window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Corolla Cross Hybrid – harga anggaran di Malaysia RM 137k, tempahan kini dibuka!

Faisal · Oct 30, 2021 12:00 PM

Toyota Corolla Cross Hybrid – harga anggaran di Malaysia RM 137k, tempahan kini dibuka! 01

UMW Toyota Motor (UMWT) baru sahaja merasmikan anggaran harga Toyota Corolla Cross Hybrid di Malaysia dengan pengecualian cukai jualan SST dan ia bermula dari RM 137,000. Tempahan buat varian yang teratas ini juga telahpun dibuka.

Toyota Corolla Cross Hybrid – harga anggaran di Malaysia RM 137k, tempahan kini dibuka! 02

Pengumuman ini dibuat sebaik sahaja kerajaan memutuskan lanjutan buat pengecualian/diskaun cukai jualan SST sehingga 30 Jun 2022.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaBajet 2022 - pengecualian & diskaun cukai jualan SST DILANJUTKAN sehingga 30 Jun 2022!

Toyota Corolla Cross Hybrid – harga anggaran di Malaysia RM 137k, tempahan kini dibuka! 01

Varian hibrid datang dengan kluster instrumen digital.

Dengan itu, penawaran harga Toyota Corolla Cross di Malaysia adalah seperti berikut:

Harga Toyota Corolla Cross 2021 di Malaysia
Varian Harga
1.8G RM 123,000
1.8V RM 129,000
Hybrid RM 137,000 (anggaran)
Harga atas jalan, tanpa insurans, termasuk pengecualian cukai jualan SST sehingga 30 Jun 2022

Apa yang pembeli dapat untuk varian Hybrid?

Toyota Corolla Cross Hybrid – harga anggaran di Malaysia RM 137k, tempahan kini dibuka! 02

Di Thailand, Corolla Cross Hybrid dikuasakan oleh enjin petrol-elektrik 1.8L yang menghasilkan 98 PS dan 142 Nm.

Toyota Corolla Cross Hybrid – harga anggaran di Malaysia RM 137k, tempahan kini dibuka! 03

Spec Thailand hadir dengan interior dwi-tona. Untuk Malaysia belum dapat dipastikan.

Ia dibantu oleh motor elektrik yang menjana 72 PS dan 163 Nm untuk menghembuskan output sebanyak 122 PS.

Toyota Corolla Cross Hybrid – harga anggaran di Malaysia RM 137k, tempahan kini dibuka! 04

Kereta spec Thailand dengan warna Celestite Grey Metallic.

Dari segi ciri, Corolla Cross Hybrid menambah kluster instrumen digital bersaiz 7 inci dan pemilih mod pemanduan. Pilihan warna Celestite Grey Metallic juga didatangkan secara eksklusif.

Toyota Corolla Cross Hybrid – harga anggaran di Malaysia RM 137k, tempahan kini dibuka! 05

Bagi anda yang belum tahu, Toyota Corolla Cross di Malaysia hadir dengan waranti 5 tahun tanpa had perbatuan. Varian hibrid pula dilengkapkan istimewa dengan waranti 8 tahun yang merangkumi komponen bateri, inverter dan ECU. Tidak cukup dengan itu, tempoh waranti ini juga boleh dilanjutkan sehingga 10 tahun.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda