window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Crown Kluger adalah SUV Toyota lebih mewah dari Harrier yang kita tak akan dapat!

Haris · Apr 20, 2021 02:00 PM

Toyota Crown Kluger adalah SUV Toyota lebih mewah dari Harrier yang kita tak akan dapat! 01

Tanda nama Crown telah digunakan pada model paling mewah Toyota, lebih dikenali sebagai sebuah sedan. Namun di China, Toyota Crown Kluger telah dipertontonkan pada pameran Shanghai Auto 2021.

Toyota Crown Kluger adalah SUV Toyota lebih mewah dari Harrier yang kita tak akan dapat! 02

Model ini menjadi SUV Toyota paling mewah untuk pasaran China, dijual bersama-sama dengan Toyota Highlander.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Struktur pengedaran Toyota di China dibahagikan kepada dua. Jenama automotif tempatan China iaitu FAW dan GAC menjadi rakan kongsi kepada Toyota. Hal ini juga bermakna, Toyota-Faw menjual Toyota Highlander manakala Toyota-GAC akan menjual Toyota Crown Kluger.

Toyota Crown Kluger adalah SUV Toyota lebih mewah dari Harrier yang kita tak akan dapat! 01

Toyota Crown Kluger adalah SUV Toyota lebih mewah dari Harrier yang kita tak akan dapat! 02

Bumper depan dan gril dengan lambang Crown membezakan kedua-duanya dari segi luaran tetapi sebahagian besar kedua-dua model ini adalah sama. Kedua-duanya menggunakan platform TNGA-K, yang juga dikongsi dengan Toyota Harrier, RAV4, dan Camry.

Toyota Crown Kluger adalah SUV Toyota lebih mewah dari Harrier yang kita tak akan dapat! 03

Toyota Crown Kluger adalah SUV Toyota lebih mewah dari Harrier yang kita tak akan dapat! 04

Dari segi dimensi, Toyota Crown Kluger lebih panjang disebabkan oleh rekaan bumper. Selain dari itu, ia juga turut berkongsi dimensi dengan Toyota Highlander.

Dimensi
Model Toyota Highlander Toyota Crown Kluger
Panjang 4,965 mm 5,015 mm
Lebar 1,930 mm
Tinggi 1,750 mm
Jarak Roda 2,850 mm

Toyota Crown Kluger adalah SUV Toyota lebih mewah dari Harrier yang kita tak akan dapat! 05

Toyota Crown Kluger adalah SUV Toyota lebih mewah dari Harrier yang kita tak akan dapat! 06

Kedua-duanya dilengkapi dengan sistem hibrid 2.5 liter dan sistem E-Four, yang merupakan sistem AWD Toyota untuk hibrid. Tujahan kuasa masih belum diumumkan tetapi jika merujuk kepada spesifikasi Highlander di Amerika dan Eropah, kuasa enjin adalah 190 PS / 239 Nm sahaja, sementara jumlah output dengan motor elektrik adalah 248 PS.

Toyota Crown Kluger adalah SUV Toyota lebih mewah dari Harrier yang kita tak akan dapat! 07

Toyota Crown Kluger adalah SUV Toyota lebih mewah dari Harrier yang kita tak akan dapat! 08

Bagi bahagian dalaman pula, kedua-duanya tampak sama, dengan perbezaan utama adalah logo Crown pada bahagian stereng dan skema warna  Toyota Crown Kluger.

Toyota Crown Kluger adalah SUV Toyota lebih mewah dari Harrier yang kita tak akan dapat! 09

Toyota Highlander dan Toyota Crown Kluger generasi keempat dijangka akan dijual pada pertengahan tahun 2021 di China. Toyota Crown Kluger adalah unik untuk pasaran China kerana tiada pengumuman untuk penjualan SUV ini di pasaran lain yang diumumkan.

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda