window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota GR Yaris bakal ke Malaysia. Lebih mahal daripada Honda Civic Type R?

Haris Β· Jun 9, 2020 10:21 AM

Toyota GR Yaris bakal ke Malaysia. Lebih mahal daripada Honda Civic Type R? 01

Di Jepun, Toyota GR Yaris dijual pada harga yang agak mahal. Harganya sekitar JPY 3.96 juta (~ RM 148k) hingga JPY 4.56 juta (~ RM 170k).

Toyota GR Yaris bakal ke Malaysia. Lebih mahal daripada Honda Civic Type R? 01

Sebagai perbandingan berdasarkan pasaran Jepun, Honda Civic FK8 Type R segmen C berharga JPY 4.5 juta (~ RM 167k). Sementara itu Renault Megane RS keluaran Perancis pula berharga JPY 4.48 juta (~ RM 174k). Kalau nak diikutkan, Toyota GR Yaris hanyalah sebuah hatchback segmen B.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Namun, ada sebabnya Toyota GR Yaris dijual dengan harga tersebut. Tonton video rasmi daripada Toyota ini.

Sebab paling utama mengapa Toyota GR Yaris berharga lebih tinggi daripada Civic Type R adalah kerana hot hatch tersebut dibina hampir keseluruhannya oleh takumi (pekerja mahir Toyota) di kilang Motomachi. Bak kata CEO Toyota iaitu Akio Toyoda, sports car ini dibina sepenuhnya dengan ‘tangan’ Toyota. Kilang ini adalah kilang yang sama bertanggungjawab mengeluarkan kereta lagenda LFA Lexus.

Dengan erti kata lain, pembangunan Toyota GR Yaris memerlukan perbelanjaan, usaha dan kepakaran yang tinggi. Toyota turut menerima sentuhan beberapa pemandu professional antaranya Tommi Makinen untuk membangunkan hot hatch tersebut.

Sebagai rujukan, Toyota GR Yaris dilengkapi dengan enjin petrol 3 silinder 1.6 liter petrol turbocharged yang mampu menjana sebanyak 272 PS kuasa kuda dan 370 Nm tork. Ia turut dipadankan dengan transmisi manual 6 kelajuan. Kuasanya dipindahkan ke semua roda melalui sistem GR Sport 4WD.

Toyota GR Yaris bakal ke Malaysia. Lebih mahal daripada Honda Civic Type R? 01

Jika anda berminat, Toyota GR Yaris bakal diperuntukkan di Malaysia - sebanyak 100 unit akan diimport oleh UMW Toyota Motor pada tahun 2021. Sila menabung dari sekarang kerana harga Toyota GR Yaris mungkin mencecah RM 300k, ataupun lebih kurang RM 1,000 bagi setiap kuasa kuda. Ya, masih ada masa lagi untuk anda menabung.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Toyota GR Yaris

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda