window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Corolla GT AE86 ini nyaris kena ‘scrap’, terjual pada harga RM 270,000 di UK!

Zamil Syaheer · Jul 28, 2021 06:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Corolla GT 1987 dengan warna Wine Red ini bukanlah dalam keadaan terbaik, dengan bacaan odometer 148,000 km sejak baru oleh pemiliknya.

Toyota Corolla GT AE86 ini nyaris kena ‘scrap’, terjual pada harga RM 270,000 di UK! 01

Namun, ia berjaya memecahkan rekod AE86 termahal yang pernah dijual di UK apabila dijual dengan harga £ 46,250 (~ RM 270,000) di platform lelongan dalam talian Car & Classic.

Toyota Corolla GT AE86 ini nyaris kena ‘scrap’, terjual pada harga RM 270,000 di UK! 02

AE86 USDM yang terjual pada harga RM 169,000.

Ia juga merupakan AE86 paling mahal yang dijual di Hemisfera Barat kerana ia mengalahkan rekod sebelumnya di Amerika Syarikat yang dijual dengan harga USD 40,000 (~ RM 169,000) pada bulan Mac lalu.

Toyota Corolla GT AE86 ini nyaris kena ‘scrap’, terjual pada harga RM 270,000 di UK! 03

Ini bukanlah Trueno Black Limited yang dijual pada RM 276,000.

AE86 termahal yang pernah dijual setakat ini adalah sebuah Trueno Black Limited yang dijual di Jepun dengan harga JPY 7.15 juta (~ RM 276,000) pada bulan Februari.

Toyota Corolla GT AE86 ini nyaris kena ‘scrap’, terjual pada harga RM 270,000 di UK! 04

Peminat casual AE86 mungkin menyedari bahawa ini bukan model Sprinter Trueno dengan lampu ‘pop-up’ yang ikonik. Ini kerana model itu dijual secara eksklusif di Jepun, sementara pasaran antarabangsa kebanyakannya menerima model Corolla Levin.

Toyota Corolla GT AE86 ini nyaris kena ‘scrap’, terjual pada harga RM 270,000 di UK! 05

Enjin 4A-GE 16V masih lagi berbakti.

AE86 ini dibeli baru dengan harga £ 12,500 (~ RM 73,000) dari Hallens Toyota di Cambridge oleh pemilik wanita. Walaupun ia sudahpun berusia 34 tahun dengan jarak tempuh yang tinggi, ia nampak dalam keadaan yang baik.

Toyota Corolla GT AE86 ini nyaris kena ‘scrap’, terjual pada harga RM 270,000 di UK! 06

Disertakan juga buka rekod servis dan manual pemilik yang kelihatan baru.

Menariknya, hayat AE86 ini hampir dicabut pada tahun 2006 setelah cat asalnya dicalarkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab, sehinggakan syarikat insurans menganggapnya tidak berbaloi untuk diselamatkan.

Syukur pemilik asalnya membeli semula AE86 ini dari syarikat insurans tersebut untuk membaikinya.

Toyota Corolla GT AE86 ini nyaris kena ‘scrap’, terjual pada harga RM 270,000 di UK! 07

Pemilik yang tidak disebutkan namanya pada awalnya membeli AE86 ini sebagai hadiah kepada diri sendiri untuk menceriakan dirinya selepas putus cinta.

Namun, setelah mengalami kecederaan baru-baru ini, dia memutuskan untuk menjual kereta kerana agak sukar untuk memandu kereta tanpa ‘powersteering’.

Juga baca: Toyota Corolla KE70 adalah AE86 yang anda mampu miliki, serendah RM 10,000!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda