window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Crown Vellfire dah macam "hotel bergerak", Vellfire paling mewah dari RM 549k hanya di China!

Haris Β· Sep 21, 2022 02:00 PM

Toyota Crown Vellfire dah macam

Toyota Crown Vellfire mungkin sekali varian Toyota Vellfire paling mewah yang ada di dunia. Dijual oleh syarikat usaha sama FAW-Toyota, Toyota Crown Vellfire merupakan model Vellfire yang ditambah lencana Crown bagi memenuhi permintaan pasaran mewah di sana.

Untuk pengetahuan anda, model kembar Toyota Alphard pula diedarkan oleh GAC-Toyota untuk pasaran itu.

Toyota Crown Vellfire dah macam

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berbalik kepada Toyota Crown Vellfire, MPV premium ini pada asasnya Toyota Vellfire dengan sedikit perincian kelas atasan. Apa yang menariknya, ia menggunakan lambang Crown di hadapan tetapi masih mengekalkan lambang Toyota di belakang. Model ini menyertai barisan "Toyota Crown" di China seperti Toyota Crown Kluger - berplatform TNGA-K yang dikongsi dengan Toyota HarrierRAV4, dan Camry.

Toyota Crown Vellfire dah macam

Sebagai pasaran dengan penduduk ramai mencecah bilion, Toyota Crown Vellfire mensasarkan harga dari RM 500k sehingga RM 1 juta, memenuhi julat harga tersebut sebelum tiba ke MPV ultra-mewah iaitu Lexus LM berharga RM 1.4 juta. Berikut adalah harga dan varian yang ditawarkan:

  • 2.5L HV Deluxe Edition - Yuan 847,000 (RM 549,118)
  • 2.5L HV Premium Edition - Yuan 898,000 (RM 582182)
  • 2.5L HV Extreme Edition - Yuan 928,000 (RM 601,631)

Toyota Crown Vellfire dah macam

Sebagai tambahan, ia turut menawarkan kit edisi khas Jinyao yang baharu. Kit badan ini menambah perincian krom hitam dalam penampilannya, termasuk tepi hadapan penutup enjin dan kawasan lampu kabus, dan lain-lain.

Toyota Crown Vellfire dah macam

Selain itu, hiasan emas ditambah pada lampu depan kereta baharu untuk meningkatkan rasa mewah. Bahagian belakang kereta turut dihiasi dengan krom hitam seperti hadapan. Perlu diingatkan juga bahawa MPV ini turut dilengkapi dengan kunci emas bagi menambahkan rasa eksklusif.

Toyota Crown Vellfire dah macam

Toyota Crown Vellfire dah macam

Dari segi dalaman, MPV baharu itu tidak banyak berubah, mengekalkan gaya rekaan kabin klasik dalam keluarga Toyota. Tempat duduk baris kedua menyediakan pelbagai fungsi pelarasan elektrik, membawa pengalaman keselesaan yang baik.

Toyota Crown Vellfire dah macam

Toyota Crown Vellfire dah macam

Di samping itu, kit edisi khas Jinyao menambah lampu alu-aluan eksklusif, aromaterapi, sandaran kepala bersulam tiga dimensi, dan alas kaki eksklusif Crown.

Baca: Toyota Crown Kluger adalah SUV Toyota lebih mewah dari Harrier yang kita tak akan dapat!

Toyota Crown Vellfire dah macam

Dari segi kuasa, Toyota Crown Vellfire dilengkapi sistem hibrid yang terdiri daripada enjin 2.5L dan motor elektik. Enjin 2.5L menghamburkan kuasa maksimum 117 PS kuasa kuda, tork maksimum 198 Nm, dan kuasa sistem komprehensif 163 PS kuasa kuda. Sistem penghantaran dipadankan dengan transmisi automatik E-CVT.

Toyota Crown Vellfire dah macam

Lambang Crown sudah lama menjadi lambang kemewahan paling tinggi di kebanyakan pasaran besar seperti China dan Amerika Syarikat namun bagi tanah tumpah minyak Toyota iaitu Jepun, ia kedua teratas. Jepun masih lagi menggunakan Toyota Century sebagai model apex di dalam barisan model Toyota. Kredit: Autohome

Baca: Pengalaman merasai kemewahan sebenar dalam salah satu daripada beberapa unit Toyota Century di Malaysia

@wapcar_zamil Rasa macam banglo bergerak! 🀯 #tahukahanda #carmalaysia #fypmalaysia #learnontiktok #belajaronline #kelastiktok #malaysia #toyotacentury #vip #toyota ♬ Despair (ζŠ–ιŸ³ηƒ­ζ’­) - 初撦

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Vellfire 2.5

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda