window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Corolla Cross akan dilancarkan di Indonesia pada 6 Ogos

Mersita · Jul 30, 2020 04:00 PM

Toyota Corolla Cross akan dilancarkan di Indonesia pada 6 Ogos 01

Belum lama selepas debut globalnya di Thailand, Toyota Corolla Cross akan dilancarkan di Indonesia hujung minggu hadapan. Indonesia akan menjadi negara kedua di rantau ini untuk melancarkan SUV segmen C berdasarkan Corolla Altis yang terbaru ini.

Berbeza dengan Malaysia, Toyota Corolla Cross pasaran Indonesia akan diimpot dari Thailand. Ini juga menjelaskan kenapa mereka boleh memperkenalkan model ini di sana begitu pantas sekali. Dengan mengimpot Corolla Cross dari Thailand, Indonesia boleh mengekalkan tahap keseimbangan perdagangan yang baik dengan Thailand. Mereka telah mengimpot Avanza, Innova, dan Sienta dari Indonesia.

Toyota Corolla Cross akan dilancarkan di Indonesia pada 6 Ogos 02

Menurut media Indonesia, Autonetmagz, pengedar iaitu Toyota Astra Motor (TAM) telah memaklumkan media yang Corolla Cross akan dilancarkan pada 6 Ogos 2020. Bagi mematuhi penjarakan sosial, pelancaran tersebut akan dilakukan secara atas-talian.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Corolla Cross Indonesia akan dilancarkan di bawah slogan “Two Sides of the Finest”.

Toyota Corolla Cross akan dilancarkan di Indonesia pada 6 Ogos 01

Belum ada kepastian lagi bagi opsyen dan spesifikasi tren kuasanya. Tapi, ia besar kemungkinan akan menyerupai barisan dua-enjin Thailand – enjin Dual VVT-i ‘naturally-aspirated’ 1.8 liter dari Corolla Altis, dan satu enjin hibrid 1.8 liter dari Prius dimana kedua-duanya dipadankan dengan transmisi automatik jenis CVT ('planetary gearset' E-CVT untuk varian hibrid).

Toyota Corolla Cross akan dilancarkan di Indonesia pada 6 Ogos 02

Bagi Malaysia pula, kami tidak jangkakan yang UMW Toyota Motor akan memperkenalkan Corolla Cross dalam tahun ini. Corolla Cross kita perlu dipasang tempatan (CKD) untuk mengekalkan harga yang kompetitif dan tetapan industri bagi permulaan operasi pemasangan tempatan adalah sekurang-kurangnya 6 bulan selepas permulaan produksi (SOP) di loji utama. Dalam kes ini, lojinya adalah Gateway Toyota Motor Thailand di daerah Chachoengsao.

Produksi bermula di Thailand pada Julai 2020. Oleh itu, kami tidak jangkakan yang Corolla Cross dilancarkan di Malaysia sebelum bulan Februari 2021. Tapi, kereta pra-produksi telah diintip di Malaysia baru-baru ini!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda