window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Corolla Cross terjual lebih banyak berbanding Honda HR-V di Thailand. Petanda awal?

Haris · Sep 5, 2020 11:59 AM

Toyota Corolla Cross terjual lebih banyak berbanding Honda HR-V di Thailand. Petanda awal? 01

Sejak pelancaran Toyota Corolla Cross pada bulan Julai 2020, model tersebut menerima sambutan yang memberansangkan dalam pasaran Thailand. Selain daripada Tanah Siam, negara terawal yang menerima Toyota Corolla Cross adalah Vietnam dan Indonesia.

Toyota Corolla Cross terjual lebih banyak berbanding Honda HR-V di Thailand. Petanda awal? 01

Menurut laporan media Thailand, Headlightmag, Toyota telah berjaya menjual 1,258 unit Corolla Cross pada bulan Julai, mengalahkan MG ZS (825 unit), Honda HR-V (532 unit) dan Mazda CX-30 (463 unit).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Corolla Cross terjual lebih banyak berbanding Honda HR-V di Thailand. Petanda awal? 01

Secara keseluruhan, MG ZS masih kekal sebagai SUV segmen B kegemaran rakyat Thailand, mencatatkan jumlah keseluruhan 5,355 unit. Tempat kedua pula dirangkul oleh Honda HR-V dengan 4,199 unit terjual.

Toyota Corolla Cross terjual lebih banyak berbanding Honda HR-V di Thailand. Petanda awal? 02

Namun begitu, Toyota Corolla Cross hanya hadir pada pertengahan tahun 2020 di mana kedua-dua model tersebut telah lama berada dalam pasaran. Mengikut unjuran pertumbuhan, jika Toyota Corolla Cross mampu mengekalkan momentum jualan, MG ZS masih sukar digugat pada tempat pertama secara keseluruhan.

Toyota Corolla Cross terjual lebih banyak berbanding Honda HR-V di Thailand. Petanda awal? 03

Sangat menarik untuk melihat sambutan yang begitu memberangsangkan pada model Toyota Corolla Cross ini. Toyota Corolla Cross juga dijangka akan hadir ke Malaysia tetapi bukan dalam masa yang terdekat.

Toyota Corolla Cross terjual lebih banyak berbanding Honda HR-V di Thailand. Petanda awal? 04

Toyota Corolla Cross sudah beberapa kali diintip ketika sesi pandu uji yang menandakan bahawa model ini dirancang untuk pasaran Malaysia. Status model ini juga berkemungkinan besar dipasang tempatan (CKD) bagi memberikan lebih nilai yang kompetitif, apatah lagi dengan kemunculan Proton X50 yang bakal mengegarkan keseluruhan segmen B.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda