Toyota Racing Development telahpun mengeluarkan set body kit rasmi dengan jenama Gazoo Racing (GR) untuk model Toyota Harrier 2020 terbaru.
Aksesori kosmetik
Set body kit tersebut datang dalam 16 bahagian yang merangkumi spoiler bumper depan dan belakang, skirt sisi, hiasan bumper depan, spoiler pintu belakang dan beberapa pelekat decal bahagian luar.
Anda boleh menambah lagi pilihan yang ada. Terdapat 4 ekzos palsu keluli tahan karat, jalur merah, rim aloi 20 inci multispoke hitam dan tingkap berwarna gelap.
Aksesori Prestasi
Jika anda mementingkan prestasi, Toyota turut menawarkan palang anti goyang oleh Yamaha untuk meningkatkan kestabilan ketika laju serta mengurangkan risiko untuk kereta terbalik.
Aksesori Dalaman
Aksesori GR yang lain untuk Toyota Harrier termasuklah pelindung pemegang pintu gentian karbon, tikar lantai but belakang dengan jenama GR, pelindung matahari dan plat nombor gentian karbon.
Toyota Harrier hadir dengan 2 versi enjin Dynamic Force iaitu enjin petrol 2.0 NA yang berkeupayaan 171 PS kuasa kuda dan 207 Nm tork dengan transmisi Direct Shift CVT. Enjin lagi satu adalah enjin hibrid 2.5 liter dengan keupayaan 178 PS kuasa kuda dan 221 Nm tork yang digandingkan dengan transmisi E-CVT.
Toyota Harrier dilengkapi dengan Toyota Safety Sense, tempat duduk kulit, power tailgate, skrin infotainment 12.3 inci dan bumbung suria panorama.
Dapatkan respons dalam masa 24 jam!
2021 Toyota Harrier 2.0 Luxury
Upgrade
Add your car