window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota dan pikap 'tapau' kajian kereta paling tahan lama; peneraju carta ada 49% peluang untuk cecah 400k km!

Faisal · May 21, 2023 02:00 PM

Toyota dan pikap 'tapau' kajian kereta paling tahan lama; peneraju carta ada 49% peluang untuk cecah 400k km! 01

Menurut satu kajian industri yang dikeluarkan dari iSeeCars.com, sekiranya anda mahu membeli kereta yang tahan lama, jawapannya ialah Toyota ataupun trak pikap buatan Amerika.

Sekarang dalam tahun ke-10, kajian ‘Longest Lasting Cars’ tahunan mereka telah menganalisa lebih 260 juta kereta yang dijual dari 2012 hingga 2022 bagi menentukan kereta mana yang masih dapat bertahan baik walaupun telah mencatatkan perbatuan yang tinggi.

Toyota dan pikap 'tapau' kajian kereta paling tahan lama; peneraju carta ada 49% peluang untuk cecah 400k km! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk makluman anda, kajian ini mendapati bahawa trak pikap betul-betul mendominasi kedudukan untuk kereta paling tahan lama. 10 daripada 23 pikap yang tersenarai adalah buatan Amerika. Toyota pula ada banyak model yang tersenarai di mana dalam 23 tangga teratas, ada 8 model yang tersenarai.

Dalam senarai sama, hanya tiga sahaja SUV yang tercalon iaitu Toyota Land Cruiser, Toyota Sequoia dan Honda Pilot. Kalau untuk sedan, model yang tersenarai ialah Honda Accord, Toyota Camry dan Toyota Avalon.

Toyota dan pikap 'tapau' kajian kereta paling tahan lama; peneraju carta ada 49% peluang untuk cecah 400k km! 01

Ford F-350 Super Duty.

Menurut mereka, 23 tangga teratas adalah kereta yang berkemungkinan boleh tahan sampai 400,000 km atau lebih. Calon-calon di atas pula dikatakan mempunyai lebih 40% peluang untuk mencapai had penggunaan yang sebegitu tinggi. Berdasarkan apa yang dirungkaikan dari sumber itu, kebanyakan kereta hanya mempunyai peluang lebih kurang 11.8% untuk tahan sebegitu lama.

Berikut adalah carta senarai yang digambarkan:

Kereta yang mungkin tahan sampai 250,000+ batu – kajian iSeeCars.com
Kereta % peluang untuk tahan sampai 400k km    Berbanding purata
Ford F-350 Super Duty 49.1% 4.2x
Toyota Land Cruiser 47.9% 4.1x
Toyota Tundra 47.9% 4.1x
Toyota Sequoia 47.1% 4.0x
Ford F-250 Super Duty 43.6% 3.7x
Honda Pilot 42.7% 3.6x
Toyota Tacoma 41.7% 3.6x
GMC Sierra 2500HD 41.3% 3.5x
Chevrolet Silverado 2500HD 41.2% 3.5x
Toyota 4Runner 41.0% 3.5x
Toyota Avalon 33.1% 2.8x
Chevrolet Silverado 1500 31.0% 2.6x
Acura MDX 29.2% 2.5x
Honda Element 27.8% 2.4x
Honda CR-V 27.5% 2.3x
Honda Accord 27.1% 2.3x
Chevrolet Avalanche 26.7% 2.3x
Ram 2500 26.3% 2.2x
Ram 3500 24.3% 2.1x
Toyota Sienna 23.3% 2.0x
Subaru Outback 22.3% 1.9x
GMC Yukon XL 21.3% 1.8x
Toyota Camry 20.4% 1.7x

Toyota dan pikap 'tapau' kajian kereta paling tahan lama; peneraju carta ada 49% peluang untuk cecah 400k km! 02

Kalau anda nak tahu, ada 5 model dalam senarai ini yang turut dijual di Malaysia iaitu Toyota Land Cruiser (recond), Honda CR-V, Honda Accord, Subaru Outback dan Toyota Camry.

Juga bacaSebuah Toyota Land Cruiser EV merosakkan mesin ujian yang bertujuan untuk menghancurkan kereta itu! Apa kes?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda Accord Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda