window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota GR Yaris mahal sangat? Tunggu versi RS recond masuk Malaysia tahun depan!

Faisal · Jan 18, 2021 06:00 PM

Toyota GR Yaris mahal sangat? Tunggu versi RS recond masuk Malaysia tahun depan! 01

Toyota GR Yaris membuat kemunculan buat kali pertama pada Disember 2019. Sejak itu, ramai yang mendahagakan hothatch ini. Ia mendapat sambungan yang cukup hangat di serata dunia termasuk di Malaysia (kini hanya 5 unit sahaja yang tinggal).

Toyota GR Yaris mahal sangat? Tunggu versi RS recond masuk Malaysia tahun depan! 02

Di Malaysia, Toyota GR Yaris dilancarkan sekali dengan Toyota Vios GR Sport

Tetapi bagaimana kalau anda betul-betul mahukan salah satu daripadanya tetapi terlepas peluang untuk memilikinya ataupun rasa harganya 'agak keras'?

Juga bacaBerminat dengan Toyota Yaris 2021? Ini bayaran bulanan dan gaji minimum yang diperlukan

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Memperkenalkan GR Yaris RS

Toyota GR Yaris mahal sangat? Tunggu versi RS recond masuk Malaysia tahun depan! 01

Anda mungkin sudah tahu bahawa GR Yaris hanya dihasilkan sebanyak 25,000 unit sahaja. Sebanyak 127 unit telahpun ditawarkan untuk pasaran Malaysia – peruntukkan tertinggi di rantau ASEAN. Tetapi, apa yang anda belum tahu ialah terdapat versi yang lebih jinak.

Toyota GR Yaris mahal sangat? Tunggu versi RS recond masuk Malaysia tahun depan! 02

Ia juga hadir dengan enjin 3 silinder tetapi dengan transmisi CVT.

Toyota GR Yaris mahal sangat? Tunggu versi RS recond masuk Malaysia tahun depan! 03

Tidak seperti GR Yaris RZ (dikenali sebagai varian ‘High Performance’ di Malaysia), varian RS ini lebih sopan. Walau bagaimanapun, Toyota menjelaskan bahawa ia masih seronok untuk dipandu.

Perbandingan Toyota GR Yaris RZ vs RS
Varian Tren kuasa Pacuan
RZ

G16E-GTS

Enjin 1.6L, turbo, 3 silinder

261 PS/360 Nm tork

Transmisi manual 6 kelajuan 

GR-Four

Semua roda

RS

M15A-FKS

Enjin 1.5L, aspirasi natural, 3 silinder

120 PS/145 Nm tork

Transmisi CVT 10 kelajuan maya

Roda depan

Untuk pengetahuan anda, tren kuasa yang hadir pada Yaris RS adalah sama seperti yang digunakan pada Toyota Yaris Cross 2020. Di samping itu, Yaris RS hadir dengan brek yang lebih kecil dan electronic parking brake (EPB). Malah kerusinya juga tidaklah ekstrem seperti GR Yaris.

Jadi, bila ia nak masuk Malaysia?

Toyota GR Yaris mahal sangat? Tunggu versi RS recond masuk Malaysia tahun depan! 04

Undang-undang AP yang digunakan oleh pengedar recond hanya membenarkan mereka untuk mengimport kereta 1 tahun selepas model pertama dijual. Maka itu, dijangkakan bahawa Yaris RS akan dibawa masuk pada tahun depan. Namun begitu, ia bergantung kepada orang Jepun yang ingin menjualnya.

Walau apapun, harganya mungkin tidak semurah yang anda sangka tetapi jauh lebih mampu milik daripada GR Yaris. Jadi apa pendapat anda tentang kompromi ini?

Juga bacaBerminat dengan Toyota Yaris 2021? Ini bayaran bulanan dan gaji minimum yang diperlukan

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Toyota GR Yaris

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda