window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Corolla Cross di Malaysia – lebih murah daripada Corolla Altis?

Faisal · Feb 12, 2021 12:00 PM

Toyota Corolla Cross di Malaysia – lebih murah daripada Corolla Altis? 01

Seperti yang anda tahu, Toyota Corolla Cross bakal terjah pasaran Malaysia tidak lama lagi. Tetapi harganya bagaimana? CKD ke CBU? Segmen apakah ia? Segala persoalan anda akan kami jawab di bacaan bawah.

Toyota Corolla Cross di Malaysia – lebih murah daripada Corolla Altis? 02

Toyota Corolla Cross bersaing dengan model apa?

Toyota Corolla Cross bersaing dengan Honda HR-V, Subaru XV, Proton X50, dan Proton X70. Kesemua model ini berada di julat harga yang sama.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Corolla Cross di Malaysia – lebih murah daripada Corolla Altis? 01

Harganya pula bagaimana?

Memandangkan harga rasmi belum diumumkan, kami telah membuat sedikit kajian. Mula-mula, kita perlu tahu di mana Toyota Corolla Cross akan dihasilkan. Kilang di Bukit Raja dikabarkan sedang menyiapkan komponen produksi untuk sebuah SUV. Kami percaya bahawa SUV yang diperkatakan itu ialah Toyota Corolla Cross.

Toyota Corolla Cross di Malaysia – lebih murah daripada Corolla Altis? 02

Sebagai model CKD, Toyota Corolla Cross dijangka berharga lebih murah daripada Toyota C-HR yang diimport – RM 144,336. Sebagai perbandingan, Toyota Corolla Altis yang diimport dari Thailand berharga dari RM 123,971 ke RM 134,505 (harga atas jalan tanpa insurans dan cukai SST).

Dengan itu, Toyota Corolla Cross dianggarkan berharga di julat RM 120,000 ke RM 130,000.

Toyota Corolla Cross di Malaysia – lebih murah daripada Corolla Altis? 03

Sebagai rujukan, harga saingannya boleh dilihat di bawah:

Harga Corolla Cross vs pesaing
Pesaing Julat harga
Honda HR-V RM 104,000 - RM 118,582
Subaru XV RM 112,138 - RM 133,788
Toyota Corolla Cross Akan diumum

Toyota Corolla Cross berada di segmen apa?

Untuk maklumat anda, Toyota Corolla Cross diasas oleh Corolla Altis yang berada di segmen C. Jadi, ia patut digelar sebagai SUV segmen C. Kalau begitu, Toyota RAV4 bagaimana? Segmen C+?

Pesaing sengitnya, Honda HR-V, berada di segmen B. Maka itu, Toyota Corolla Cross dianggap sebagai SUV di segmen sama memandangkan Toyota C-HR telah digugurkan.

Toyota Corolla Cross di Malaysia – lebih murah daripada Corolla Altis? 04

Bagaimana pula dengan saiz Toyota Corolla Cross?

Dari segi dimensi, Toyota Corolla Cross sebenarnya sedikit besar daripada Honda HR-V. Perbezaannya boleh dilihat di rajah berikut:

Toyota Corolla Cross di Malaysia – lebih murah daripada Corolla Altis? 05

Trenkuasa apa yang bakal diguna pada Toyota Corolla Cross?

Seperti Toyota C-HR dan Corolla Altis, Corolla Cross hadir dengan enjin 1.8L Dual VVT-i aspirasi natural (139 PS,172 Nm tork) yang dipadankan dengan transmisi CVT.

Sebelum ini, terdapat ura-ura mengenai pemasangan tempatan buat model hibrid Toyota. Oleh yang demikian, varian hibrid buat Toyota Corolla Cross mungkin ditawarkan pada masa yang akan datang.

Toyota Corolla Cross di Malaysia – lebih murah daripada Corolla Altis? 06

Toyota Corolla Cross Hybrid hadir dengan logo Toyota yang berwarna biru

Toyota Corolla Cross akan hadir dengan berapa varian?

Toyota Corolla Cross dijangka hadir dengan 2 varian seperti yang ditawarkan pada Corolla Altis. Varian teratas juga mungkin datang dengan Toyota Safety Sense – ciri bantuan keselamatan ADAS.

Toyota Corolla Cross di Malaysia – lebih murah daripada Corolla Altis? 07

Apa yang membezakan di antara Toyota Corolla Cross, Corolla Altis, dan C-HR?

Seperti yang anda tahu, platform TNGA terkenal dengan suspensi belakang jenis double wishbone. Unik buat Toyota Corolla Cross ialah suspensi belakang jenis torsion beam. Susunan yang lebih ringkas ini bertujuan untuk menghasilkan kabin yang lebih praktikal.

Toyota Corolla Cross di Malaysia – lebih murah daripada Corolla Altis? 08

Ruang but seluas 487 liter - 50 liter lebih luas daripada but Honda HR-V

Bilakah pelancarannya?

Dengan situasi Covid-19 yang tidak menentu di Malaysia, belum ada sebarang tarikh yang sah. Walau apapun, pelancarannya dikhabarkan pada suku kedua tahun 2021.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda