window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Corolla Cross bukanlah satu-satunya Corolla istimewa – kenali varian unik lain!

Mersita · Nov 27, 2021 04:00 PM

Toyota Corolla Cross bukanlah satu-satunya Corolla istimewa – kenali varian unik lain! 01

Toyota Corolla sudah dalam produksi sejak lebih dari 50 tahun lalu dengan 12 generasi sepanjang hayatnya setakat ini. Beberapa bulan lalu, ia juga berjaya mencapai kejayaan baru yang mungkin tidak dapat dikalahkan oleh model lain, dengan penghasilan unit ke-50 juta. Ini sekaligus meneguhkan status Corolla sebagai kereta paling popular di dunia.

Toyota Corolla Cross bukanlah satu-satunya Corolla istimewa – kenali varian unik lain! 02

Selalunya, bila sebut saja nama “Corolla”, anda mungkin akan bayangkan kereta sedan. Oleh itu, ramai yang terkejut melihat Corolla Cross SUV memakai lencana Corolla yang mempunyai legasinya tersendiri.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Corolla Cross bukanlah satu-satunya Corolla istimewa – kenali varian unik lain! 01

‘Van’ Corolla?

Walau bagaimanapun, Corolla Cross bukanlah satu-satunya model Corolla ‘istimewa’ yang telah dilancarkan sejak 50 tahun lalu. Malah, nama “Corolla” dipasang pada hampir setiap stail badan, melainkan trak pikap dan van, walaupun satu varian komersial digelar sebagai Corolla Van.

Toyota Corolla Cross bukanlah satu-satunya Corolla istimewa – kenali varian unik lain! 02

Dalam entri kali ini, kami ingin mengimbau kembali sejarah lampau apabila varian-varian Corolla unik pernah dijual di pasaran sekitar dunia.

Baca juga: Toyota raikan jualan Corolla yang ke-50 juta, kereta paling laku di dunia!

Corolla Sprinter

Toyota Corolla Cross bukanlah satu-satunya Corolla istimewa – kenali varian unik lain! 03

KE10 Corolla generasi pertama yang dilancarkan pada 1966 pada masa itu merupakan satu pencapaian besar dalam teknologi dan dipakejkan sebagai kereta mampu-milik untuk orang ramai. Walaupun jenis ‘station wagon’, sedan 2 pintu dan 4 pintu ditawarkan di pasaran luar negara, terdapat satu varian yang secara eksklusifnya JDM (Japanese Domestic Model).

Toyota Corolla Cross bukanlah satu-satunya Corolla istimewa – kenali varian unik lain! 04

Corolla Sprinter mula-mula diperkenalkan pada 1968 seiring dengan KE10 facelift dan ia merupakan coupe fastback 2 pintu yang tampak anggun dan disasarkan untuk pasaran pembeli golongan muda. Coupe ini pada mulanya ditawarkan dengan enjin ‘twin carb’ 1.1 liter yang menjana 73 PS sebelum ia dinaiktaraf kepada motor ‘twin carb’ 1.2 liter yang mampu menjana 78 PS.

Baca juga: Barang Rare: Toyota Corolla Sprinter Trueno edisi pertama 1972 macam baru!

Toyota Corolla Cross bukanlah satu-satunya Corolla istimewa – kenali varian unik lain! 05

Disebabkan oleh saiz dan berat kereta ini, Corolla Sprinter boleh meluncur dengan selesa pada kelajuan sehingga 160 km/jam – satu angka yang besar dan mengagumkan pada era 60-an. Nama ‘Sprinter’ ini sangat popular sehinggakan Toyota menjadikannya sebagai model tersendiri untuk generasi-generasi seterusnya.

Corolla Levin

Toyota Corolla Cross bukanlah satu-satunya Corolla istimewa – kenali varian unik lain! 06

Walaupun coupe Corolla standard mempunyai penetapan ‘trim’ yang serupa dengan sedan, Toyota mahukan satu nama yang boleh menonjolkan model paling popularnya dari model-model lain dalam barisan tawarannya. Menurut Bahasa Inggeris lama, perkataan ‘levin’ bermaksud “kilat”, dan nama ini amat sesuai kerana Corolla Levin sememangnya berprestasi tinggi.

Toyota Corolla Cross bukanlah satu-satunya Corolla istimewa – kenali varian unik lain! 07

Corolla Levin yang pertama diperkenalkan pada 1972 dikuasakan oleh enjin sama dari Celica 1600GT, iaitu enjin 2T-G 1.6 liter ‘twin-cam’. Enjin ini mampu menjana 115 PS dan apabila digabungkan dengan berat kereta yang ringan (855 kg), Levin ini boleh memecut laju dan cukup mengujakan.

Toyota Corolla Cross bukanlah satu-satunya Corolla istimewa – kenali varian unik lain! 08

Namun, Corolla Levin sering ditenggelami oleh Sprinter Trueno terutama sekali ketika generasi AE85/86 apabila Trueno didatangkan dengan desain lampu hadapan jenis ‘pop-up’ yang tampak lebih menarik. Corolla Levin kekal berada di pasaran sehingga tahun 2000, namun namanya sejak itu telah dihidupkan semula di China sebagai kembar kepada Corolla tersebut.

Corolla Griffith/SunRunner

Toyota Corolla Cross bukanlah satu-satunya Corolla istimewa – kenali varian unik lain! 09

Barangkali Corolla yang paling ‘rare’ dan jarang disebut ialah Corolla Griffith. Ia merupakan satu-satunya Corolla yang dipenggal kepalanya. Namun, kerja ini bukanlah dilakukan di kilang Toyota, sebaliknya oleh seorang pakar ‘convertible’ ‘aftermarket’.

Baca juga: Proton Satria Cabriolet – convertible cantik lagi menarik

Toyota Corolla Cross bukanlah satu-satunya Corolla istimewa – kenali varian unik lain! 10

The Griffith Company yang berpengkalan di California pernah bekerjasama dengan Toyota sebelum itu untuk Celica versi ‘convertible’ yang dipanggil SunChaser. Beberapa sumber mengatakan Corolla ‘topless’ ini dipanggil sebagai SunRunner, namun kebanyakan risalah serta model yang masih bertahan menggelarnya “Corolla Griffith Limited Edition”.

Toyota Corolla Cross bukanlah satu-satunya Corolla istimewa – kenali varian unik lain! 11

Bercakap tentang model yang masih bertahan hingga kini, hanya sekitar 200 buah convertible berdasarkan KE70 pernah dihasilkan dan kebanyakannya berada di Amerika Syarikat dalam kondisi yang berbeza-beza. Ia bukanlah kereta yang laju, memandangkan Corolla Griffith dikuasakan hanya dengan enjin 1.8 liter 3T-C ‘pushrod carburetted’ yang menghasilkan tenaga 75 PS.

Baca juga: Toyota Corolla TE71 GT 1981 – moyang kepada Corolla Altis baru, harga pun dah saing-saing!

Corolla II

Toyota Corolla Cross bukanlah satu-satunya Corolla istimewa – kenali varian unik lain! 12

Pada masa dahulu apabila pembahagian pasaran hanyalah sekadar istilah ‘rojak’ dicipta oleh penganalisan pasaran, Toyota melekatkan nama Corolla pada satu model yang sepatutnya diposisikan di bawah rangkaian Corolla standard di Jepun.

Toyota Corolla Cross bukanlah satu-satunya Corolla istimewa – kenali varian unik lain! 13

“Mini Trueno”

Corolla II dibangunkan berdasarkan Toyota Tercel, yang pada mulanya digelar Toyota Corolla Tercel di Amerika Utara. Ia boleh didapati hanya dalam bentuk hatchback, namun disebabkan rekaannya serupa dengan Corolla AE80 pada masa itu, ia diberi nama Corolla.

Toyota Corolla Cross bukanlah satu-satunya Corolla istimewa – kenali varian unik lain! 14

Modellista PX12 Naples ditunjukkan

Corolla II diteruskan produksinya sehinggalah tahun 1999 dan ia menjadi pilihan popular di kalangan pembeli wanita, secara spesifiknya, model Corolla II Windy. Satu lagi varian Corolla II edisi istimewa ialah Modellista PX12 Naples dengan rekaan retro yang aneh, namun menjadi kegilaan ramai pada masa itu.

Corolla FX

Toyota Corolla Cross bukanlah satu-satunya Corolla istimewa – kenali varian unik lain! 15

‘Abang besar’ kepada Corolla II, Corolla FX secara amnya ialah Corolla versi hatchback dan ia dijual selama tiga generasi – AE80, AE90, dan AE100. Beberapa sumer berpendapat nama FX mewakili frasa “Future Unknown”, namun menurut Toyota, nama ini berasal dari huruf pertama dan terakhir dari frasa “FF 2-Box”.

Corolla FX memperkenalkan hot hatch Corolla menerusi FX GT. AE82 FX GT merupakan hatchback pertama yang dijual di Jepun dengan enjin DOHC dalam bentuk 4A-GELU “Blue-top” 1.6 liter yang menghasilkan 130 PS.

Toyota Corolla Cross bukanlah satu-satunya Corolla istimewa – kenali varian unik lain! 16

Disamping itu, FX GT AE92 yang mengiringinya dikuasakan dengan enjin 4A-GE “Black-top” 1.6 liter namun kuasa dihasilkan berkurang kepada 120 PS. Versi-versi facelift diberi peningkatan kuasa kepada 140 PS dan ketika itu ada lagi versi yang lebih ‘panas’ dipanggil FX GTV.

Baca juga: Toyota 4A-GE 16V/20V – enjin 1.6 liter aspirasi natural berlegenda, direka untuk ‘tapau’ VTEC?

Toyota Corolla Cross bukanlah satu-satunya Corolla istimewa – kenali varian unik lain! 17

Corolla FX generasi terakhir gagal sebagai hot hatch dari segi rupa bentuk, namun ia dikuasakan oleh enjin “Red-top” 4A-GE 1.6 liter yang menghasilkan 160 PS. Memandangkan jualan hatchback kurang memberangsangkan, Toyota berhenti menawarkan Corolla hatchback ini di Jepun sehinggalah kemunculan Corolla RunX pada tahun 2001.

Corolla Ceres

Toyota Corolla Cross bukanlah satu-satunya Corolla istimewa – kenali varian unik lain! 18

Demi mengikuti trend dan ‘hype’ untuk sedan hardtop di Jepun pada penghujung 80-an dan awal 90-an, Toyota melancarkan Corolla Ceres dan berserta kembarnya, Sprinter Marino, pada 1992. Ia dianggap unik pada era tersebut, dan kedua-dua sedan hardtop ini boleh ditempah menerusi katalog menerusi pos – satu nostalgia bagi zaman beli-belah atas talian masa kini.

Baca juga: Mercedes-Benz CLS bukanlah peneraju coupe 4-pintu namun, ia membuka jalan terhadap evolusinya

Toyota Corolla Cross bukanlah satu-satunya Corolla istimewa – kenali varian unik lain! 19

Corolla Ceres dilengkapi "Silver-top" ialah unit yang teramatlah jarang ditemui

Diposisikan di bawah kembar tiga Toyota Mark II/Chaser/Cresta, Corolla Ceres menawarkan pembeli satu sentuhan kemewahan tanpa tanggungan cukai jalan yang tinggi. Ceres ialah kereta pacuan roda hadapan, namun ia dikuasakan oleh enjin 4A-GE yang dipercayai, boleh didapati dalam ‘silver top’ dan ‘black top’.

Malangnya, disebabkan keruntuhan ekonomi ‘bubble’ Jepun, hanya sedikit Corolla Ceres yang terjual dan kini ia menjadi satu model istimewa yang jarang ditemui. Toyota menghentikan produksi sedan hardtop ini pada 1998 dan ia tidak pernah diganti.

Corolla Spacio/Verso

Toyota Corolla Cross bukanlah satu-satunya Corolla istimewa – kenali varian unik lain! 20

Sudah menjadi lumrah apabila satu trend berakhir, trend baru pula mula timbul. Pada penghujung era 90-an, MPV menjadi sangat popular di Jepun. Bertemankan lencana Corolla yang dipercayai ramai, Toyota menghasilkan satu varian MPV dipanggil Corolla Spacio

Toyota Corolla Cross bukanlah satu-satunya Corolla istimewa – kenali varian unik lain! 21

Satu risalah yang menggambarkan Corolla Spacio serba boleh

Spacio generasi pertama mempunyai rekaan yang unik dimana ia adalah sebuah kereta 6 tempat duduk dengan konfigurasi dua kerusi dalam tiga barisan (2-2-2). Walaupun ia dibangunkan di atas platform yang sama dengan Corolla AE110, kebanyakan alat gantinya berkongsi dengan Toyota Avensis yang khusus untuk pasaran Eropah.

Toyota Corolla Cross bukanlah satu-satunya Corolla istimewa – kenali varian unik lain! 22

Di Eropah, Spacio digelar sebagai Corolla Verso dan ia mendapat sambutan lebih baik di sana. Corolla Spacio diteruskan dengan satu lagi generasi sebelum ia digantikan dengan Corolla Rumion dan Passo Sette. Disamping itu, Corolla Verso muncul lagi dengan generasi ketiga yang hanya boleh didapati di Eropah.

Baca juga: Direka untuk wanita? Bagaimana Toyota Passo Sette berubah daripada 'sampah' menjadi 'emas' iaitu Perodua Alza

Corolla Rumion

Toyota Corolla Cross bukanlah satu-satunya Corolla istimewa – kenali varian unik lain! 23

Nama ‘Rumion’ mungkin dihidupkan semula pada Suzuki Ertiga ‘rebadge’, namun ia pada mulanya diperkenalkan pada satu model mini MPV berdasarkan Corolla. Secara jujurnya, kami kurang pasti Corolla Rumion sebenarnya tergolong dalam kategori yang mana satu disebabkan oleh rekaannya yang sangat unik.

Baca juga: Toyota Rumion mungkin nampak macam Innova mini, tetapi ia adalah Suzuki Ertiga yang baru!

Toyota Corolla Cross bukanlah satu-satunya Corolla istimewa – kenali varian unik lain! 24

bB generasi pertama dengan bentuk berkotak

Dibangunkan di atas platform sama dengan Corolla E150 yang tidak pernah dijual di Jepun, Corolla Rumion mempunyai ruang kabin yang luas dan sepatutnya menumpang kejayaan besar bB generasi pertama.

Toyota Corolla Cross bukanlah satu-satunya Corolla istimewa – kenali varian unik lain! 25

Scion xB ditunjukkan

Walau bagaimanapun, memandangkan saiz ukuran kenderaan ini melangkaui had kereta kompak Jepun, ia tidak begitu popular di kalangan pembeli. Corolla Rumion dahulu dijual di Amerika Selatan sebagai Scion xB dan di Australia sebagai Toyota Rukus – pasaran yang disasarkan untuk kereta bentuk kotak ini.

Corolla Axio/Fielder

Toyota Corolla Cross bukanlah satu-satunya Corolla istimewa – kenali varian unik lain! 26

Nama Corolla Fielder pada mulanya diperkenalkan dalam generasi E120. Pewarisnya, E140, terbentuk menjadi model berbadan tirus bagi mematuhi undang-undang dimensi kenderaan Jepun yang ketat serta menawarkan cukai kenderaan lebih rendah.

Toyota Corolla Cross bukanlah satu-satunya Corolla istimewa – kenali varian unik lain! 27

Oleh itu, Corolla Axio diperkenalkan pada 2006 diiringi station wagon Corolla Fielder ini. Corolla Axio yang pertama dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan beberapa varian didatangkan dengan ‘radar cruise control’, sistem ‘intelligent parking assist’, dan juga AEB – membuatkannya lebih moden berbanding Corolla yang dijual di negara kita pada waktu itu.

Toyota Corolla Cross bukanlah satu-satunya Corolla istimewa – kenali varian unik lain! 28

Pada tahun 2012, E160 Corolla Axio dan Fielder pun dilancarkan. Secara amnya berkait dengan Toyota Vios memandangkan kedua-duanya berkongsi platform sama, model generasi ini juga memperkenalkan satu varian hibrid dilengkapi enjin yang serupa dengan unit yang digunakan di dalam Toyota Prius C/Aqua generasi terdahulu.

Baca juga: Toyota Prius C (Aqua) 2021 serba baru dilancarkan di Jepun – bateri bipolar, parkir auto

Toyota Corolla Cross bukanlah satu-satunya Corolla istimewa – kenali varian unik lain! 29

Seperti yang anda boleh lihat dari senarai ini, Toyota kerap bermain dengan plat nama Corolla jauh lebih lama sebeum Corolla Cross muncul – walaupun ada diantaranya kurang berjaya berbanding yang lain. Beberapa model amat dikenali ramai dan menjadi satu nostalgia indah bagi pemiliknya, manakala ada juga yang cukup mudah untuk dilupakan. Corolla yang mana satu paling mengejutkan dan mengujakan anda? Jom komen di Facebook WapCar – BM!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda