Kat bumi tercinta ini, ada macam-macam jenis peminat kereta. Untuk setiap supercar (bukan Perodua Myvi) yang kita pujakan, mesti ada beberapa kereta biasa dari era dulu yang kita amat suka, seperti Toyota Corolla klasik ini, atau lebih dikenali sebagai KE70 di Malaysia.
Tapi model yang ini bukan KE70 ya, walaupun ia versi sedan empat pintu. Eh, kenapa pula?
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Kalau anda tidak tahu, akronim KE70 itu merupakan indikasi jenis enjin yang digunakan, serta jenis badan kereta itu. Senang cerita: KE70 (1,300 cc), AE70 (1,500 cc), TE70 (1,800cc ), dan TE71 (1,600 cc).
Ini adalah varian GT yang dikira ‘holy grail’, dikuasakan oleh enjin 1.6 liter, 2T-GEU yang menghasilkan 115 PS dan 142 Nm, menghantar kuasa ke roda belakang melalui transmisi manual 5 kelajuan.
KE70 yang lebih kita kenali hadir dengan enjin 4K-U yang mempunyai kuasa puncak 72 PS dan tork 105 Nm.
Ini membongkar teori yang tidak sejajar bahawa setiap Corolla 4-pintu zaman 1980an adalah KE70, dan setiap Corolla coupé pada era itu adalah siri TE- atau AE. Perbezaannya terletak pada kedua-dua jenis enjin dan gaya badan.
Ketepikan bab teknikal buat seketika. Model berpetak yang cantik ini kami temui di JDM Auction Watch, Ireland. Kondisi dia terbaik habis!
Kemek takde, cat pun elok, interior takde koyak, dah macam kondisi baru untuk sebuah kereta berumur 40 tahun. Pelelong mengatakan bahawa ia hanya berjalan sejauh 51,000 kilometer sejak baru.
Harga permintaan kereta ini adalah EUR 23,500 - kira-kira RM 119,000. Tambah RM 5,000, anda boleh dapat Toyota Corolla Altis 2021 serba baru di Malaysia. Fuh.
Juga baca: Rebiu: Toyota Corolla Altis 1.8G 2020 – Tak selaju Civic, tapi lagi selesa!
Apa pendapat anda? Baloi tak nak bayar harga sebegini untuk sebuah kereta sedan klasik berprestasi?
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });