window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Corolla KE70 dan AE90 ini masih dijaga dengan baik, diselenggara oleh pengedar Toyota

Mersita · Apr 24, 2021 06:00 PM

Toyota Corolla KE70 dan AE90 ini masih dijaga dengan baik, diselenggara oleh pengedar Toyota 01

Laser Motor iaitu pengedar sah Toyota yang terletak di Seksyen 19 Petaling Jaya mempunyai reputasi yang cukup baik, dikenali ramai dan dipercayai kebanyakan penduduk sekitarnya.

Toyota Corolla KE70 dan AE90 ini masih dijaga dengan baik, diselenggara oleh pengedar Toyota 02

Atas sebab-sebab yang pelbagai, pengedar Toyota ini menerima sejumlah kereta Toyota lama yang agak banyak, dihantar ke sana bagi kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan walaupun ada antaranya sudah habis waranti berdekad lamanya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Corolla KE70 dan AE90 ini masih dijaga dengan baik, diselenggara oleh pengedar Toyota 01

Corolla Altis berusia hampir 15 tahun, di sebelahnya kereta-kereta Toyota Gazoo Racing Vios Challenge sedang disiapkan untuk perlumbaan seterusnya.

Suasana ini adalah sesuatu yang sedangkan staf di ibu pejabat UMW Toyota Motor pun susah untuk jelaskan.

Barangkali ia adalah kombinasi antara lokasi yang strategik, harga berpatutan, serta jumlah warga pencen yang ramai tinggal di kawasan berkenaan. Mungkin mereka lebih suka menyimpan Toyota lama tapi tahan lasak milik mereka daripada membeli kereta baharu.

Toyota Corolla KE70 dan AE90 ini masih dijaga dengan baik, diselenggara oleh pengedar Toyota 02

Laman Facebook Toyota Laser Motor Seksyen 19 baru-baru ini memuatnaik gambar dua buah Toyota Corolla klasik yang dihantar kepada mereka untuk penyelenggaraan berkala – sebuah model KE70 dan sebuah lagi model AE90.

Toyota Corolla KE70 dan AE90 ini masih dijaga dengan baik, diselenggara oleh pengedar Toyota 03

Apa yang lebih mengagumkan ialah kedua-dua kereta ini bukannya kereta klasik ‘restored’ yang dilindungi di bawah penutup plastik, namun ia adalah kereta contoh yang masih dipandu dengan kerap seperti biasa oleh pemilik masing-masing.

Toyota Corolla KE70 dan AE90 ini masih dijaga dengan baik, diselenggara oleh pengedar Toyota 04

AE90 Corolla 1988 yang dilihat di sini dimiliki oleh seorang wanita bernama Christine; yang juga memiliki dua buah Corolla yang lain iaitu model 1982 dan 1985 – kedua-duanya buat masa ini digunakan oleh adiknya.

AE90 milik Christine diservis di pusat servis Toyota yang sah sejak ia baru dibeli dan beliau telahpun menggunakan khidmat Laser Motor PJ sejak 14 tahun lalu.

Toyota Corolla KE70 dan AE90 ini masih dijaga dengan baik, diselenggara oleh pengedar Toyota 05

Berapakah usia Camry di sebelah KE70? 20 tahun, mungkin?

Dua buah lagi kereta Corolla miliknya juga diselenggara oleh Laser Motor. Christine menegaskan bahawa hanya alat ganti asli Toyota sahaja yang digunakan dalam penjagaan keretanya dan beliau hanya mempercayai pusat servis Toyota yang sah bagi kerja-kerja penyelenggaraan kereta tersebut.

KE70 Corolla milik Ong pula dibeli pada tahun 1980 oleh mendiang kakaknya. Sepanjang hayat KE70 berkenaan, ia diselenggara oleh pusat servis Toyota yang sah sahaja.

Toyota Corolla KE70 dan AE90 ini masih dijaga dengan baik, diselenggara oleh pengedar Toyota 06

Apabila ditanya mengapa beliau terus menyelenggara Corolla miliknya yang berusia 41 tahun itu dengan Laser Motor, Ong menjawab ini adalah kerana beliau lebih suka pengilang kereta itu sendiri (Toyota) untuk menjaga kereta kesayangannya, mengikut standard kilang yang telah ditetapkan.

Beliau juga sukakan ketenangan hati yang datang daripada penggunaan alat ganti Toyota asli sahaja bagi keretanya. Lokasi pusat servis ini yang mudah untuk dikunjungi juga memudahkan urusannya.

Toyota Corolla KE70 dan AE90 ini masih dijaga dengan baik, diselenggara oleh pengedar Toyota 07

Lebih menarik, kedua-dua Corolla ini belum pernah buat hal, selain daripada penyelenggaraan biasa bagi menggantikan bahagian ‘wear-and-tear’.

Mungkin ada yang menganggap entri kali ini bertujuan untuk meningkatkan publisiti secara terancang oleh pengedar ini, namun ini adalah gambar AE90 Corolla milik Christine yang diambil pada Febuari 2019 lagi.

Toyota Corolla KE70 dan AE90 ini masih dijaga dengan baik, diselenggara oleh pengedar Toyota 08

Jika difikirkan iklan stereotipikal berbunyi “tak pernah kemalangan, pemilik perempuan, rekod servis penuh”, inilah salah satu contoh yang sebenar.

Toyota Corolla KE70 dan AE90 ini masih dijaga dengan baik, diselenggara oleh pengedar Toyota 09

Pada awal tahun ini, Laser Motor juga ada menyelenggara sebuah Toyota Hiace dengan bacaan 1 juta kilometer pada odometernya – membuktikan yang pengendali perniagaan serta kereta syarikat juga mempercayai Laser Motor bagi punca keuntungan mereka.

Toyota Corolla KE70 dan AE90 ini masih dijaga dengan baik, diselenggara oleh pengedar Toyota 10

Baca juga: Nak kereta anda tahan lasak sampai sejuta batu? Ambil nasihat daripada lelaki yang capai 3.2 juta batu

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Toyota Corolla Altis 1.8E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda