window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Harrier 2021 serba baru dilancarkan di Malaysia – dari RM 249k, TSS, TNGA, enjin NA + CVT!

Faisal · Apr 8, 2021 11:51 AM

Toyota Harrier 2021 serba baru dilancarkan di Malaysia – dari RM 249k, TSS, TNGA, enjin NA + CVT! 01

UMW Toyota (UMWT) baru sahaja melancarkan Toyota Harrier 2021 serba baru sebentar tadi. SUV premium yang diimport dari Jepun ini ditawarkan dengan varian 2.0 Luxury yang bermula dari harga RM 249,706.

Toyota Harrier 2021 serba baru dilancarkan di Malaysia – dari RM 249k, TSS, TNGA, enjin NA + CVT! 02

Selain pasaran Jepun, Toyota Harrier hanya dijual di Singapura dan Amerika (dikenali sebagai Toyota Venza). Kini, giliran Malaysia pula untuk mendapat SUV yang premium ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Eksterior

Toyota Harrier 2021 serba baru dilancarkan di Malaysia – dari RM 249k, TSS, TNGA, enjin NA + CVT! 01

Pada bahagian luar, Toyota Harrier baru (XU80) tampil dengan imej yang lebih kemas tetapi masih dengan siluet sebuah Harrier yang cukup dikenali oleh ramai.

Toyota Harrier 2021 serba baru dilancarkan di Malaysia – dari RM 249k, TSS, TNGA, enjin NA + CVT! 02

Di depan, gril yang tirus melengkapi lampu Bi-LED yang baru dengan lampu DRL LED yang berbentuk huruf ‘L’.

Toyota Harrier 2021 serba baru dilancarkan di Malaysia – dari RM 249k, TSS, TNGA, enjin NA + CVT! 03

Dengan rim dwi-tona bersaiz 18 inci, siluet bersih yang diperagakan oleh SUV premium ini turut melengkapi bahagian belakang yang mana ia datang dengan bar lampu LED yang melintang diantara kedua-dua lampu jenis LED. Pada masa yang sama, ia hadir dengan ekzos kembar.

Interior

Toyota Harrier 2021 serba baru dilancarkan di Malaysia – dari RM 249k, TSS, TNGA, enjin NA + CVT! 04

Seperti model Toyota yang lain, versi yang didatangkan di sini tampil dengan kabin yang berwarna serba hitam.

Toyota Harrier 2021 serba baru dilancarkan di Malaysia – dari RM 249k, TSS, TNGA, enjin NA + CVT! 05

Bahagian kabin ini dilengkapkan dengan kluster instrumen Optitron yang hadir dengan paparan pelbagai informasi 7 inci. Di samping itu, Toyota Harrier didatangkan dengan Digital Display Rear View yang mana ia mempamerkan imej bahagian belakang kenderaan pada cermin tengah dengan menggunakan kamera berdefinisi tinggi.

Toyota Harrier 2021 serba baru dilancarkan di Malaysia – dari RM 249k, TSS, TNGA, enjin NA + CVT! 06

Melengkapi suasana kabin yang mewah ini ialah bumbung suria panoramik. Ia didatangkan sekali dengan cermin jenis elektrokromatik yang mana ia mampu meredupkan dan mencerahkan bahagian kabin mengikut kehendak pengguna.

Toyota Harrier 2021 serba baru dilancarkan di Malaysia – dari RM 249k, TSS, TNGA, enjin NA + CVT! 07

Bahagian konsol tengah pula hadir dengan skrin infotainment sesentuh 8 inci yang lengkap sekali dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto. Apapun, ia agak lain daripada apa yang ditawarkan di pasaran Jepun. Malah, kawalan penyaman udara juga nampak berbeza.

Toyota Harrier 2021 serba baru dilancarkan di Malaysia – dari RM 249k, TSS, TNGA, enjin NA + CVT! 08

Kelengkapan mewah yang lain termasuklah kerusi kulit penuh, pelarasan elektronik 12 hala untuk kerusi pemandu, pelarasan stereng secara automatik, pengecas tanpa wayar, dan Head-Up Display (HUD).

Toyota Harrier 2021 serba baru dilancarkan di Malaysia – dari RM 249k, TSS, TNGA, enjin NA + CVT! 09

Apa yang paling penting, SUV premium ini datang sekali dengan but belakang berkuasa yang lengkap dengan kawalan kaki.

Prestasi

Toyota Harrier 2021 serba baru dilancarkan di Malaysia – dari RM 249k, TSS, TNGA, enjin NA + CVT! 10

Dari segi trenkuasa, Toyota Harrier generasi terbaru ini dikuasakan oleh enjin 2.0L aspirasi natural Dynamic Force yang menghasilkan 173 PS dan 203 Nm tork. Hembusan kuasa sebanyak ini dipadankan ke transmisi Direct-Shift CVT.

Platform

Seperti Toyota Corolla Cross yang dilancarkan tempoh hari, Harrier juga tampil dengan asas platform TNGA - TNGA-K. Apa yang lebih menarik buat Toyota Harrier ialah suspensi belakangnya menggunakan susunan double wishbone yang lebih canggih, sekali dengan stabiliser bar.

Ciri keselamatan

Toyota Harrier 2021 serba baru dilancarkan di Malaysia – dari RM 249k, TSS, TNGA, enjin NA + CVT! 11

Toyota Harrier didatangkan dengan ciri ADAS Toyota Safety Sense. Sistem ini merangkumi:

  • Pre-collision system (PCS)
  • Lane departure alert (LDA)
  • Lane keeping assist (LKA)
  • Lane tracing assist (LTA)
  • Dynamic radar cruise control (DRCC)
  • Adaptive high beam (AHB)

Pada masa yang sama, Toyota Harrier hadir dengan blind spot monitor & rear cross-traffic alert (BSM, RCTA), 7 beg udara, electronic parking brake, dan tyre pressure monitoring system (TPMS).

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Toyota Harrier 2.0 Luxury

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda