window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Corolla KE70 adalah AE86 yang anda mampu miliki, serendah RM 10,000!

Zamil Syaheer Ā· Jun 5, 2021 04:00 PM

Toyota Corolla KE70 adalah AE86 yang anda mampu miliki, serendah RM 10,000! 01

Nama Toyota Sprinter Trueno dan Corolla Levin berkod AE86 ini amat terkenal di kalangan peminat kereta mahupun orang biasa. Populariti model ini meletup di serata dunia dengan cerita siri animasi/manga Jepun, Initial D.

Toyota Corolla KE70 adalah AE86 yang anda mampu miliki, serendah RM 10,000! 02

Ia mengisahkan tentang remaja berusia 18 tahun, Takumi Fujiwara yang membantu ayahnya menjalankan perniagaan kedai tauhu dengan menghantar barangan setiap pagi ke sebuah hotel di Akina dengan menggunakan kereta Toyota Sprinter Trueno GT-APEX AE86 milik ayahnya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Corolla KE70 adalah AE86 yang anda mampu miliki, serendah RM 10,000! 01

Bagi mana yang tidak mengikuti Initial D, AE86 ini terkenal di kalangan peminat dan pelumba kereta kerana pengendaliannya yang lincah, stereng yang amat responsif, serta enjin 4A-GE 16V yang mengambil inspirasi dari enjin kereta lumba menjadikannya sempurna untuk lanskap perlumbaan.

Toyota Corolla KE70 adalah AE86 yang anda mampu miliki, serendah RM 10,000! 02

Zaman muda mudi Keiichi Tsuchiya. Imej oleh Automesse.

Selain itu, Keiichi Tsuchiya, yang lebih dikenali sebagai Drift King, menghasilkan satu siri video untuk mempopularkan satu budaya baru, iaitu melakukan aksi drift di ā€œtougeā€ dengan AE86.

Hasil daripada video ini, AE86 dan Keiichi Tsuchiya sendiri menjadi terkenal, serta melahirkan sukan drift secara rasmi di Jepun. Cuma yang kesiannya, lesen perlumbaan Tsuchiya telah digantung buat sementara waktu akibat aksi itu dikira sebagai lumba haram.

Toyota Corolla KE70 adalah AE86 yang anda mampu miliki, serendah RM 10,000! 03

Keiichi Tsuchiya dengan Toyota 86 baru serta AE86 milik beliau. Imej dari Tec-Arts.

Tapi sekarang, kalau nak beli Toyota AE86, anda memerlukan wang yang begitu banyak. Akibat tren orang membeli kereta Jepun dek kerana nostalgia serta terbukanya pasaran kereta Jepun bawah 25 tahun di Amerika Syarikat, harganya telah melonjak naik dengan begitu ketara.

Juga baca: Kenapa harga kereta berprestasi Jepun (JDM) 80an dan 90an tiba-tiba mahal?

Toyota Corolla KE70 adalah AE86 yang anda mampu miliki, serendah RM 10,000! 04

Harga dia...

Busuk-busuk anda kena anda RM 100,000 dalam tangan, TUNAI. Kereta lama, mana boleh ambil ā€˜loanā€™?

Jadi apakah alternatif yang lebih afdhal untuk bank akaun anda? Jawapannya ā€“ Toyota Corolla KE70!

Apa persamaan diantara Corolla KE70 dan AE86?

Toyota Corolla KE70 adalah AE86 yang anda mampu miliki, serendah RM 10,000! 05

Toyota Corolla generasi keempat - disini ada wagon, sedan, dan juga liftback.

Model generasi keempat yang dikeluarkan dari 1979 sehingga 1987 ini berpacuan roda belakang, baik dari jenis badan sedan, wagon, coupe, hardtop, dan liftback. Apabila model generasi kelima tiba, Toyota telah bertukar seru ke pacuan roda depan untuk semua jenis badan sehinggalah model generasi terkini.

Toyota Corolla KE70 adalah AE86 yang anda mampu miliki, serendah RM 10,000! 06

Toyota Corolla generasi kelima.

Adakah ini bermakna model pacuan roda belakang dalam keluarga Corolla ā€œmatiā€ dengan model generasi keempat. Tidak sama sekali!

Sebenarnya, model dari generasi kelima ada pacuan roda belakang, tapi khusus untuk model Toyota Sprinter Trueno dan Corolla Levin dengan kod AE85/AE86. Jadi apa kaitannya dengan Corolla KE70?

Toyota Corolla KE70 adalah AE86 yang anda mampu miliki, serendah RM 10,000! 07

AE86 berpacuan roda belakang dijual bersama barisan model Corolla generasi kelima lain dengan pacuan roda depan. Malah ada juga model 4WD!

Senang cerita, anda boleh katakan bahawa AE86 ini adalah evolusi terakhir model Corolla berpacuan roda belakang yang mengambil asas daripada model generasi keempat. Ini kerana panel lantai dan tapak suspensi depan serta belakang sama.

Toyota Corolla KE70 adalah AE86 yang anda mampu miliki, serendah RM 10,000! 08

Kiri: 4A-GE 20-injap (20V) "Black Top" dari AE111, Kanan: 4A-GE 20-injap "Silver Top" dari AE101 (tapi telah di cat warna hitam) dalam badan Toyota Corolla KE70.

Buktinya, sistem stereng, cross-member, gandar belakang, enjin, transmisi dan pelbagai barang lain boleh dipasang ke casis generasi keempat dengan sedikit atau tanpa sebarang modifikasi!

Menarik! Barang dan alat ganti susah dapat tak?

Toyota Corolla KE70 adalah AE86 yang anda mampu miliki, serendah RM 10,000! 09

Inilah Toyota Corolla KE70 milik saya 11 tahun lepas! Syahdu je tengok. Perhatikan stiker 'P' di cermin.

Saya sendiri pernah memiliki Toyota Corolla KE70 dengan enjin 4A-GE 20-injap (20V) ā€œSilver Topā€ dari AE101 dengan transmisi 5 kelajuan T50 serta gandar belakang dengan ā€˜limited slip differentialā€™ (LSD) daripada AE86 selama 5 tahun.

Toyota Corolla KE70 adalah AE86 yang anda mampu miliki, serendah RM 10,000! 10

Bukan itu sahaja, sistem brek serta suspensi depan dan belakang juga diambil dari kereta berlegenda itu. Ini belum lagi masuk barangan modifikasi yang saya sudah tukar atau tambah ā€“ semestinya daripada model AE86.

Toyota Corolla KE70 adalah AE86 yang anda mampu miliki, serendah RM 10,000! 11

Salah satu lubuk terkenal untuk mencari barang AE86 di Kajang, suatu ketika dulu. Imej oleh AJ Kent.

Masa zaman muda mudi dulu, saya rajin mencari barang dari AE86 sama ada baru ataupun daripada kedai potong. Harganya berbeza-beza, bergantung juga kepada apa yang anda cari. Kerana kedua model ini sudahpun berumur lebih 30 tahun, sesetengah barang mungkin mahal atau/dan sukar dicari.

Toyota Corolla KE70 adalah AE86 yang anda mampu miliki, serendah RM 10,000! 12

Banyak barang baru boleh dibeli, macam dekat Shopee.

Namun begitu, sokongan barangan dan reproduksi semula di serata dunia begitu untuk kedua-dua model ini begitu kuat, ditambah pula dengan ramai yang boleh buat barang ā€˜customā€™ menggunakan teknologi semasa seperti 3D dan CNC aluminium, maka ianya bukan lah satu masalah.

Anda tulis saja ā€œKE70ā€ di laman web Shopee dan Lazada, bersepah barang dekat situ.

Toyota Corolla KE70 adalah AE86 yang anda mampu miliki, serendah RM 10,000! 13

Penjagaan untuk model ini juga amat mudah, kerana tidak banyak sensor atau alat elektronik seperti kereta moden. Jadi anda akan cenderung untuk melakukan pembaikan secara ā€˜DIYā€™ daripada menghantar kereta ke bengkel.

Secara tak langsung, anda dapat belajar skil baru, dan juga lebih mengetahui selok belok kereta kesayangan anda dengan lebih lanjut.

Pilihan enjin apa yang bagi KE70 rasa macam AE86?

Toyota Corolla KE70 adalah AE86 yang anda mampu miliki, serendah RM 10,000! 14

Kiri: 4A-GE 16-injap (16V), Kanan: 4A-GE 20-injap (20V).

Kalau bab enjin, semestinya anda inginkan pilihan enjin 1.6 liter 4 silinder aspirasi natural 4A-GE dari siri 16-injap (16V112~130 PS, bergantung kepada generasi) mahupun 20-injap (20V, 157~162 PS, bergantung kepada generasi) (yang dihasilkan oleh Toyota itu sendiri, baru rasa macam AE86.

Toyota Corolla KE70 adalah AE86 yang anda mampu miliki, serendah RM 10,000! 15

Enjin 2.0 liter 3S-GE daripada Toyota Altezza dengan 210 PS dan 216 Nm tork! Imej dari Motorhood.

Semestinya ada sahaja pilihan lain yang lagi berkuasa seperti enjin 2.0 liter 4 silinder aspirasi natural 3S-GE dari keluarga Toyota ataupun dari jenama lain seperi enjin 2.0 liter 4 silinder SR20DE/SR20DET daripada Nissan, tetapi ini menyukarkan tujuan pemasangan serta bab ā€˜endorseā€™.

Juga baca: Nak tukar enjin secara halal? Ini prosedur mengikut Puspakom dan JPJ!

Toyota Corolla KE70 adalah AE86 yang anda mampu miliki, serendah RM 10,000! 16

Enjin 2.0 liter SR20DET dari Nissan Silvia S14 yang menghasilkan 220 PS dan 274 Nm tork. Turbo bossku! Imej dari Speedhunters.

Ini kerana kebanyakkan model Corolla generasi keempat yang dijual di Malaysia menggunakan enjin 1.3 liter 4 silinder 4K-U, jadi paling tinggi enjin yang boleh lepas adalah 1.6 liter. mengikut seseran asal.

Toyota Corolla KE70 adalah AE86 yang anda mampu miliki, serendah RM 10,000! 17

Enjin 1.6 liter 2T-GEU pada badan Corolla TE71.

Lainlah kalau anda boleh cari model varian atas import seperti AE70 (asal 1.5 liter) ataupun pun TE71 (asal 1.6 liter), maka bab ā€˜endorseā€™ JPJ dengan enjin seseran lagi besar senang saja.

Tambahan pula, enjin 4A-GE 16V/20V ini amat lasak dan boleh ditala untuk menaikkan kuasa serta tork. Sepanjang pemilikan saya, minyak dan penjagaannya agak murah.

Toyota Corolla KE70 adalah AE86 yang anda mampu miliki, serendah RM 10,000! 18

Kami ada rencana yang mendalam tentang enjin 4A-GE itu sendiri tempoh hari, anda hanya perlu klik disini untuk mengetahui apa yang begitu hebat tentang enjin berlegenda ini.

Cantik dah ni. Bagaimana pula dengan pengalaman pemanduan KE70?

Toyota Corolla KE70 adalah AE86 yang anda mampu miliki, serendah RM 10,000! 19

Toyota Corolla KE70 milik saya pada tahun 2011, sudah melalui beberapa fasa naik taraf selepas setahun memilikinya. Imej oleh Fydography.

Sebelum saya mulakan, perlu saya katakan bahawa saya pernah memandu dan melenjan kedua-dua KE70 dan AE86, jadi apa yang saya ceritakan ini bukan hanya sembang kosong, tetapi berdasarkan pengalaman.

Toyota Corolla KE70 adalah AE86 yang anda mampu miliki, serendah RM 10,000! 20

Toyota Sprinter Trueno AE86 yang saya pernah miliki pada tahun 2015. Imej oleh Fydography.

Pertama sekali, kita perlu cerita tentang berat kedua kereta ini. Kedua-dua KE70 dan AE86 ini mempunyai berat bawah 1,000 kg daripada kilang. Dengan resipi enjin 4A-GE itu tadi, maka kedua-dua kereta ini mempunyai respon stereng yang begitu tangkas dan laju.

Ini juga kerana kedua-dua model ini tiada stereng berkuasa. Walaupun AE86 ada ciri stereng berkuasa opsyenal ketika ditawarkan, tetapi ia terasa amat kosong dan lembab. Jadi saya syorkan anda untuk tidak memasang stereng berkuasa.

Toyota Corolla KE70 adalah AE86 yang anda mampu miliki, serendah RM 10,000! 21

Semestinya AE86 terasa lebih stabil dan responsif ketika dipandu kerana casisnya sedikit keras dan ia mempunyai jarak roda yang lebih panjang.

Untuk pemanduan harian pula, kedua-dua kereta ini terasa amat hidup dan memberikan pengalaman yang cukup ā€˜pureā€™ kerana tiada bantuan pemanduan langsung, jadi anda perlu 100% komited dalam mengawal kereta. Memang perasaannya amat stim.

Toyota Corolla KE70 adalah AE86 yang anda mampu miliki, serendah RM 10,000! 22

Buntut mana satukah pilihan anda? Imej oleh Fydography.

Jika anda ingin menggunakan Corolla KE70 untuk tujuan sukan permotoran, saya amat mengesyorkannya kerana anda dapat belajar teknik asas pemanduan sehinggalah ke tahap yang tinggi.

Toyota Corolla KE70 adalah AE86 yang anda mampu miliki, serendah RM 10,000! 23

Tahun 2014, Corolla KE70 milik saya sudah menggunakan enjin 4A-GE dengan penambahan turbo.

Karier saya sebagai Advanced Driving Instructor, Stunt Driver dan juga Professional Drifter bermula disebabkan oleh kereta ini, termasuklah banyak lagi pemandu di luar seluruh dunia, jadi jangan pandang remeh dengan KE70. Trofi pun saya pernah dapat okay!

Juga baca: 5 teknik sekolah pemanduan defensif yang anda boleh guna setiap hari

Bagaimana yang ingin memandunya santai dan bukan untuk tujuan sukan permotoran pula, jangan risau, ianya amat sedap untuk dipandu dan memberikan perasaan ā€œin-controlā€ sepenuh masa.

Toyota Corolla KE70 adalah AE86 yang anda mampu miliki, serendah RM 10,000! 24

Elizabeth Tan pun pernah naik kereta saya okay! Siap "drift" lagi. 

Sebelum mengubahsuai KE70 milik saya dulu untuk tujuan drift, saya memandu kereta ini ke kolej setiap hari, siap dapat keluar ā€˜datingā€™ dengan beberapa gadis. Siapa kata anda perlu lambang H atau Mercedes-Benz?

Uish, nak beli satu lah! Berapa harganya sekarang?

Toyota Corolla KE70 adalah AE86 yang anda mampu miliki, serendah RM 10,000! 25

Iklan di Facebook dan juga Mudah. Banyak pilihan...

Rata-rata Toyota Corolla KE70 dengan enjin 4A-GE dijual sekitar RM 8,000 untuk unit yang memerlukan kasih sayang hinggalah RM 25,000 untuk yang dah bikin dengan begitu cantik. Bawah RM 10,000 ada, tetapi agak jarang diiklankan dan selalunya memerlukan beberapa 'touch-up'.

Toyota Corolla KE70 adalah AE86 yang anda mampu miliki, serendah RM 10,000! 26

Dibaik pulih serta naik taraf, atau reban tapi masih lagi bergaya? Imej oleh Midnight Mechanics.

Bagi unit yang berharga RM 15,000 keatas, ianya kendengaran agak mahal untuk sebuah kereta lama, tetapi percayalah bahawa anda selalunya hanya perlu ā€˜cuci tanganā€™ dan pandu sahaja tanpa perlu membuat apa-apa.

Toyota Corolla KE70 adalah AE86 yang anda mampu miliki, serendah RM 10,000! 27

Harga yang keras, tapi spesifikasi dan ada banyak jajan...sanggup?

Terdapat juga model generasi keempat dengan stail badan lain yang dijual menggunakan trenkuasa AE86 atau 4A-GE dari model pacuan roda depan seperti coupe, hardtop, serta liftback.

Toyota Corolla KE70 adalah AE86 yang anda mampu miliki, serendah RM 10,000! 28

Mana satukah piihan anda? Imej oleh Retro JDM.

Tetapi alat ganti untuk tiga jenis badan ini sedikit sukar untuk dicari kerana ianya tidak dijual secara meluas di Malaysia pada masa itu. ā€˜Demandā€™ kurang ā€“ ā€˜supplyā€™ pun tak banyak.

Jika anda inginkan Corolla generasi keempat yang lebih praktikal, kami syorkan varian wagon. Tetapi berbanding model sedan, tak banyak model wagon dengan ā€˜engine swapā€™ 4A-GE dijual.

Lagi satu, saya tidak mengesyorkan anda untuk membeli Corolla KE70 standard dan membeli ā€˜halfcutā€™ AE86 ataupun AE92/AE101/AE111 secara asing kerana ia memakan banyak wang, masa, dan anda akan berbelanja lebih daripada kos kereta.

Kesimpulan - "old school never dies"!

Toyota Corolla KE70 adalah AE86 yang anda mampu miliki, serendah RM 10,000! 29

Disebalik topi keledar itu, terdapat satu senyuman yang lebar. Imej oleh Fydography. 

Pengalaman memandu Toyota Sprinter Trueno/Corolla Levin AE86 memang mengasyikkan. Saya bertuah kerana diberi peluang untuk memandu beberapa jenis AE86 milik rakan-rakan serta memiliki model berlegenda ini sebelum harganya mencanak tak masuk akal.

Toyota Corolla KE70 adalah AE86 yang anda mampu miliki, serendah RM 10,000! 30

Adik dan abang? Atau saudara bersama?

Kerana tanpa AE86, saya takkan berkecimpung dalam sukan drift itu sendiri. Model Corolla KE70 itu membuka peluang kepada saya untuk menaik taraf skill saya dalam pemanduan dan bertemu pelbagai jenis orang yang sama minat.

Toyota Corolla KE70 adalah AE86 yang anda mampu miliki, serendah RM 10,000! 31

Iklan oleh UMW Toyota pada masa itu. Stailo!

Selain itu, saya juga dapat belajar pelbagai jenis skil dan teknik pembaikan secara DIY melalui Corolla KE70 ini. Seperti saya katakan, ia sebuah kereta yang amat asas tanpa sebarang bantuan pemanduan dan juga tanpa banyak sensor elektronik. ā€œBack to basicā€ dan ā€œpure raw experienceā€ adalah ayat yang sesuai untuk kereta ini.

Juga baca: Toyota Corolla KE70 dan AE90 ini masih dijaga dengan baik, diselenggara oleh pengedar Toyota

Toyota Corolla KE70 adalah AE86 yang anda mampu miliki, serendah RM 10,000! 32

Versi hardtop, idaman saya sejak dari dulu lagi. Imej oleh Speedhunters.

Sekiranya saya ingin memiliki semula Corolla generasi keempat, saya ingin mencari model hardtop yang teramatlah seksi bagi saya.

Rupa petak klasik 80an dengan rim ā€˜olskoolā€™ lebar, ditambah pula deruman enjin 4A-GE 20V atau 3S-GE aspirasi natural memang memberikan perasaan syok yang tidak terhingga. Apa pendapat anda tentang Corolla KE70?

 

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda