window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Corolla Cross, berapa besarkah ia berbanding Honda HR-V dan Toyota C-HR?

Mersita · Jul 9, 2020 05:41 PM

Toyota Corolla Cross, berapa besarkah ia berbanding Honda HR-V dan Toyota C-HR? 01

Akhirnya, Toyota Corolla 2020 telah membuat debut globalnya di Thailand. Setelah kami laporkan dengan terperinci, spesifikasi pada crossover Toyota baharu ini sememangnya mengagumkan.

UMW Toyota Motor telah mengisyaratkan yang mereka akan membawa Corolla Cross ke Malaysia. Tetapi, apakah kesannya pada barisan crossover Toyota di Malaysia, terutama sekali pada C-HR yang berkongsi platform TNGA-C yang sama dengan Corolla Cross?

Toyota Corolla Cross, berapa besarkah ia berbanding Honda HR-V dan Toyota C-HR? 02

Di sini, kita akan melihat dengan lebih dekat dimensi dan tren kuasa untuk Corolla Cross dan lihat bagaimana ia bersaing dengan C-HR dan ketua crossover, Honda HR-V.

Toyota Corolla Cross, berapa besarkah ia berbanding Honda HR-V dan Toyota C-HR? 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perlu diingatkan yang spesifikasi yang akan kami bandingkan di sini adalah Corolla Cross petrol 1.8 liter spesifikasi Thailand, satu-satunya C-HR spesifikasi Malaysia, serta HR-V RS yang atas sekali.

Dimensi – Corolla Cross dengan mudahnya melangkaui yang lain

Toyota Corolla Cross, berapa besarkah ia berbanding Honda HR-V dan Toyota C-HR? 01

Dengan mudahnya, kita dapat lihat yang Corolla Cross mengalahkan C-HR dan HR-V dalam aspek kepanjangan. Ia ngam-ngam 100 mm lebih panjang berbanding C-HR walaupun Corolla Cross dan C-HR berkongsi jarak roda yang sama.

Toyota Corolla Cross, berapa besarkah ia berbanding Honda HR-V dan Toyota C-HR? 02

Corolla Cross juga dengan mudahnya menjadi yang paling tinggi dan lebar dalam kumpulan ini. Yang menariknya, Corolla Cross lebih ringan berbanding C-HR walaupun mereka berkongsi platform yang sama.

Prestasi – persaingan saudara antara Corolla Cross dan C-HR

Toyota Corolla Cross, berapa besarkah ia berbanding Honda HR-V dan Toyota C-HR? 03

Memandangkan Corolla Cross berkongsi enjin yang sama dengan C-HR, kedua-duanya mempunyai janaan yang sama dari segi kuasa dan tork. UMW Toyota Motor telah mengisyaratkan yang Corolla Cross yang dijual di Malaysia akan dipasang di sini. Ini bermaksud harganya akan lebih rendah berbanding C-HR buatan Thailand yang berharga RM 150,000 di sana.

Toyota Corolla Cross, berapa besarkah ia berbanding Honda HR-V dan Toyota C-HR? 04

Selain dari itu, HR-V mengalahkan Toyota dari segi kuasa dan tork. Rakyat Malaysia juga secara umumnya lebih tertarik dengan HR-V kerana harganya yang lebih rendah. Malah, RS yang teratas sekali pun berharga kurang daripada RM 120,000.

Apa lagi yang ada?

Toyota Corolla Cross, berapa besarkah ia berbanding Honda HR-V dan Toyota C-HR? 05

Apabila kita hendak bercakap tentang praktikaliti dan kelengkapan, Corolla Cross juga mengalahkan C-HR dan HR-V. Corolla Cross mempunyai ruang but yang amat besar iaitu 487 liter, lebih besar daripada HR-V yang hanya mempunyai 437 liter diikuti oleh pesaingnya, C-HR yang mempunyai kapasiti hanya 388 liter.

Toyota Corolla Cross, berapa besarkah ia berbanding Honda HR-V dan Toyota C-HR? 06

Walaupun pada ciri keselamatannya, Corolla Cross spesifikasi Thailand juga ada banyak ciri-ciri seperti kelengkapan ADAS yang penuh untuk model teratas. Ini termasuk pengesan titik-buta, amaran trafik melintas di belakang, sistem keselamatan pra-perlanggaran, amaran keluar landasan/lorong dengan bantuan stereng, kawalan peluncuran adaptif serta bantuan pengesanan lorong, dan juga pancaran tinggi automatik.

Di Malaysia pula, C-HR lokal kita mempunyai pengesan titik-buta dan amaran trafik melintas di belakang manakala HR-V pula ada kamera LaneWatch untuk kelengkapan V dan RS.

Toyota Corolla Cross, berapa besarkah ia berbanding Honda HR-V dan Toyota C-HR? 07

Secara peribadi, kami akan memilih Corolla Cross berbanding yang lagi dua itu berdasarkan spesifikasi dan kelengkapannya. Samada anda memilih untuk berpegang teguh dengan harapan Corolla Cross untuk sampai di Malaysia atau hanya terus membeli 2 model yang sedia ada di Malaysia sekarang adalah terpulang pada diri anda sendiri.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda