window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Corolla Cross (CKD) disahkan UMW pada suku ke-2 2021, pelbagai hibrid menanti!

Faisal · Feb 16, 2021 03:30 PM

Toyota Corolla Cross (CKD) disahkan UMW pada suku ke-2 2021, pelbagai hibrid menanti! 01

Persidangan korporat UMW Holdings Berhad baru-baru ini mengesahkan bahawa Toyota Corolla Cross 2021 akan dilancar pada suku kedua tahun ini.

Toyota Corolla Cross (CKD) disahkan UMW pada suku ke-2 2021, pelbagai hibrid menanti! 02

Model ini merupakan sebahagian dari pelan mereka untuk tahun 2021. Setakat ini, UMW Toyota Motor telah melancarkan kemaskini buat Toyota Fortuner dan Toyota Innova.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Corolla Cross (CKD) disahkan UMW pada suku ke-2 2021, pelbagai hibrid menanti! 01

Pelancaran yang selebihnya mungkin Toyota Camry facelift 2021 (CBU Thailand) dan Toyota GR 86 2021 (CBU Jepun). Generasi kedua buat sportscar ini dijangka membuat debut global di Jepun dalam beberapa bulan sahaja lagi. Kembarnya, Subaru BRZ 2021, telah membuat debut global pada November yang lalu.

Tiada di dalam senarai ini ialah Toyota Harrier 2021 serba baru (CBU Jepun).

Toyota Corolla Cross (CKD) disahkan UMW pada suku ke-2 2021, pelbagai hibrid menanti! 02

Turut dikhabarkan pada persidangan tersebut ialah projek CKD untuk segmen C (kelas Corolla) dan kenderaan komersil.

Untuk maklumat anda, Toyota Corolla Altis didatangkan sebagai model CBU buat masa ini. Namun begitu, kami yakin ia sebenarnya merujuk kepada Corolla Cross.

Toyota Corolla Cross (CKD) disahkan UMW pada suku ke-2 2021, pelbagai hibrid menanti! 03

Informasi ini bertepatan dengan maklumat berkenaan kilang pemasangan di Bukit Raja yang kini sedang dipertingkatkan untuk menghasilkan sebuah SUV.

Toyota Corolla Cross (CKD) disahkan UMW pada suku ke-2 2021, pelbagai hibrid menanti! 04

Menariknya, UMWT juga berhasrat untuk perkenalkan beberapa model hibrid CKD. Maka itu, tidak mustahil sekiranya Corolla Cross Hybrid dilancarkan pada masa yang akan datang.

Toyota Corolla Cross (CKD) disahkan UMW pada suku ke-2 2021, pelbagai hibrid menanti! 05

Umumnya, Toyota Vios dan Yaris tidak mempunyai sebarang varian hibrid.

Mengenai Toyota Innova pula, terdapat kemungkinan bahawa generasi seterusnya akan hadir dengan varian hibrid. Namun begitu, ia bukanlah dalam masa terdekat.

Toyota Corolla Cross (CKD) disahkan UMW pada suku ke-2 2021, pelbagai hibrid menanti! 06

Toyota Camry Hybrid generasi dahulu yang dipasang tempatan

Untuk pengetahuan anda, kali terakhir model hibrid dipasang tempatan (Toyota Camry Hybrid) ialah pada tahun 2018.

Toyota Corolla Cross (CKD) disahkan UMW pada suku ke-2 2021, pelbagai hibrid menanti! 07

Mengenai pemasangan CKD untuk kenderaan komersil, model yang dimaksudkan mungkin Toyota Hiace generasi baru (turut dikenali sebagai GranAce di sesetengah pasaran).

Toyota Hiace generasi baru telah berada di pasaran Thailand sejak tahun 2019. Model yang dipasang di Malaysia sekarang adalah generasi yang terdahulu.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda