![Toyota Corolla Cross vs Honda HR-V vs Subaru XV - bonet mana boleh sumbat banyak barang? 01]()
UMW Toyota (UMWT) baru sahaja melancarkan Toyota Corolla Cross. Dengan harga RM 124,000 untuk varian 1.8 G dan RM 134,000 untuk varian 1.8 V, pasti ramai yang tertawan dengan nilai yang diberi oleh SUV ini.
Juga baca: Toyota Corolla Cross 2021 dilancarkan - 139 PS, 1.8L, TSS, harga bermula RM 124k!
![Toyota Corolla Cross vs Honda HR-V vs Subaru XV - bonet mana boleh sumbat banyak barang? 02]()
Sebelum ini, UMWT pernah melancarkan Toyota C-HR bagi mencantas kedudukan Honda HR-V di pasaran Malaysia. Namun begitu, saiznya yang lebih kecil dan harga yang lebih mahal menyebabkan ia kecundang dengan begitu mudah. Disebabkan itu, mereka berhasrat untuk tebus kekurangan tersebut melalui Toyota Corolla Cross.
Juga baca: Mampukah Toyota Corolla Cross 2021 CKD tebus kekurangan Toyota C-HR?
![Toyota Corolla Cross vs Honda HR-V vs Subaru XV - bonet mana boleh sumbat banyak barang? 01]()
Di Malaysia, pengguna sering mengutamakan keluasan bonet belakang. Cara kita gunakan kereta juga lebih kepada menyeluruh, terutama untuk perjalanan jauh ataupun memindah barang. Dengan tibanya Toyota Corolla Cross di pasaran Malaysia, apa kata kita bandingkan keluasan bonet belakang SUV ini dengan pesaing hangat seperti Honda HR-V dan juga Subaru XV.
![Toyota Corolla Cross vs Honda HR-V vs Subaru XV - bonet mana boleh sumbat banyak barang? 02]()
Dari segi dimensi, Toyota Corolla Cross lebih besar daripada Honda HR-V. Malah, saiznya lebih kurang sama dengan Subaru XV. Jadi, adakah dimensi kenderaan memainkan faktor terhadap keluasan bonet belakang?
Juga baca: Toyota Corolla Cross 2021 rebiu media Thai - nampak besar dan luas tapi?
![Toyota Corolla Cross vs Honda HR-V vs Subaru XV - bonet mana boleh sumbat banyak barang? 03]()
Bagi anda yang belum tahu, Toyota Corolla Cross menggunakan suspensi belakang jenis Torsion Beam. Walaupun lebih ringkas, ia membantu dalam memberikan ruang dan praktikaliti di belakang dengan lebih baik. Begitu juga dengan Honda HR-V.
![Toyota Corolla Cross vs Honda HR-V vs Subaru XV - bonet mana boleh sumbat banyak barang? 04]()
Menariknya, Subaru XV hadir dengan suspensi belakang jenis Double Wishbone. Suspensi ini lebih canggih tetapi ia memerlukan lebih ruang. Kesannya, bonet belakang pada Subaru XV hanya seluas 345 liter sahaja.
![Toyota Corolla Cross vs Honda HR-V vs Subaru XV - bonet mana boleh sumbat banyak barang? 05]()
Mengenai Honda HR-V, SUV ini terkenal dengan susunan kabin Honda yang luar biasa luas. Begitu juga di bahagian bonet belakang yang mana ia mempunyai kapasiti seluas 437 liter. Nampaknya, susunan suspensi belakang turut memainkan peranan yang besar terhadap keluasan bonet.
![Toyota Corolla Cross vs Honda HR-V vs Subaru XV - bonet mana boleh sumbat banyak barang? 06]()
Tetapi, Honda HR-V yang masih ada di pasaran Malaysia sekarang adalah produk yang dibangunkan pada tahun 2013. Toyota Corolla Cross pula baru sahaja dibangunkan tahun lepas. Perbezaan 7 tahun pasti memberikan hasil yang berbeza dari segi susunan komponen.
![Toyota Corolla Cross vs Honda HR-V vs Subaru XV - bonet mana boleh sumbat banyak barang? 07]()
Disebabkan itu, Honda HR-V tidak mampu melawan keluasan bonet Toyota Corolla Cross yang mana ia mempunyai kapasiti seluas 440 liter. Walaupun berbeza sebanyak 3 liter sahaja, bonet Corolla Cross tetap lebih besar.
![Toyota Corolla Cross vs Honda HR-V vs Subaru XV - bonet mana boleh sumbat banyak barang? 08]()
Apapun, kerusi belakang untuk ketiga-tiga SUV ini tetap boleh dilipat sepenuhnya untuk ruang bonet yang jauh lebih luas apabila tempat duduk belakang tidak digunakan.
![Toyota Corolla Cross vs Honda HR-V vs Subaru XV - bonet mana boleh sumbat banyak barang? 09]()
Jadi, diantara ketiga-tiga SUV ini, anda pilih yang lebih baru atau yang sudah 'legend'?
Juga baca: Rebiu ringkas: Toyota Corolla Cross 2021, jaga-jaga Honda HR-V dan Subaru XV!