window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Harrier 2021 (XU80) bakal menerima enjin turbo 279 PS / 430 Nm dari Lexus NX?

Zamil Syaheer Β· Aug 8, 2021 08:00 PM

Toyota Harrier 2021 (XU80) bakal menerima enjin turbo 279 PS / 430 Nm dari Lexus NX? 01

Sejak Toyota Harrier 2021 (XU80) dilancarkan di Malaysia, ada yang merungut dengan penurunan prestasi berbanding generasi sebelumnya. Kini, terdapat spekulasi bahawa Lexus bakal melancarkan model dengan enjin berpengecas turbo di masa depan.

Toyota Harrier 2021 (XU80) bakal menerima enjin turbo 279 PS / 430 Nm dari Lexus NX? 02

Di peringkat global, hanya ada 2 pilihan trenkuasa untuk Toyota Harrier 2021. Model yang ditawarkan di Malaysia menggunakan 2.0 liter 4-silinder aspirasi natural Dynamic Force M20A-FKS yang menghasilkan 173 PS dan 203 Nm. Pasaran lain pula mendapat penambahan varian dengan enjin 2.5 liter hibrid.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Harrier 2021 (XU80) bakal menerima enjin turbo 279 PS / 430 Nm dari Lexus NX? 01

Kenapa enjin berpengecas turbo tidak lagi ditawarkan? Ia berkait rapat dengan pelepasan karbon dan ekonomi bahan bakar kerana enjin berpengecas turbo yang lebih kecil tidak begitu efisyen di dunia nyata.

Juga baca: Toyota Harrier 2021 - Tiada turbo, tiada logo helang, masih laku keras! Apa rahsianya?

Toyota Harrier 2021 (XU80) bakal menerima enjin turbo 279 PS / 430 Nm dari Lexus NX? 02

Mengikut spekulasi, ada kemungkinan bahawa model facelift yang dikatakan bakal tiba pada tahun 2023 akan menggunakan enjin 2.4 liter berpengecas turbo dari Lexus NX 2022 yang baru. Enjin ini menghasilkan 279 PS dan 430 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan.

Toyota Harrier 2021 (XU80) bakal menerima enjin turbo 279 PS / 430 Nm dari Lexus NX? 03

Ini adalah spekulasi semata-mata, tetapi memandangkan Toyota Harrier (XU60) generasi sebelumnya berkongsi enjin 2.0 liter berpengecas turbo 8AR-FTS dengan Lexus NX generasi sebelumnya, spekulasi ini tidak terlalu jauh.

Toyota Harrier 2021 (XU80) bakal menerima enjin turbo 279 PS / 430 Nm dari Lexus NX? 04

Walau bagaimanapun, jika perkara ini benar-benar terjadi,, ingatlah bahawa Harrier turbo mungkin tidak akan dilancarkan di Malaysia. Sebagai model yang diimport sepenuhnya, enjin sesaran yang lebih tinggi akan dikenakan cukai import dan duti eksais yang lebih tinggi.

Juga baca: Sekolah belajar memandu Jepun tawar Toyota Harrier, apa barang Perodua Axia?

Toyota Harrier 2021 (XU80) bakal menerima enjin turbo 279 PS / 430 Nm dari Lexus NX? 05

Varian 2.0 liter aspirasi semula jadi di pasaran Malaysia dijual pada RM 249,706 (sah sehingga 31 Disember 2021). Dengan pengecas turbo dan enjin yang lebih besar, ‘confirm’ harganya lebih keras.

Seperti Mazda 6 2.5 Turbo, Harrier turbo akan disasarkan lebih untuk pasaran Amerika Utara. Oleh itu, kami percaya bahawa sekiranya perkara ini terjadi, ia tidak mungkin akan ditawarkan di Malaysia.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Toyota Harrier 2.0 Luxury

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda