke-5 07

Corolla Cross petrol biasa, boleh dilihat melalui logo Toyota depan tanpa aksen biru

Kemungkinan juga varian petrol tidak akan tersedia di Singapura yang mencerminkan pasaran lain seperti Eropah dan Jepun yang hanya menawarkan Corolla Cross dengan hibrid.

Baca juga: Toyota Corolla Cross mungkin akan ditawarkan dalam varian hibrid sahaja, enjin 1.8L akan digugurkan?

Toyota Corolla Cross 2023 'Euro-spec' akan dilancarkan di Singapura - 2.0L Dynamic Force, teknologi hibrid generasi ke-5 08

Bolehkah bumbung suria panoramik ditawarkan dalam Corolla Cross Hybrid untuk pasaran Singapura?

Pada masa kini, tiada butiran lanjut lain tentang apa yang akan ditawarkan oleh Corolla Cross Hybrid berspesifikasi Singapura tetapi kami boleh menjangkakan ciri-ciri itu serupa dengan apa yang ditawarkan di Eropah. Ini termasuk kokpit digital 12.3 inci, brek letak kenderaan elektrik (EPB), sistem infotainmen skrin sentuh 10.5 inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto serta suite Toyota Safety Sense (TSS) ADAS.

Baca juga: Australia lancar Toyota Corolla Cross 2023; 'spec' lagi padu - 2.0L Dynamic Force, EPB, moonroof, CarPlay nirwayar!

Toyota Corolla Cross 2023 'Euro-spec' akan dilancarkan di Singapura - 2.0L Dynamic Force, teknologi hibrid generasi ke-5 09

E-mel itu tidak menyebut tarikh pelancaran dan harga hanya akan didedahkan kemudian. Dengan enjin hibrid yang lebih berkuasa daripada import selari spesifikasi Jepun, adakah rakyat Singapura akan turut sama terjebak dengan populariti Corolla Cross seperti seluruh dunia?

Baca juga: Tempoh menunggu 1 tahun, Jepun menangguhkan tempahan untuk Toyota Corolla Cross Hybrid!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda