window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Estima dengan twin turbo menghasilkan 370 PS, siap masuk trek lumba!

Zamil Syaheer · Sep 7, 2020 06:56 PM

Toyota Estima dengan twin turbo menghasilkan 370 PS, siap masuk trek lumba! 01

Anda pemilik ataupun peminat MPV Toyota Estima (ataupun Previa, nama rasmi yang dijual oleh UMW Toyota) ataupun kereta yang unik.

Di Jepun, sebuah syarikat talaan kereta bernama Topline telah membina sebuah Estima yang khas untuk kegunaan di litar lumba!

Toyota Estima dengan twin turbo menghasilkan 370 PS, siap masuk trek lumba! 02

Nampak intercooler besar kat tengah tu?

Topline adalah salah satu pakar ubahsuai MPV di Jepun dengan pengalaman lebih daripada 20 tahun. Diorang ni dah kira macam otai lah dekat sana.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pertama sekali, Topline menggunakan Toyota Estima generasi kedua yang hadir dengan enjin 3.0 liter 1MZ-FE V6, menghasilkan 220 PS dengan 304 Nm.

Toyota Estima dengan twin turbo menghasilkan 370 PS, siap masuk trek lumba! 01

Ia mempunyai tork yang banyak, tetapi disebabkan Estima ini berat maka Topline telah memasang turbo dari siri TD04 bagi menaikkan lagi kuasa Estima ini.

Yang menariknya, bukan satu turbo diorang pasang, tetapi dua dia bagi! Hasilnya, Estima ini menghasilkan 370 PS, 150 PS lebih dari standard.

Toyota Estima dengan twin turbo menghasilkan 370 PS, siap masuk trek lumba! 02

Jauh sekali dari MPV yang biasa, kesemua tempat duduk dan trim interior telah dibuang bagi mengurangkan berat.

Toyota Estima dengan twin turbo menghasilkan 370 PS, siap masuk trek lumba! 03

Stereng dan tempat duduk depan juga telah digantikan dengan jenama Sparco supaya pemandu dapat mengawal MPV ini dengan tangkas tanpa rasa membuai ketika mengambil selekoh.

Toyota Estima dengan twin turbo menghasilkan 370 PS, siap masuk trek lumba! 04

Di bahagian luaran pula, Topline telah menukar kit badan dengan rekaan asal mereka yang diberi nama RISE-R.

Toyota Estima dengan twin turbo menghasilkan 370 PS, siap masuk trek lumba! 05

Kit badan ini menukar bampar depan & belakang, skirting tepi, kening untuk lampu depan beserta sayap GT yang berfungsi untuk bantuan aerodinamik. Ini membuatkan Estima ini nampak garang ketika beraksi di trek.

Toyota Estima dengan twin turbo menghasilkan 370 PS, siap masuk trek lumba! 06

Apa yang lebih menarik tentang MPV ini ialah kotak transmisinya masih lagi menggunakan 4 kelajuan automatik!

Jadi memang betul lah transmisi 4 kelajuan Toyota tahan lasak, dan ada sebab kenapa Perodua masih lagi menggunakannya.

Dengan pelbagai lagi modifikasi tambahan, Estima turbo berkembar ini mencatatkan masa 1 minit 10 saat di litar lumba Tsukuba. Ini adalah masa yang sama dicatatkan oleh Ford Mustang 2.3 Ecoboost, jadi memang MPV ni laju benor! Anda boleh lihat pautan YouTube di atas pada minit 2:36.

Amacam peminat Toyota Estima di luar sana? Adakah anda akan melakukan benda yang sama dan mencipta Estima pertama untuk beraksi di litar antarabangsa Sepang?

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda