window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Corolla Cross vs Honda HR-V gen 3 - model serba baru mana yang lebih baik?

Haris Ā· Mar 23, 2021 11:59 AM

Toyota Corolla Cross vs Honda HR-V gen 3 - model serba baru mana yang lebih baik? 01

Toyota Corolla Cross adalah taruhan terbaru Toyota ke dalam segmen SUV. Model ini telah diperkenalkan di beberapa negara termasuk Thailand, Taiwan, Brazil, Vietnam, Indonesia dan tidak lama lagi, Malaysia.

UMW Toyota akan melancarkan Toyota Corolla Cross pada 25-Mac 2021 ini. Selain itu, Corolla Cross juga akan diperkenalkan ke Jepun akhir tahun 2021, di mana ia akan bersaing dengan Honda Vezel generasi baharu (lebih dikenali sebagai Honda HR-V).

Toyota Corolla Cross vs Honda HR-V gen 3 - model serba baru mana yang lebih baik? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jika melihat kepada model Honda HR-V generasi kedua yang sedang dijual sekarang, Toyota Corolla Cross kelihatan sebagai sebuah model yang lebih baik.

Kami telah membandingkan Toyota Corolla Cross 2021 dengan Honda HR-V generasi kedua justeru mari kita lihat bagaimana pula perbandingannya dengan Honda HR-V generasi ketiga.

Honda HR-V generasi ketiga hanya akan dijual di Jepun bermula April 2021. Oleh yang demikian, hanya rekaan luaran sahaja yang dapat dibandingkan di mana kedua-duanya lebih sejajar.

Rekaan luar - Honda HR-V tampil lebih bergaya

Toyota Corolla Cross vs Honda HR-V gen 3 - model serba baru mana yang lebih baik? 01

foto Honda HR-V oleh Car Watch

Toyota Corolla Cross yang kelihatan lebih utilitarian manakala Honda HR-V kelihatan lebih mewah. Kedua-dua kereta ini mempunyai gril hadapan berbentuk trapezoid, tetapi Honda HR-V nampak lebih menonjol terutamanya pada varian e: HEV ini.

Toyota Corolla Cross vs Honda HR-V gen 3 - model serba baru mana yang lebih baik? 02

foto Honda HR-V oleh Car Watch

Malah, rupa mewah Honda HR-V dapat dilihat pada bahagian sisi dan belakang. Hal ini merupakan suatu perbezaan ketara dari pendekatan reka bentuk Corolla Cross yang lebih 'berotot'.

Honda HR-V  juga menggunakan warna dua tona dan masih mengekalkan pembuka pintu belakang tersembunyi untuk memberikan penampilan seperti seperti sebuah coupe.

Toyota Corolla Cross vs Honda HR-V gen 3 - model serba baru mana yang lebih baik? 03

foto Honda HR-V oleh Car Watch

Pada bahagian belakang, Honda HR-V mengenakan rekaan yang lebih moden dengan jalur LED yang bersepadu dengan lampu belakang. Sementara itu, rekaan belakang Toyota Corolla Cross lebih 'selamat' dengan pendekatan yang jauh berbeza daripada HR-V, termasuklah posisi nombor plat yang lebih tinggi. 

Toyota Corolla Cross vs Honda HR-V gen 3 - model serba baru mana yang lebih baik? 04

foto Honda HR-V oleh Car Watch

Rekaan dalaman - rekaan biasa Honda / Toyota

Toyota Corolla Cross vs Honda HR-V gen 3 - model serba baru mana yang lebih baik? 05

foto Honda HR-V oleh Car Watch

Melangkah masuk ke dalam bahagian kabin, kedua-dua kereta akan menyambut anda dengan paparan skrin infortainment gaya terapung. Walaubagaimanapun, kabin HR-V memiliki sentuhan yang lebih menarik; corong penyaman udara menjadi tombol kawalan manakala rekaan jalur papan pemuka menjadi corong penyaman udara.

Toyota Corolla Cross vs Honda HR-V gen 3 - model serba baru mana yang lebih baik? 06

foto Honda HR-V oleh Car Watch

Model Toyota Corolla Cross pasaran Thailand menggunakan skrin infotainment 9 inci dengan sokongan Apple CarPlay. Seperti yang diberitahu sebelum ini, spesifikasi untuk Honda Vezel serba baharu (Honda HR-V) belum diumumkan.

Toyota Corolla Cross vs Honda HR-V gen 3 - model serba baru mana yang lebih baik? 07

foto Honda HR-V oleh Car Watch

Seperti model generasi kedua, Honda HR-V serba baharu juga menggunakan brek parkir elektrik (EPB) - ciri yang tidak ada pada Toyota Corolla Cross yang menggunakan brek parkir kaki.

Baca: Handbrake vs Footbrake vs EPB – brek ‘parking’ mana paling bagus?

Toyota Corolla Cross vs Honda HR-V gen 3 - model serba baru mana yang lebih baik? 08

foto Honda HR-V oleh Car Watch

Warna dua tona pada bahagian dalam dikenakan pada kedua-dua model tetapi perincian dan kemasan pada Honda HR-V nampak lebih menarik. Belum dapat dipastikan sama ada pasaran Malaysia akan menerima warna sama seperti yang tertera.

Toyota Corolla Cross vs Honda HR-V gen 3 - model serba baru mana yang lebih baik? 09

foto Honda HR-V oleh Car Watch

Prakikaliti - Honda dan praktikaliti berpisah tiada

Toyota Corolla Cross vs Honda HR-V gen 3 - model serba baru mana yang lebih baik? 10

foto Honda HR-V oleh Car Watch

Di atas kertas, Toyota Corolla Cross tanpa tayar simpanan menawarkan sejumlah ruang but yang besar pada 487 liter - lebih banyak daripada 437 liter Honda HR-V generasi kedua sekarang. Kapasiti but belakang Honda HR-V serba baru belum diumumkan.

Toyota Corolla Cross vs Honda HR-V gen 3 - model serba baru mana yang lebih baik? 11

foto Honda HR-V oleh Car Watch

Walaubagaimanapun, pelindung lingkungan roda pula nampak begitu cembung manakala kerusi yang dilipat tidak rata. Aspek ini mengurangkan lagi praktikaliti Toyota Corolla Cross walaupun menerima kapasiti bonet belakang yang besar.

Kesimpulan - tunggu Honda HR-V baharu? 

Toyota Corolla Cross vs Honda HR-V gen 3 - model serba baru mana yang lebih baik? 12

foto Honda HR-V oleh Car Watch

Walaupun spesifikasi sebenar Honda HR-V serba baru akan diumumkan bulan April depan, foto-foto ini merupakan petanda awal bahawa model ini mampu kekal sebagai juara segmen, memandangkan praktikaliti, reka bentuk dan sekiranya ditawarkan dengan ciri-ciri kelengkapan yang kompetitif.

Toyota Corolla Cross vs Honda HR-V gen 3 - model serba baru mana yang lebih baik? 13

Namun Honda HR-V serba baru tidak akan diperkenalkan di Malaysia secepat mungkin. Sekurang-kurangnya sehinggalah pertengahan tahun 2022 (anggaran kami).

Sementara itu, pasaran SUV sederhana ini sudah tentulah akan dikuasai oleh Toyota Corolla Cross malah kelengkapan yang ditawarkan sudah cukup untuk menewaskan Honda HR-V generasi ketiga sekarang.

Toyota Corolla Cross vs Honda HR-V gen 3 - model serba baru mana yang lebih baik? 14

Ditambah dengan nama Corolla tersebut, kualiti dan kebolehpercayaan adalah sesuatu yang menjadi jaminan manakala kita semua tahu bagaimana kualiti binaan dan khidmat selepas jualan Honda semenjak akhir-akhir ini.

Jadi kedua-duanya masih mempunyai reputasi yang tersendiri. Bagaimana pula dengan anda, reputasi siapakah yang lebih andal menurut anda?

Bacaan Lanjut:

Toyota Corolla Cross 2021 vs Honda HR-V – apa rahsia yang patut rakyat Malaysia tahu?

Toyota Corolla Cross 2021 rebiu media Thai - nampak besar dan luas tapi?

Toyota Corolla Cross 2021 kini dibuka untuk tempahan - 1.8L, TSS, harga bermula RM 120k!

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda